Tuesday, October 23, 2012 | Posted in
Assalamualaikum kepada semua. Kali ni saya nak menarik perhatian rakan-rakan yang akan menduduki RAE pada Disember 2012 ini dan juga rakan-rakan yang berminat di dalam Radio Amatur untuk cuba menjawab contoh soalan ni. Anda boleh pergi ke 'link' di bawah untuk download atau terus cuba menjawab di sana. Okeh...kita cuba-cuba dan tengok setakat mana pengetahuan yang kita ada ni samada boleh atau pun tidak untuk kita menjawab soalan tersebut. Selamat mencuba..... CONTOH SOALAN RAE 2012
Category: |
��
Wednesday, October 17, 2012 | Posted in ,
Assalamualaikum semua rakan-rakan terutama Rakan Radio Amatur PTT. Sebagaimana yang saya janjikan semalam untuk 'upload'kan contoh soalan untuk RAE. Okehhh...saya hanya mencuba sedaya upaya untuk berkongsi maklumat bersama rakan-rakan walaupun saya ni amat baru dalam bidang ni dan masih lagi nak belajar. Melalui carian di internet banyak yang saja jumpa bahan yang boleh dijadikan panduan untuk saya dan rakan-rakan semua. Atas kesedaran ilmu lebih baik dikongsi bersama maka di bawah ini saya sediakan 'link' untuk 'download'kan oleh rakan-rakan semua. Semoga dengan perkongsian ini lebih memberi manfaat kepada semua terutama yang baru  nak berjinak-jinak dengan dunia radio amatur seperti saya. Sekian, terima kasih. Sehingga jumpa lagi di lain 'post'.                     Sila klik pada 'link' untuk download 1. Amateur Radio Guidelines, 2. SOALAN RAE 1, 3. SOALAN RAE 2, 4. SOALAN RAE 3, 5. PANDUAN UNTUK RAE, 6. Ham SOP QSO - Malay Ver
Category: , |
��
Monday, October 15, 2012 | Posted in , ,
Assalamualaikum dan salam 73 kepada rakan-rakan. Saya ingin berkongsi maklumat bersama rakan-rakan yang baru mencebur dan berjinak-jinak dengan radio amatur. Memandangkan sekarang ini perhubungan melalui walkie talkie tidak terhad kepada set rig atau handy mobile malahan perhubungan walkie talkie melalui 'handphone' telah berleluasa menggunakan talian 3G. Bermacam 'software' yang boleh digunakan tetapi pada pemerhatian saya buat setakat ini di antara yang popular adalah 'ZELLO' yang menyokong bagi OS Android, IOS dan Blackberry. Malahan 'software ini boleh juga dipasang di 'PC' atau pun 'laptop' anda. Ramai pengguna dari seluruh Malaysia menggunakan 'software' ini berbanding yang lain.
Dalam masa kita berhubung menggunakan walkie talkie (QSO), ada 'SOP' (Standard Operating Procedure) yang tertentu yang perlu dipatuhi oleh pengguna. Semasa saya mencari bahan untuk saya lebih memahami cara-cara berkomunikasi melalui walkie talkie, saya terjumpa 'SOP' yang telah diolah semula ke dalam bahasa melayu. (Kredit untuk Saudara 9W2SSL). Diharap dengan adanya 'SOP' ini boleh meningkatkan lagi kefahaman anda semua untuk ber'QSO' dengan cara yang betul. Ia digunakan sebagai garis panduan semasa kita berQSO di jaluran tidak kira sama ada di jaluran komersil mahupun amatur. Ia juga diterima pakai di peringkat antarabangsa.
                                                                    Cherio dari saya Tango Kilo Juliet Mike Alfa November 8727. QRU, 73 clear.                                                                                                        Anda boleh klik di sini untuk DOWNLOAD                              
Category: , , |
��