Catatan dari magsa banjir Hadi Mahmood yg terperangkap bersama isteri dan 7 anak kecil di pasir mas, kelantan
Salam sahabah semua, saya jarang menaip dlm laman ini,saya hanya pembaca setia....izinkan saya menaip berkongsi cerita ini.
BANJIR 2014 MUSIBAH DAN HIKMAH.
MUSIBAH INI:
pada tanggal 24.12.2014...apabila berita kuala krai di tengelami air..Allahuakhbar...siapa sangka bandar yg berbukit itu bisa tenggelam menjadi lautan..namun kuasa Allah memungkinkannya..benar dan nyata apa yang terkandung dlm al quran...kun faya kun...pada ptg tu bila saya meninjau situasi air sungai kelantan..ditepi tebing bandar pasirmas...Allahuahkbar..saya harus bersedia..Alhamdulilah dengan ilmu dan pengalaman menetap di rantau panjang..saya terus ke kedai membeli segala bekalan utk keluarga saya yg besar ini...menjelang mlm air sungai mula melimpah memasuki bandar pasir mas...saya dan anak lelaki terus ke premis perniagaan kami mengemas apa yg patut...jam 3 pagi perjalan kami untuk pulang kerumah menghadapi kesukaran kerana air mula memenuhi jalanraya..
Esok pagi bermula satu peristiwa...penduduk menjadi panik...semua orang bersimpang siung mencari bekalan..melarikan kereta..kedai runcit dipenuhi dan bersesak untuk mendapatkan bekalan..berpindah ke tempat selamat...saya memerhatikan situasi ...Ya Allah..adakah ini secebis dari gambaran hari kiamat...semua orang hanya mahu menyelamatkan keluarga masing masing..berebut..bertengkar....bekalan elektrik dan air bersih terputus ALLAH adakah ini ujian atau rehearsal menjelang kiamat...YA Allah adakah musibah ini sebagai peringatan untuk kami...Ya Allah kalamMu itu benar..hari kiamat itu benar..kanunmu itu benar..syariatMu itu benar..janjiMu benar.tapi kami lalai... . Allah ampuni kami.....berat ujian ini..semasa catatan ini dibuat..hari 4. Disebalik bacaan laman ws atau telegram dr rakan rakan yg berbincang tentang menu makanan yang enak enak.. Syukur Kami sekeluarga masih mempunyai bekalan makanan ikan kering...petrol..gas cuma air bersih mungkin akn habis..walaupun kami mengamalkan catuan tapi bagaimana nasib org kampung lain.....mereka tidak bersedia menerima musibah ini...makanan takde....air..susu..dll keperluan asas..nak keluar beli...stok kat kedai berhampiran habis..nak keluar..ke tempat lain ..tak boleh sebab terkepung..cuma harapkan bantuan yang datang...YaAllah ampuni dosa kami...kàmi lalai.
Untuk sahabah semua.mungkin anda tidak mampu menjiwai catatan diatas...biarkan saya menjadi wakil kepada ujian ini bagi menyampaikan peringatan untuk kita semua..BALIKLAH pada kalam Allah...syariat Allah..hentikanlah maksiat..hentikanlah syubahah...hentikan rasuah dan riba...imbas diri sendiri...tarbiah anak dan isteri...perkasakan ukhwah ummah....moga Allah arrahim..memberi hidayah dan menyelamatkan kita dunia akhirat...amin.
HIKMAH...
Alhamdullilah..ujian ini membuatkan anak anak saya lebih mengenal erti survival.....kesabaran dan disiplin.
Anak anak memberi kerjasama pada setiap peraturan darurat yg saya keluarkan...antaranya bagi tujuan menjimatkan air bersih mereka tidak dibenarkan mandi...air hanya untuk minum dan qàda hajat serta wuduk sahaja...dah 3 hari mereka tak mandi...hanya dibenarkan gosok gigi sahaja..
Mereka bekerjasama apabila dibenarkan makan nasi sekali saja..dan lauk yg di catu ..umpamanya sebiji telor mata perlu dibahagi dua..ikan kering secubit sorang dan lain lain. Malam tadi terharu saya bila mendengar mereka beramai ramai membaca alquran surah alkahfi tanpa kehadiran saya..kerana saya pening kepala gara gara cubaan menyedut petrol dari kereta sebagai bekalan tenaga...Ya Allah syukur atas hikmah ini...dan banyak hikmah yang tak termampu diluahkan...alhamdullilah syukur.
Sekian...
Hadi bin Mahmud
Pasir mas
2.34am 28 Dis 2014
Catatan tambahan pembaca,
mereka ini termasuk golongan beruntung kerana telah merasai dan melalui rehearsal dan tarbiah Allah secara terus,,, tapi bg kita yg belum sedar dan belum rasai mungkin tidak dpt mengukur kesabaran dan keyakinan akan kebenaran Allah. Kita masih lalai, berbangga dgn status kita, bangga dgn kekayaan dan kelebihan
No comments:
Post a Comment