Thursday, December 11, 2008 | Posted in , ,


Ini lah abang ipar aku. Nama betul tak payah cakaplah sebab kami lebih suka panggil nama timang-timangannya - Jack. Kerja pun tak payah publishlah tapi hobinya main golf. Abang aku ni memang okey ngan adik beradik. Sanggup bersusah payah untuk keluarga. Bab ni aku betul-betul salutelah. Aku pun kadang-kadang naik malu ngan abang aku sorang nih.

Apa-apa pun dia abang yang best walaupun dia lebih muda dari aku. Aik...camana tu?!. Habis dah aku kahwin ngan adik dia. Memang layak la dia jadi abang aku.
Category: , , |
��
Thursday, December 11, 2008 | Posted in , ,

Mamat ni tengah control gabra gamaknya. Buat-buat rileks...dalam hati agaknya macam-macam ayat dibaca nak tenangkan hati. Apa nak takut, tak lepas kali pertama...kali kedua. Tak lepas kali kedua...ada lagi can kali ketiga. Tak boleh lepas lagi...minta can kali keempat ngan tok imam. Tak lepas lagi.....buat malu kaum jer la.

Yang si pengantin pompuan pun sama...control habis. Control-control gak....jangan nampak gelojoh dah la...oppss.

Sorry la...kami gurau jer. Okey latu sekali akad dah lepas (berapa lama praktis kawan). Kami ucapkan Selamat Pengantin Baru. Berhati-hatilah dalam melayari bahtera rumahtangga. Tak ada manusia yang sempurna, terimalah pasangan kamu seadanya. Untuk pengantin lelaki...jagalah adik ipar aku tu baik-baik. Jika ada yang tak betul, perbetulkan dengan cara yang berdiplomasi. Dapat bini ni kiranya cam dapat anak la. Camana kita ajar dan bentuk bini kita camtu la jadinya nanti. Harap korang faham la apa yang aku dok melalut nih. Okey selamat menempuh alam rumahtangga semoga kebahagiaan terus berkekalan.
Category: , , |
��
Saturday, December 06, 2008 | Posted in
Kerja macam kami memang berisiko tinggi. Yerlah sekarang kami berada ditingkat 12 kira tinggi jugak latu.

Tak delah, kerja apa-apa pun memang ada risiko....tambah-tambah kerja macam kami ni. Memang itulah cara kami mencari rezeki halal nak besarkan anak-anak dan bagi makan pakai isteri. So...bagi isteri-isteri, hargai dan ingatlah kami.

Okeylah yang dari kanan tu kiranya cam specialist supervisor architect la...namanya ringkas jer Ahmad Awang (macam nama presiden Persatuan Ulamak Malaysia lah). Kawan kita ni memang betul-betul terrorlah bab-bab akitek tapi bila kerja ngan kompeni semua jaga dari akitek sampai civil dan structure. Kiri tu pulak Clerk of Work dari konsultan PB Engineers. Alah....oghe Kelate weh. Asal Pasir Mas, tapi dah lama merantau cari rezeki kat tempat orang. Kawan kita ni kira okey gak la, boleh dibawa berbincang kalau ada masalah.

Haa yang satu lagi abe hensem kat tengah tu....tak payah cakap la nanti ada orang kata puji diri sendiri lak. Tapi memang hensem pun....misai ngan janggut jerlah.

Lupa nak cakap yang COW tadi tu namanya En. Mohamad Deraman. Assalamualaikum Cik Mat...hari ni ada konkrit dok...hehehe....
Category: |
��
Thursday, October 02, 2008 | Posted in

Diperkenalkan yang sebelah kanan tengah dokong budak tu adik ipar aku, sebelah kiri lak Pak we dia merangkap tunang yang masih malu-malu cipan. Biasalah masa tengah bercintalah kononnya. Adik aku tu mana tahu nak bercinta.

Sebenarnya ini masa raya tahun 2008. Mamat tu datang nak beraya ngan bakal mertua dan ipar duai. Kesian gak Mamat nih, lebur gak la poket. Yerla ....anak saudaranya ramai. He..he itu kira beli jiwa gak tu.

Haiya....soli aaa sudah lupa mau cakap. Nama budak ni sebenarnya Wan Muhammad Nazi Wan Ismail. Cantik nama bang, ada jugak lah nanti baka Wan belah keluarga Mertua aku.

Hah...ini bakal abang ipar kau nak bagi pesan....dah kahwin nanti jagalah adik aku tu betul-betul dan jagalah hubungan keluarga kedua-dua belah pihak, hidup biar rukun. Itu jer dulu....nanti sambung lepas korang kahwin nantilah, kang nanti lupa lak.
Category: |
��
Monday, September 15, 2008 | Posted in

Majlis berbuka puasa sempena meraikan perpisahan Amrin yang berpindah kerja ke tempat baru. Katanya Johor Bharu. Okeylah tu dekat sikit ngan isteri dan anak. Kami semua mendoakan semoga lebih berjaya di tempat baru. Insyaallah.
Category: |
��
Saturday, September 13, 2008 | Posted in
Syok sangat sampai terlena tengah main. Itulah budak-budak kalau dah ralit dengan sesuatu, tidur pun dah jadi agenda nombor 2. Kalau kita yang dah tua boleh dak camtu. Rasanya tak berasaplah dapur, tapi tengok keadaaan jugaklah.
Category: |
��
Friday, September 05, 2008 | Posted in

Kalau ikutkan masa ni baru nak masuk pukul 7 pm, maksudnya lebih kurang 20 minit untuk masuk waktu berbuka. Agaknya hari ni semua lapar, terutama Che Mat. Restoran Sri Mutiara.
Category: |
��
Monday, September 01, 2008 | Posted in

Ni lagi sorang. Tak leh nak bangun. Dah overflow.
Category: |
��
Monday, September 01, 2008 | Posted in




Batrisyia dah pandai nak belajar naik tangga. Baru umur lapan bulan. Macam-macam dah boleh buat. Cepat sungguh perkembangannya jika nak bandingkan Abang dengan Kakaknya. Arghh...tak kisahlah asalkan sihat dan tak dak masalah. Alhamdulillah...
Category: |
��
Monday, September 01, 2008 | Posted in

Hari pertama berpuasa. Kepenatan selepas berbuka.
Category: |
��
Monday, September 01, 2008 | Posted in

Seronok rasanya dapat melihat perkembangan sehari2 anak. Tambahan dgn adanya gadget yg macam2 sekarang.
Category: |
��
Monday, September 01, 2008 | Posted in
Take a look at this:
http://al-habib.tripod.com/islamic-clock/tahlil01.htm
Category: |
��
Monday, August 25, 2008 | Posted in

Mengantuknyer
Category: |
��
Saturday, August 23, 2008 | Posted in



Kerja-kerja slab concreting di Kolam renang sedang dijalankan.
Category: |
��
Sunday, August 17, 2008 | Posted in




Kenangan semasa percutian di Cameron Highlands. Percutian ganti sebab tak boleh balik kampung. Saja nak bagi seronok anak-anak yang dah lama tak pergi bercuti. Kami ni hanya tumpang seronok dan gumbira jerlah.
Category: |
��
Sunday, August 17, 2008 | Posted in ,





Kenangan di Mardi Cameron Highlands. Hari tu sempat jugak kiter orang pergi rumah Azariah anak Pak San. Kesian gak kat dia punya laki....susah-susah pergi ambil kobis dan salad kat sana. Katanya nak bagi kami rasa sayur tempat sejuk. Emmm.....memang best dan fresh lah sayur kat sini. Thank you....lain kali kami pergi lagi. Nasib baik buah strawberry tak dak kat sana, kalau tak penuh kereta kami angkut.
��
Sunday, August 17, 2008 | Posted in ,


Ini kenangan Umie dan anak-anak di ladang strawberry Cameron Highlands tempoh hari.
��