Monday, October 15, 2012 | Posted in , ,
Assalamualaikum dan salam 73 kepada rakan-rakan. Saya ingin berkongsi maklumat bersama rakan-rakan yang baru mencebur dan berjinak-jinak dengan radio amatur. Memandangkan sekarang ini perhubungan melalui walkie talkie tidak terhad kepada set rig atau handy mobile malahan perhubungan walkie talkie melalui 'handphone' telah berleluasa menggunakan talian 3G. Bermacam 'software' yang boleh digunakan tetapi pada pemerhatian saya buat setakat ini di antara yang popular adalah 'ZELLO' yang menyokong bagi OS Android, IOS dan Blackberry. Malahan 'software ini boleh juga dipasang di 'PC' atau pun 'laptop' anda. Ramai pengguna dari seluruh Malaysia menggunakan 'software' ini berbanding yang lain.
Dalam masa kita berhubung menggunakan walkie talkie (QSO), ada 'SOP' (Standard Operating Procedure) yang tertentu yang perlu dipatuhi oleh pengguna. Semasa saya mencari bahan untuk saya lebih memahami cara-cara berkomunikasi melalui walkie talkie, saya terjumpa 'SOP' yang telah diolah semula ke dalam bahasa melayu. (Kredit untuk Saudara 9W2SSL). Diharap dengan adanya 'SOP' ini boleh meningkatkan lagi kefahaman anda semua untuk ber'QSO' dengan cara yang betul. Ia digunakan sebagai garis panduan semasa kita berQSO di jaluran tidak kira sama ada di jaluran komersil mahupun amatur. Ia juga diterima pakai di peringkat antarabangsa.
                                                                    Cherio dari saya Tango Kilo Juliet Mike Alfa November 8727. QRU, 73 clear.                                                                                                        Anda boleh klik di sini untuk DOWNLOAD                              
Category: , , |
��

Comments

0 responses to "SOP QSO"