Saturday, January 31, 2009 | Posted in
Maka tuan-tuan inilah sebahagian daripada sampul-sampul berwarna merah yang aku terima sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Masih ada lagi sampul-sampul itu tapi tak bolehlah aku nak tunjuk semua kat sini nanti si Tuuut dan si Tuuuuuut tu jealous la pulak.

Sorrylah kawan, ini bukan pasal nak menunjuk-nunjuk tapi aku nak kongsi cerita pasal budaya orang-orang cina setakat yang aku tahu melalui apa yang diorang cakap pabila tiba hari besar mereka.

Mengikut temuramah bersama Ah Wai (bukan nama sebenar), ang pow biasanya diberi kepada mereka yang belum kahwin oleh mereka yang sudah kahwin. Jumlah yang diisi dalam sampul biasanya dalam bentuk 'single note' atau duit kertas bagi mengelak berat jika menggunakan duit syiling dan juga bagi mengelak penerima dapat meneka jumlah sebelum daripada mereka membuka sampul. Amaun pula biasanya mengikut nombor yang kepercayaan mereka bernasib baik. Contohnya 88 atau 168. Bagi jumlah ganjil pula diberi semasa upacara sedih seperti pengebumian atau sebagainya. Mereka juga mengelak dari memberi ang pow dalam bentuk nombor empat atau nombor empat tidak termasuk dalam amaun tersebut. Ini disebabkan bunyi sebutan empat dalam bahasa cina bermaksud kematian. Eeeiii....aku pun tak nak.

Sampul-sampul yang biasa mereka gunakan kebiasaaannya berwarna merah yang menunjukkan simbol kebaikan atau dalam bahasa orang putih 'good luck'. Bagi perayaan tahun baru atau majlis perkahwinan, mereka akan mengelak dari menggunakan sampul berwarna putih kerana sampul ini digunakan semasa upacara sedih seperti hari pengebumian.

Ehhh...aku ni tak kisah la Ah Wai (bukan nama sebenar) sampul putih ko, merah ko, hijau ko jangan bagi sampul kosong dah. Tapi ikhlas cakap la aku ni sebenarnya serba salah nak ambik benda-benda alah camni. Maklumlah aku ni kerja gini, nanti apa pulak kata orang. Takut jugak tu. Tak ambik kang nanti diorang cakap tak baik la, sekali setahun la macam-macam. Dan yang lebih dasyat lagi diorang cakap "kalau lu tak dak angkat ini...kitorang takdak ong tau". Halamak, betul tak betul aku pun tak tahu la. He...he...he...Last-last aku sapu jerlah...abis cerita. Jadi kiranya aku ni menolong diorang jugak la. Kuang...kuang...kuang.
Category: |
��
Wednesday, January 28, 2009 | Posted in
HANTU 4X4=16
-------------
Beberapa tahun yang lampau ketika highway karak belum siap sepenuhnya kawan bertolak dari Kuala Lumpur jam 12 malam. Keadaan hujan yang renyai-renyai memperlahankan pergerakkan kami. Kenderaan sangat kurang atau lebih indah di sebut tersangat kurang di atas jalan raya membuatkan sesekali terasa seperti ingin sahaja melepaskan jurus cakar helang gila berparuh kuning ke leher dua orang sahabat yang bersedap-sedapan tidur berselimut jeket tebal .
Group yang sepatutnya konvoi bersama kami awal-awal lagi sudah bertolak.. walau pun sudah lebih lapan kali di beritau bahawa gate tnb untuk ke jeti hanya di bukak pada jam lapan pagi. Tapi nampaknya masing-masing sudah di rasuk aura sebarau . Al maklum sahaja musim tengkujuh.Berpusu-pusu orang turun ke Tasik Kenyir. Gewang bagaikan bergetar sesama sendiri di dalam tool box seolah-olah tidak sabar ingin mengelepet sebarau. Apa tah lagi tuan empunyanya...sudah masuk ke tahap parkinson menahan ketar.
hampir tiga jam perjalanan merentasi lebuhraya karak dan mencilok ke felda bukit goh yang di dakwa sebagai jalan pintas yang paling dekat ternyata amat menyeksakan akibat kabus tebal yang terbentuk selepas hujan lebat.
Sebenarnya ketika itu agenda seekers sudah mula berlaku cuma kawan terlewat menyedarinya. Sudah beberapa kali sejak tadi kawan memotong sebuah jeep felcra bewarna kuning oren yang berjalan perlahan dengan hazzel light nya yang sentiasa berkelip-kelipan sepanjang perjalanan. Kerana kelajuan nya yang agak sentimental membuatkan kawan tidak betah mengekorinya dari belakang. Tambahan lampu signal yang menyilaukan mata membuatkan pemanduan menjadi huru hara. Berdasarkan hujjah-hujjah di ataslah maka kawan dengan kadar segera terus memotongnya.Namun setiap kali itu juga jeep yang sama akan berada di hadapan. Kawan potong lagi...selang beberapa minit kemudian tiba-tiba dia sudah berada di hadapan. Kawan mula rasa tak sedap hati dan terus mengejutkan kedua-dua sahabat yang sedang tidur. Dalam keadaan terpisat-pisat mereka cuba memahamkan sebab-sebab yang munasabah kawan mengganggu mimpi-mimpi indah mereka. Tetapi mungkin suara kawan yang antara kedengaran dengan tidak bercampur sedikit ketaran kesaspenan membuatkan kedua-dua mangkuk tersebut gagal memahami dan tidak dapat menangkap mesej yang tersirat. Tetapi bagi kawan itu semua tidak penting. Apa yang lebih utama kawan tidak keseorangan memandu dan keberanian semakin bertambah. Biasa la kan..bila ramai-ramai berani la. Tapi kalau ramai pun..semua tido tak guna jugak. Macam memandu sorang-sorang jugak la suasana nya.
Selang beberapa minit jeep kuning oren tersebut muncul lagi di hadapan kereta kami...kawan memotong tanpa mengira selekoh rothman atau selekoh `s` dan tidak sampai tiga selekoh jeep tersebut sudah berada di hadapan semula. Kawan cukup yakin pada sebarang masa dan sebarang tempat membuat akuan bersumpah ini dengan menyatakan bahawa tidak sekali pun jeep itu memotong kawan samada di dalam sedar mau pun tidak sedar. Lebih meyakinkan lagi dakwaan kawan apabila kedua-dua sahabat serentak bertanya` Bukan kita dah potong ke jeep ni tadi?`
Suasana dalam kereta tiba-tiba bertukar macam kenduri doa tahlil.Masing-masing membaca ayat-ayat juzu` ammar apa yang masih di ingat dan hapal. Kawan menguatkan semangat untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Sudah terbayang-bayang dalam otak kawan apabila memotong jeep itu nanti drivernya menoleh dangan bijik mata sebijik terjuntai dan gigi berceracak sampai ke pangkal telinga.
Kawan menekan pedal dan terus memotong tapi tengok straight ke depan jer pasal tidak sanggup membayangkan kalau-kalau apa yang kawan bayangkan tadi akan menjadi real.
Begitu juga kedua-dua sahabat kawan...dari baca juzu` ammar sudah masuk ke tahap berzikir macam ahli-ahli sufi di pakistan.
Memang dugaan kali ini amat hebat. Hanya satu selekoh sahaja selepas kawan memotongnya jeep itu sudah pun berada di hadapan semula. Kawan mengambil tindakkan nekad memotong semula dan memecut selaju yang boleh cuba meninggalkan jeep tersebut dalam jarak yang selesa.

Selang beberapa minit kawan yang duduk di seat belakang mencadangkan `Apa kata kita berenti kat petronas`
Tanpa menunggu persetujuan dari yang lain kawan terus saja membelok masuk ke setesen petronas selepas Cheneh.
Selesai mengisi minyak kami berhenti di jalan susur keluar menunggu lori lalu. Itu semua hasil muafakat bersama maka timbullah idea tunggu lori..dan ikut je belakang lori tu..jadi ada la kawan sepanjang jalan nanti.
Selang 10-15 minit kemudian dari jauh kelihatan lampu kenderaan menuju arah ke pantai timur. Kawan bersedia untuk terus mencilok dan mengekori sebarang kenderaan yang bakal lalu itu nanti.
`Cilakooooo...Ptuihh` Tiba-tiba member yang duduk di sebelah kawan menyumpah .
`Hantu punyo 4x4`Menyumpah pulak kawan yang lagi sorang.
Di hadapan kami berderet-deret konvoi jeep felcra kaler kuning oren dengan hazard lightnya berkelip-kelipan dan berjalan perlahan menghampiri stesen petronas.

(Kisah ini adalah kisah benar dan sehingga hari ini kadang-kadang kami masih sakit perut ketawa apabila mengungkit kembali sejarah ini)


copyright controlled at www.lubuk.net
Category: |
��
Wednesday, January 28, 2009 | Posted in
Ni citer betul ni, aku ambik dari website set2 kaki pancing

Persinggahan hantu di dalam kereta.

Kisah ni jadik ketika balik dari sebuah trip yg boleh dikatakan agak berjaya dlm trip 4h3m. Dalam perjalanan pulang, lamunan kegembiraan terhenti kerana 5km dari plaza tol lanchang sudah jammed teruk. "Ish susah betul ni". Ingatkan lepas tol dah abih jammed, ya rabbi, keluar tol je dah jammed. Tu blum lagi sampai tol karak... tol gombak????? Ish tak boleh jadik ni... jam ditangan dah menunjukkan jam 1230 mlm. "Ish, ni semue kerje siam... kalo dok, awal lagi aku sampai sini"... ade ke patut, kluar dari kola berang pun dah dekat kul 645 petang. Tertekan nye kepala... Besok nak keje... ish... yg diorang ni, gunalah jalan lain, guna pulak tol... abih macam2 sumpah terkeluar... sesekali, bile tersaing kereta yg awek cun2 di kereta sebelah, saya usha2... ish macam mane ni... peluh sudah membazir keluar... kalo Syabas boleh kutip bil peluh, kaya dah diorang ni... "Ahhhh, simpang ke bentong!"... nanti bole lalu jalan lama ke sungai pusu dan terus masuk gombak!

Saya pun masuk simpang tu... Jalan punya jalan... mana simpang ni??? Lah... dah terlepas! Nak patah balik, jumlah kereta dari gua musang lagi azab dari highway tadik... ish nak buat camna ni? Dalam duk termenung sambil bawak keter, ternampak lah plak simpang ke bkt fraser! Ahhh... lalu je la jalan ni...
Jam dah dekat kul 1 lebih... heran betul, tak de sebuah keter pun yg selisih ngn saya dan yg nak follow tindakan bijak saya ni... biarlah diorang... janji aku sampai rumah tanpa jammed gila tu... jalan tu kejap selekoh kiri, kejap selekoh kanan, pastu kiri balik pastu kanan balik... pusing2 jalan la jalan ni... jalan makin lama makin terang ngan lampu kereta saya... lampu jalan dah tak da... pastu pokok makin lama makin besar... kalo keter tu lalu jer, lampu tinggi saya pasti suluh dahan2 pokok yg hampir2 merentangi jalan.

Kemudian, ahhh... sampai dah simpang ke bkt fraser... ish... ni nak kene berenti tangkap gambar ni... saya pun berhenti dan tangkap gambar dua tiga keping sebagai kenang-kenangan... signboard Selamat Datang ke Bukit Fraser yg terang benderang tu pun saya tangkap gunakan teknik perakam gambar 10 saat. Setelah masuk balik dalam keter, saya usha2 balik gambar yg saya ambik... Hmmm puas hati...

Kemudian, perjalanan diteruskan lagi... sampai di satu persimpangan pula, kali ni persimpangan dari kola kubu bahru – bkt fraser punya simpang plak... Hmmmm, banyak betul projek terbengkalai kat sini atau tak siap2 lagi... diorang ni keje membazir jer... buatlah sungai ke, boleh aku mancing... tak yah gi jauh2...

Tiba-tiba, tak semena-mena... bulu roma tegak berdiri macam nak tercabut2... rambut pun tegang2... pipi2 jadi kebas... bulu tengkuk meremang-remang bagaikan gila... telinga jadi berdengung! AHHHH SUDAHHHH!... ade penyibuk pulak...

Nak buat camne ni??? Dah la dalam kete tu sorang... tak de orang nak usha2 line utk kita... kita dah la terpaksa tengok jalan... salah jalan, masuk gaung ni... saya tau la tepi2 tu gaung, sebab masa awal2 20an, penah lalu situ ikut rombongan opis pi bkt fraser, tapi tu siang ah... Ish...

Hahhhh. Keter saya ada cd yassin... cuba pasang tengok... kang menggelupur penyibuk ni lari, baru padan muka... tunggu punya tunggu, dok bunyi apa2... ish, ape ke hei radio ni plakkkkkkkkkk... LAHHHHH! Angka dah menunjukkan 1 minit tah berape saat... kemudian tukau sampai 3 minit... dok bunyi mende pun! Ish... saya bukak lampu yg tengah2 keter tu... haaaaaaa terang dahhhhh... kan dah tak kalut...

Tiba-tiba, ya rabbbbiiiiiiiiii... Lampu tengah, lampu kat dashboard, lampu depan, lampu belakang ngn lampu brek, semua padammmmmmmmmmmmm! Gelap gelita! Saya pun tekan brek sekuat hati... Shhhrrrettttt bunyi tayar... Eh ada bunyi, sah saya belum sampai ajal lagi ni... Saya godek2 beg sebelah... Ada torch light! Fuhhhh lega... Nyala pulak lampu ni... dengan kuderat yg ade, lampu torchlight yg ala2 nak padam tu, saya teruskan perjalanan... saya bukak tingkap sikit2 sambil suluh jalan pakai torchlight (torselait bahsa utara dan bukannya torkelah)... saya teruskan jalan perlahan-lahan... sesekali terlajak juga sampai makan jalan rumput... baik sebelah jalan saya, mahupun jalan seberang sana... dua dua jenih rumput dimakan tayar kereta saya...

Tiba-tiba lagi... ktuk, ktuk, ktuk, ktuk, ktuk, ktuk terbunyi di atas bumbung atau di belakang... sukar dipastikan di mana datangnya bunyi tu... saya usha cermin, mana tau, ada awek cun belakang keter yg dok ketuk2 tengah malam... tak de sapa-sapa... bunyi tu makin lama makin kuat... makin lama makin terang bunyi tu... ahhhh sudaahhhh... saya hanya mampu zikir kuat2... tu la, pakai lagi seluar pendek drive malam2... kan nampak pelik bila zikir sambil pakai seluar pendek!

Dek makin lama makin berpeluh walaupun dalam suasana sejuk aircond di area bkt fraser, saya yg sudah tidak tertahan lagi, tekan brek sekali lagi... kali ni saya keluar terus kereta dan suluh atas pokok, balakang kereta, bawah kereta dan sekeliling sambil TERkeluar perkataan ni "KO NAK APPPAAAAAAAAAA???, menyusahkan aku je la ko ni... kut ko naik teksi pun ko kene bayar, ni plak naik keter aku. Kurang2 bagi la nombor ekor ker, ape ker... janji ade lah hasil utk aku... bukannya menyusahkan aku, Ko ni bangang tau tak"...

Saya cucuh rokok... Berkali2 petik, baru menyala api lighter, baru lah saya tau yg saya menggigil ketika tu... Takpa, tunggu abih sebatang rokok dulu... "Woi! Kalo nak tunjuk muka tu ko tunjuk yg cantik2, bukan yg huduh mangai... nak cakap ngan aku, suara biar cam siti nurhaliza bukan yg macam anjing menyalak"... "Woi, aku cakap ngan ko ni, ko dengar takkkk? Ke pekak badak???"
"Ko ni langsuir?" Berderau darah tiba-tiba dengan bulu roma ngan rambut2 terpacak! Atau ko ni pontianak? Nenek kebayan? Atau ape-ape je la?" eh turun pulak bulu roma ni kejap...

Kemudian lepas abih rokok sebatang, saya teruskan perjalanan guna torch light lagi... Dalam 30 minit selepas tu, sampai lah kat jambatan besi air terjun yg kat dam kola kubu tu... barulah rambut berhenti terpacak... lampu semua makin terang... lampu tengah, lampu dashboard, lampu depan, lampu belakang menyala2 secara perlahan-lahan... tahulah saya ujian sudah berakhir...

Sampai di pekan kola kubu, saya berhenti kejap di petronas situ... "teruk betul jalan bukit fraser tu yer dik?" kata saya kat budak petronas tu dan dijawabnya "bang lalu jalan situ? Saya orang Raub bang... kalo saya kene balik keje malam, jangan harap saya balik, sanggup saya tido kat stesyen ni dulu dan besok pagi baru balik... orang asli pun tak naik jalan tu malam-malam"... saya jadi mangai bodo kejap mengenang peristiwa yg baru jadi tadik...

Oh ya... masa lampu sudah ada balik dan saya sedar ujian dah berakhir, sementara saya masukkan balik torchlight dan sebelum tutup balik tingkap, sempat saya menunjukkan isyarat jari tengah ke luar...

Kredit kepada www.lubuk.net
Category: |
��
Tuesday, January 27, 2009 | Posted in , , ,


Inilah sebahagian gambar yang aku dapat post untuk tatapan korang semua. Memang betul sebagaimana yang aku check dalam internet, tak dela special sangat tempat nih. Mungkin istimewa bagi sesetengah orang sebab tempat ni banyak bangunan zaman kolonial, tempatnya nyaman, sejuk dan privacy(amat sesuai untuk yang baru kahwin gitu). Apa lagi yang special yek...tah...aku pun tak jumpa cari.

Perjalanan ke sini memang menyiksakan sikit sebab jalan yang terlampau banyak korner baring sampai termuntah si Al-Baihaqi. Lagi satu sesiapa yang berniat nak datang sini : Penuhkan tangki minyak anda sebelum bertolak ke sini. Satu hari aku dok pusing-pusing kat sini tak jumpa pulak stesyen minyak. Stesyen makan dan kencing ada la.


Satu lagi peringatan buat yang dah pasang angan-angan. Rancanglah perjalanan anda supaya anda dan keluarga anda tidak tertunggu-tunggu kat gate. Aku pun tak tahu sebenarnya camni. Sebelum pergi tadi aku ada singgah tujuh sebelas kat KKB. Buat-buat la tanya apek peramah kat situ mana jalan mau pegi Fraser Hill. Betul aku cakap apek ni betul-betul peramah, lepas bagitau jalan dia tanya aku balik sekarang jam berapa. Cakapla baru 10.30 am. Ooo...sempat lagi. Ngam la you sampai sana. Aku tak tahu la apa apek tu melalut...layan jer la. Bila sampai sana baru aku tau. Oooo....nak kena bergilir jalan rupanya. Okey...untuk panduan korang gambar kat sebelah tu adalah jadual kawalan lalulintas waktu turun dan naik. Kalau silap perancangan rugi masa jer nanti.

Dengar ceritanya situasi camni mungkin tak lama dah. Sekarang diorang (diorang tu sapa?...tah) tengah dok bikin jalan baru. So bila dah siap nanti tak derlah nak kena bergilir jalan lagi. Satu jalan untuk naik dan satu jalan lagi untuk turun. Okey la tu...dah siap nanti boleh la aku pergi lagi sekali. Ada sape-sape nak konvoi nanti??!!














Walau macamana tak best pun, kiranya rasa seronok jugak la dapat luang masa ngan anak-anak. Tengok anak seronok, kita mak bapak pun tumpang seronok. Cari pitis pun bukan untuk diri sendiri dah. Melainkan semuanya untuk anak-anak dan isteri. Alhamdulillah atas rezeki yang Tuhan bagi.

Psstt....gambar di sebelah tu kiranya gambar terrrromantik yang pernah dirakam. Tu pun mintak tolong ngan anak cina mana tah ambikkan. Maklumlah sekarang ni pemalu sikit. Dulu lainlah masa jadi model...............model tembakau darat. Huhu.
Tuesday, January 27, 2009 | Posted in

Akhirnya tertunai jugak hajat nak bawa anak-anak berjalan ke Fraser Hill. Boleh tahan jugak di sini...sejuk dan nyaman. Cuma perjalanan ke sini sedikit menyiksakan. Okey chow dulu...ggrrr tak tahan sejuk weh. Jumpa di post seterusnya.
Category: |
��
Tuesday, January 27, 2009 | Posted in

Semalam dah janji ngan diorang hari ni nak pergi jalan-jalan. Semua bangun awal dan bersiap. Nak pergi mana pun belum tahu. Ikut planning semalam nak pergi Fraser Hill tapi tak tahulah ada tugas baru pulak dari kampung - misi menjejak kasih. Lebih kurang gitu la gamaknya. Okey kami pergi dulu, jumpa lagi nanti.
Category: |
��
Monday, January 26, 2009 | Posted in

Kesian ngan anak aku, cuti panjang tak gi mana-mana. Petang ni upah makan ABC sebab hari ni semuanya bagus.
Category: |
��
Friday, January 23, 2009 | Posted in





Hari ni merupakan satu kejutan juga la sebab sepatutnya syarikat pembekal crane datang untuk buat site survey sahaja hari ni dan launching dibuat selepas CNY. Kemungkinan salah faham dan misunderstanding, pihak mereka terus menghantar crane untuk launching. Pihak kami tiada pilihan melainkan membuat persediaan launching.

Dua excavator terpaksa dipanggil untuk membuat platform dan menambahbaik laluan. Kerjasama dari semua pihak, mempercepatkan kerja kami. Dalam masa 2 jam crane 120 tan sudah tersedia parking untuk launching. Terima kasih kepada semua krew.



Lebih kurang jam 3.00 PM panel pertama seberat 17.5 tan diangkat dan dipasang ke tempatnya. Kerjanya nampak mudah...angkat dan pasang sahaja. Tapi pengalaman ini betul-betul memberi pengajaran kepada kami. Ketepatan jarak, ukuran dan levelling betul-betul perlu diambil perhatian bagi memastikan kerja berjalan lancar. Mungkin kesilapan kami di sini adalah miscommunication antara kami dan pihak pembekal. Apa-apa pun semua kerja pada hari tu berjalan lancar dan panel yang terakhir siap dipasang pada jam 6.30 PM. Fuhhh....legaaaa.

Tambahan dari cerita di atas. Dalam kekalutan mengarah itu ini dan memberi peringatan kepada krew mengutamakan keselamatan, berlaku juga perkara yang tak diingini.

Huhu...jari hantu aku tersepit antara panel bebo bridge dan footing. Nasib baik jugak la aku cepat-cepat tarik kalau tak boleh cacat aku. Tak de la teruk sangat tapi boleh tahan jugak la sakitnya. Biasa la boss....tak boleh tunjuk sangat menderita kat pekerja. Control hensem jugak la. Mujurnya kena tangan kanan...kalau tak susah pulak nak beristinjak nanti. Huhu....
Category: |
��
Thursday, January 22, 2009 | Posted in

Ni Pehal lak publish gambar crane ni. Takdelah sebenarnya aku nak kongsi pengalaman kerja aku ngan korang. Gambar ni sebenarnya hari pertama Bebo Arch Bridge sampai dan kami hanya menggunakan crane 60 tan untuk unloading. Pada perkiraan kami, pada hari tersebut launching dapat dijalankan dengan hanya menggunakan crane tersebut (setelah meminta pandangan dan survey yang dibuat oleh syarikat pembekal crane).

Malangnya perkiraan dan survey yang dibuat meleset. Setiap satu panel yang seberat 17.5 tan hanya boleh diangkat sejauh 8.5 meter sahaja, sedangkan jarak sebenar yang kami perlukan dari swing table ialah 16 meter. Bermakna kami memerlukan separuh lagi jarak yang telah diangkat crane 60 tan tersebut.

Hampa dan hampeh sebab kerja tak dapat diselesaikan. Selepas perbincangan dengan Construction Manager aku (Mr. C.K Lee) dan cadangan daripada operator crane, kami bersetuju untuk menggunakan crane 120 tan. Namun begitu, syarikat perkhidmatan crane perlu datang untuk membuat survey terlebih dahulu bagi memastikan jalan, parking platform dan lain-lain sedia untuk menerima kehadiran giant crane. Kerja-kerja launching akan disambung selepas CNY.

Bersambung ke publish seterusnya.......
Category: |
��
Wednesday, January 21, 2009 | Posted in
Nur Irdina Batrisyia @ Baby dah pun cukup satu tahun. Rasanya macam baru jer sambut kelahiran dia. Kalau kakaknya dulu cukup satu tahun dah start berjalan. Tak tahulah baby ni, baru nak mula belajar berjalan. Mungkin dalam satu bulan lagi boleh kot.

Sambutan harijadi yang pertama baby ni kami raikan 5 beranak jer. Tu pun dah lewat satu hari...sorry yer baby.

Wish dari Abie....mudah-mudahan menjadi budak yang baik, dengar cakap, rajin belajar dan patuh pada agama.
Category: |
��
Monday, January 19, 2009 | Posted in


2 atau 3 tahun sekali kena naik check kat sini best jugak la, angin sepoi2 bahasa jawa je…

Kadang nak tertanggal safety helmet. Safety harness WAJIB pakai……

Masa lalu kat area kerteh tu, tempat keluar api tu dari lubang ni la……

Nampak tak semut kat bawah sekali tu? Itu bukan semut la, tapi kren

Di atas adalah reaksi sedara aku yang kerja kat Petronas Kerteh (Klik di sini) daripada post bertajuk "Tiga Orang Tua Hensem". Kan betul aku cakap semua kerja ada risiko. Tengok tempat, jenis dan suasana keadaan kerja la. Tak payah la komen banyak yang perlu kita faham matlamat kerja semua sama. Nak cari nafkah halal menyara diri dan keluarga.

Category: |
��
Sunday, January 18, 2009 | Posted in
Tiga lelaki menaiki helikopter (bukan Nuri). Seorang daripada mereka memberitahu pilot, "saya ada sebiji botol kaca. Apa saya nak buat dengan botol ni?". Jawab pula pilot, "Baling jer keluar!".
Setelah lelaki itu membaling botolnya, lelaki kedua pula bertanya: "Saya pun ada sebiji botol. Apa saya nak buat dengan botol ni?". Jawab pilot, "Buang jerlah ke luar!".
Lelaki kedua itu pun membuang botolnya. Tiba-tiba lelaki ketiga pula bertanya : "Saya ada sebiji bom, apa saya nak buat dengan bom nih?". Jawab pilot, "buang jer keluar".
Apabila helikopter (bukan eurocopter) mendarat, mereka pun berjalan-jalan di sekitar bandar. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seorang pemuda yang sedang memegang kepala sambil mengerang kesakitan. Apabila ditanya kenapa, pemuda itu memberitahu, ".....ada sebiji botol tiba-tiba jatuh atas kepala saya. Aduuuuhhhh!!!!....
Kemudian, mereka terserempak pula dengan seorang mak cik, juga sedang kesakitan kerana kepalanya ditimpa sebiji botol yang jatuh dari langit. Jalan beberapa langkah, mereka terserempak dengan seorang tua. Anehnya, lelaki tua itu ketawa berdekah-dekah. Mereka bertanya, kenapa ketawa sorang-sorang?.
Jawab lelaki tua, pagi itu dia ke kedai mamak, makan lima biji telur rebus. Tiba-tiba perutnya memulas. Lalu lelaki tua itu pun pergi ke belakang sebuah bangunan dan .......POOOOMMMM!!!! lepaskan angin yang begitu kuat sekali!!.
"Tapi kamu semua nak tau, lepas saya kentut, bangunan itu terus meletup. Kah....kah....kah!!!!
Category: |
��
Sunday, January 18, 2009 | Posted in
Inilah sebahagian gambar-gambar yang aku terima menunjukkan kekejaman zionis israel Laknatullah penduduk Palestine dan Gaza. Susah aku nak gambarkan perasaan sekiranya apa yang diaorang alami ini berlaku ke atas negara kita dan kita yang menjadi mangsanya.


Justeru aku menyeru kawan-kawan, kaum muslimin dan muslimat bersama-sama mengutuk atas kezaliman ini dan berdoa semoga kemenangan sentiasa berada di pihak Islam yang kita cintai. Berdoa semoga askar dan rakyat Palestine tabah, sabar dan terus berjihad mempertahankan bumi Palestine dan Masjidil Aqsa.













Gambar di bawah ialah sewaktu demonstrasi mengutuk kekejaman Israel yang berlangsung di hadapan Masjid Ar-Rahmah Kuala Kubu Baru.
Category: |
��
Sunday, January 18, 2009 | Posted in

Inilah Indon di Malaya. Indon tak kisah. Pemandangan ini di ambil semasa waktu petang di tapak projek aku kat Maktab Polis Kuala Kubu Baru. Mereka jadikan air longkang ini sebagai tempat mandi, cuci pakaian dan sebagainya. Itu aku tak kisah lagi sebab istilah air longkang yang aku cakap tadi bukannya air kotor tapi air sungai yang dialirkan dari bukit di belakang. Sebaliknya apa yang nak diceritakan di sini ialah...mentaliti dan atitude diorang dalam kehidupan. Mereka tak kisah mandi bercampur lelaki pompuan... yang laki pakai spender jer dan yang pompuan berkemban yang boleh menampakkan semua alur dan gunung bila dah kena air.

Sebenarnya ini fenomena biasa diorang dan ironinya tempat mandi yang disediakan pihak syarikat diasingkan. Pun begitu mereka tetap lebih suka mandi berjemaah. Mungkin mereka dah biasa dengan keadaan di tempat asal mereka. Hish....aku yang tengok ni pun malu.
Category: |
��
Thursday, January 15, 2009 | Posted in

Beginilah cara diaorang mengisi masa rehat tengahari di Projek Maktab Polis Kuala Kubu. Dari kanan operator crane terbaik kami namanya Gemuk sebab badannya gemuklah. Kedua operator back hoe yang tak banyak cakap.... ikut saja arahan, kiranya lurus bendul laa. Ketiga operator excavator, masih baru takleh nak komen....tapi okey laa boleh kerja. Yang terakhir ialah sub con kami paling kedekut, A Tam nama dia. Hobinya selalu bercakap ngan telefon. Ikut makrifat aku dia ni selalu bercakap ngan pompuan sebab bila bercakap kat telefon senyum-senyum jer. Nampak cam orang gila cakap sorang-sorang sebab guna handsfree.
Category: |
��
Thursday, January 15, 2009 | Posted in

Ingat hensem sangat la posing camtu. Tapi okey la kiranya inilah sub con kami yang boleh dikatakan pemurah. Time minum jam 10 am mesti cari kami ajak minum. Terima kasih banyak yer Po. Tapi sorry la kami makan boleh makan, kerja mahu jalan betul-betul.
Category: |
��
Wednesday, January 14, 2009 | Posted in

via FoxyTunes
Sebenarnya dia nih Assistant Project Manager aku, tengah nak belajar buat blog ngan aku. Kesian betul rupa-rupanya ada lagi orang lebih teruk dari aku dalam bab-bab IT nih. Kalau gitu kiranya aku ni okey gak la yer....Sapa-sapa yang rasa nak tengok blog budak nih silalah layari www.wfu8767.blogspot.com. Agaknya apalah yang dia masukkan dalam dia punya blog yer....Jangan marah boss.....

Category: |
��