Sunday, March 22, 2009 | Posted in
Category: |
��
Friday, March 20, 2009 | Posted in ,
Cerita yang ni pun tak kurang menariknya. Yang ni aku kutip kat Darul Bayan. Kenapa aku kata menarik ye...sebab kat sini ada cara-cara nak melembutkan hati anak yang keras. Kalau ikutkan kat sini nak melembutkan hati isteri pun boleh gak. So...kepada sesiapa (lelaki sahaja) yang ada pasang niat nak tambah cawangan, mungkin boleh mencuba cara ni. Cara baik maa...bukan cara kotor. Tak perkan...aku pun rasa nak cuba...hi...hi..hi...

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical
Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh
kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata....
isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah
cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya,
termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum
tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk
bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan
saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak
elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga
isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan
membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia
terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi
isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.
Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya
bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah,
kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya.
Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya.
Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita
itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan
bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu
saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja
terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak,
isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling
sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah
sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur
hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan
halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi
Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam
hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya
saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan
solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda
sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda
iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan,
bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab
bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".
Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin
manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah
diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah
dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan
yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan
anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri
saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan
nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan
kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma
isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar
oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru
selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya
kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya
semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga
kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau
isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita
tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta,
tentang Tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan
ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah
saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah
keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini
lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan
saya biarkan
menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti
saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah
tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika
sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan
sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke
kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang
timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,
memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah
tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.
Category: , |
��
Friday, March 20, 2009 | Posted in ,
Bukan tak dak idea tapi sekarang tersangatlah penat. Kerja-kerja kat site pun entah bila boleh berkurangan. Makin hari makin bertambah banyak. Risau gak takut tak terkejar. Tadi saja melawat kesatu web - Lubuk.net. Ada satu artikel yang betul-betul menarik perhatian aku yang aku fikir perlu dikongsi dengan korang semua. Kepada yang dah pernah baca tu anggaplah ianya sebagai ulangan. Benda yang baik diulang banyak kali tidak menjadi kerugian kan.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal

kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu
hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang
paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih
mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu
tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak
marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara
tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti
hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda
tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan
bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata:-

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama
lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu
ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti
ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi
ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal
atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih
pedih dari luka fizikal''.
Category: , |
��
Monday, March 09, 2009 | Posted in ,
Semenjak beberapa tahun lepas, setiap bulan aku tak pernah mis untuk beli majalah Mastika sehinggakan koleksi yang dah terlampau banyak tak tahu mana nak simpan dah. Tambah menyukarkan lagi apabila nak berpindah rumah yang mana ianya telah menjadi rutin kehidupan aku sekeluarga, setiap satu atau dua tahun kami akan berpindah ke rumah baru. Maklumlah kerja macam aku ni susah sikitlah...ikut ke mana saja projek yang ada.

Kali ni bukan niat aku nak bercerita pasal kehidupan aku yang dah macam orang Badwi, tapi pasal satu ruangan yang aku baca dalam majalah Mastika keluaran Mac 2009. Sememangnya ia menarik perhatian aku bila membacanya sehinggakan terfikir aku untuk kongsi dengan korang semua. Yerlah benda baik dan menyeronokkan tak baik kalau tak dikongsi. Betul tak??. Okey...silalah tuan-tuan dan puan-puan baca dan hayati cerita di bawah. Zas....layan.....

Siti Fatimah seorang gadis yang cantik. Kulitnya putih mulus. Bibirnya merah, matanya bundar. Apabila bercakap, suaranya lembut menyebabkan semua lelaki di kampungnya, di Kuala Muda, Kedah, mengidam untuk menjadikannya sebagai isteri.

Fatimah, 19, anak petani miskin. Dia mempunyai kekasih tetapi terpaksa berkahwin dengan Abdul Muluk, 28, anak penghulu kampung yang bertubuh gemuk, hitam dan bengis. Bapa Fatimah Abdul Rahim namanya, terpaksa berbuat begitu sebagai membalas kebaikan tok penghulu melupuskan hutangnya yang sudah meningkat beribu-ribu ringgit jumlahnya.

Muluk lelaki jahat walaupun Fatimah memberikan sepenuh kasih sayang dan kesetiaannya, tetapi dia masih juga mencari perempuan lain. Setiap malam Muluk berpeleseran di kelab-kelab malam dan membuat maksiat.

Fatimah yang baik dan setia ini, apabila ibu datang ke rumahnya dan bertanya di mana Muluk, dia akan berbohong mengatakan suaminya itu ada majlis qiamullail di masjid. Atau, ada kenduri di rumah kawan. Padahal, Muluk tak pernah sembahyang walaupun sudah puas dinasihati Fatimah.

Muluk juga suka memukul Fatimah. Apabila ibunya bertanya kenapa mukanya lebam, Fatimah cepat-cepat berdalih mengatakan dia terjatuh. Hakikatnya, setiap malam Fatimah menangis mengenangkan nasib diri.

Hukuman Allah datang juga. Selepas lebih 10 tahun menasihati suaminya itu agar bertaubat dan ingat pada tikar sembahyang, akhirnya bala menimpa. Abdul Muluk ditimpa penyakit yang amat aneh.

Dia sering muntah darah. Badannya lemah, Muluk berjalan terhuyung-hayang. Seluruh tubuh lelaki itu terasa bisa bagaikan dicucuk jarum. Dua bulan begitu Muluk masih tidak mati. Orang mengatakan Abdul Muluk disantau.

Daripada gemuk akhirnya menjadi kurus kering. Fatimah isteri yang setia, dia menangis meratapi nasib suaminya itu. Dia berdoa agar Tuhan mengampunkan dosa suaminya dan disembuhkan penyakitnya itu. Pun begitu sudah dasar lelaki jahat, Muluk tetap angkuh dan sombong. Dia tetap memarahi dan memukul Fatimah hingga lebam-lebam tubuhnya.

Suatu hari Muluk pergi ke hospital. Dia pergi seorang diri. Di hospital doktor membuat pemeriksaan dan kemudian memberikan Abdul Muluk satu bekas kecil. "Kami kena buat ujian air kencing. Keadaan encik ni memang serius, tapi saya pelik berdasarkan pemeriksaan....semuanya normal. Tekanan darah, jantung, usus dan semua organ lain dalam keadaan baik. Jadi, kami perlukan air kencing encik untuk diuji".

Muluk terdiam. Dia meminta kebenaran daripada doktor untuk membawa bekas tersebut balik ke rumah kerana baru saja membuang air kecil. Lagipun, air di dalam badannya sudah hampir kering. "Boleh...tapi esok kena bawa ke sini semula. Seelok-eloknya air kencing yang pertama selepas Encik Muluk bangun daripada tidur", pesan doktor berkenaan.

Esoknya, Muluk melakukan apa yang diarahkan doktor. Bekas berisi air kencing itu kemudian Muluk tinggalkan di lantai sudut bilik air sementara dia pergi menukar pakaian untuk ke hospital. Sudah ditakdirkan, pada waktu yang sama, Fatimah pula masuk ke bilik air untuk mencuci muka. Tanpa disedari, Fatimah telah tersepak bekas berisi air kencing suaminya itu. Lalu tumpahlah air kencing berkenaan.

Pada ketika itu, badan Fatimah terus mengigil. Dia berasa bersalah yang amat sangat kepada Muluk. Fatimah juga berasa takut akan dipukul oleh suaminya yang bengis itu. Fatimah isteri yang setia ini, terus menangis. "Ya Tuhanku...apa yang perlu aku buat sekarang? Kau bantulah aku.....", Fatimah menekap muka dan mengesat air matanya. Fatimah kian terdesak, apa yang perlu dilakukannya.....

Pukul 10.00 pagi, Abdul Muluk pergi bersendirian ke hospital membawa bekas air kencingnya. Pukul 10.30 pagi, doktor membuat ujian ke atas air kencing berkenaan dan keputusannya amat mengejutkan. Beberapa kali ujian dilakukan, hasilnya tetap sama. Lantas doktor memanggil Muluk.

"Encik Abdul Muluk, hasil ujian yang saya lakukan ke atas air kencing encik ini menunjukkan....menunjukkan...." kata doktor terputus-putus. "Menunjukkan apa doktor?" tanya Abdul Muluk yang tidak sabar lagi untuk mendengar keptutusan ujian air kencingnya itu.

"Ujian air kencing ini menunjukkan Encik Abdul Muluk mengandung tiga bulan!" kata doktor.
BUKK....
Muluk pengsan dan terus mati.
Huahuahuah..........

(MORAL CERITANYA : Pertama, jangan suka pukul bini. Keduanya, jangan sombong dengan kekayaan yang ada. Ketiga, balasan tuhan pasti datang. Keempat, jangan sepahkan air kencing. Kelima, aaaahhhh......lu pikirlah sendiri, takkan aku jer nak pikirkan untuk korang!)



Category: , |
��
Monday, March 09, 2009 | Posted in , ,
Ha...ha...rasa selesa dan semangat sikit nak mem'publish' blog-blog baru dengan penampilan baru nih. Jangan la ada sapa-sapa dengki lak. Sebenarnya memang dah lama dah aku bercadang nak tukar penampilan nih tapi masa saja yang tak mengizinkan. Lagi pun malaslah nak menyelongkar kat internet tu nak cari templates yang berkenan dihati.

Ini pun aku ingat carian yang keberapa puluh dah baru jumpa. Kira okey dan puashati jugaklah dapat yang macam ni. Nak lebih nampak ceria dan menyerlahkan personaliti, aku gunakan widget yang disediakan oleh adiwidget. Baru nampak gempak dan blues sikit. Untuk slideshow aku gunakan widget yang disediakan oleh Slide manakala untuk jam yang nampak cam Islamic sikit tu aku ambil kat Alhabib's Islamic Web Services & Accessories.

Kepada sesiapa yang rasa dengki atau rasa nak kutuk tentang penampilan baru aku ni....bolehlah kutuk sepuas-puasnya kat ruangan yang disediakan. Hamba yang daif ni sedia menerima kutukan tuan-tuan dan puan-puan semua. Hu...hu....jumpa lagi weh.


Awas...gambar di atas tiada kena mengena langsung dengan tajuk di atas. Ianya di 'upload' hanyalah untuk mencantikkan atau menyedapkan mata memandang blog aku nih. Kalau rasa sakit mata nak tengok....maka dinasihatkan jangan tengoklah.
Category: , , |
��
Monday, March 09, 2009 | Posted in , ,
Assalamualaikum....Lama betul dah rasanya aku tak meng 'update' blog aku nih. Dah lama tak mengadap laptop rasa cam kaku pulak jari jemari dan otak pulak dah jadi membeku. Yelah apa boleh buat banyak sangat komitmen yang terpaksa diberikan. Yang penting-penting tu terpaksa didahulukan....yang kurang penting ni taruk belakang dulu.

Sehari dua ni rasa kurang sikitlah bebanan tu. Itulah yang ambil peluang ni...kalau tak bila dah start kerja balik nampaknya tak berpeluang lagi la rasanya. Entahlah kadang-kadang mari fikir, orang lain pun kerja jugak tapi tak derlah macam aku ngan kawan-kawan aku tu. Boleh dikatakan dalam kepala kami takdak dok pikir benda lain selain dari kerja, kerja dan kerja. Ada ketika tidur dan mengigau pun pasal kerja. Tak taulah betul ke tak....tapi itu bini aku yang cakap, takkan dia tipu kot.

Dalam masa dua minggu kebelakangan ni memang aku sibuk dengan kerja. Itu tak perlah, dah memang menjadi rutin aku. Tapi yang paling membengangkan aku ialah bila kereta pulak buat hal, tak pasal-pasal dia meragam. Bila start boleh hidup tapi dalam dua atau tiga second mati. Puas jugak la aku cek sana-sini sampai berpeluh-peluh tapi tak menjadi jugak. Last sekali panggil pomen....pun tak jadi gak. Err...tak perlah cerita pasal kereta rosak ni nanti aku sambung dalam post lepas nih. Banyak lagi nak cerita pasal tu. Kali ni aku cerita pasal benda lain dulu.

Dalam masa kereta rosak, terpaksalah aku berulang-alik ke tempat kerja dengan motor. Kira jauh gak la, lebih kurang 40 km. Alah sekali sekala best gak naik motor, terkenang pulak zaman-zaman dulu...zaman jadi mat rempit tak bertauliah. Hi...hi...anak-anak, jangan tiru pak cik yer sebab nanti pak cik nak tunjuk gambar orang naik motor dilanggar kereta.


Sebenarnya gambar ni aku terima melalui email. Ianya berkenaan dengan kemalangan yang berlaku di lebuhraya berhampiran tol Bukit Beruntung.... alah dekat jer ngan rumah aku. Mulanya aku ambil keputusan tak nak masukkan dalam blog tapi bila pikir-pikir balik mungkin ini boleh dijadikan pengajaran dan peringatan kepada yang masih nak merempit. Untuk makluman, kemalangan ini bukanlah disebabkan merempit tetapi mungkin sebab hilang kawalan (jangan salah faham yer adik-adik). Kepada keluarga arwah kami amat bersimpati di atas kehilangan orang yang tersayang dan kami
hadiahkan Al-Fatihah moga-moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.




Mengikut email yang aku terima dan berita di TV, keadaan mayat mangsa amat menyayat hati sekali di mana beberapa anggota badan terpisah dan hancur digilis kenderaan.

Daging mangsa bertaburan di jalanraya dan jalan terpaksa ditutup selama 20 minit untuk mengutip sisa-sisa dan cebisan daging arwah.








Apa yang lebih menyayat hati lagi ialah kepala mangsa yang tak dijumpai yang mana dipercayai telah hancur. Apakah perasaan keluarga mereka bila melihat badan orang yang mereka sayang sedemikian. Tentunya hancur luluh hati mereka terutama anak-anak arwah dan pasti ianya terus menjadi igauan buruk sepanjang hidup mereka.














Sebahagian daipada kaki kiri mangsa....













Sebahagian daripada badan mangsa yang amat mengerikan........












Ya Allah...jauhkanlah kami dan ahli keluarga kami dari musibah sebegini....










Lebuhraya terpaksa ditutup selama lebih kurang 20 minit bagi memberi peluang kepada anggota keselamatan mengumpul cebisan daging mangsa...












Encik polis sedang mengutip cebisan daging mangsa....
















Apakah itu adik-adik dan mat rempit semua. Adakah pengakhiran yang begini yang kamu idamkan...














Pihak keselamatan mengutip cebisan daging arwah....















Lagi pandangan yang amat mengerikan....
















Keadaan motosikal arwah....

















Topi keledar yang pecah dan hancur. Kalau safety helmetnya dah macam ni, memang patutlah kepalanya tak dijumpai...nauzubillahiminzalik...

















Kopiah Allahyarham














Perjalanan sebuah kematian....perjalanan yang
hakiki.....Innalillah wainnailaihiraajiunn......



***(Moral : Kepada penunggang-penunggang -motosikal, berhati-hatilah memandu. Kepada pemandu-pemandu kereta, bersimpati dan bertimbangrasalah kepada penunggang motosikal dan pejalan kaki.)
��