Majlis berbuka puasa sempena meraikan perpisahan Amrin yang berpindah kerja ke tempat baru. Katanya Johor Bharu. Okeylah tu dekat sikit ngan isteri dan anak. Kami semua mendoakan semoga lebih berjaya di tempat baru. Insyaallah.
Syok sangat sampai terlena tengah main. Itulah budak-budak kalau dah ralit dengan sesuatu, tidur pun dah jadi agenda nombor 2. Kalau kita yang dah tua boleh dak camtu. Rasanya tak berasaplah dapur, tapi tengok keadaaan jugaklah.
Kalau ikutkan masa ni baru nak masuk pukul 7 pm, maksudnya lebih kurang 20 minit untuk masuk waktu berbuka. Agaknya hari ni semua lapar, terutama Che Mat. Restoran Sri Mutiara.
Batrisyia dah pandai nak belajar naik tangga. Baru umur lapan bulan. Macam-macam dah boleh buat. Cepat sungguh perkembangannya jika nak bandingkan Abang dengan Kakaknya. Arghh...tak kisahlah asalkan sihat dan tak dak masalah. Alhamdulillah...