Monday, February 16, 2009 | Posted in , ,
Tergerak hati aku nak menulis dan bercerita pasal anak aku ini selepas berlaku kejadian pada hari minggu yang aman kelmarin. Entah apa yang merasuk aku kelmarin pun tak tahulah. Atas kesilapan dan kesalahan yang tak seberapa aku telah menghukum anak aku dengan cara yang tak sepatut dan selayaknya. Baru beberapa minit hukuman dijalankan, timbul rasa menyesal yang amat sangat dalam hati sehinggakan jiwa dan fikiran aku jadi kacau. Pada aku semua anak adalah istimewa tetapi anak pompuan yang sorang ini mungkin lebih istimewa dari yang lain-lain.



Dilahirkan pada 23hb. September, 2003 di Hospital USM Kubang Kerian dengan cara pembedahan caesarean. Sebenarnya orang rumah aku tak ada masalah untuk melahirkan secara normal tetapi atas nasihat doktor di sana dan keselamatan bayi maka kami mengikut saja apa yang baik. Mengikut apa yang diberitahu doktor, mereka tak dapat pastikan apakah yang mereka nampak sewaktu x ray dilakukan - mereka hanya membuat jangkaan awal sahaja. Sebenarnya pada waktu itu kami menetap di Bandar Pusat Jengka dan perkara ini telah dapat dikesan oleh doktor di sana. Penjelasan yang kurang jelas menyebabkan kami mengunjungi klinik pakar sakit puan swasta. Dan selepas diperiksa mereka menasihatkan kami merujuk kepada Hospital Mentakab. Di sana kami diminta lagi merujuk ke HKL. Rundingan dibuat, akhirnya kami bersetuju untuk merujuk kes ini ke HUSM Kubang Kerian.


Selepas sehari diperiksa dan di dalam wad, pihak hospital menasihatkan orang rumah aku melakukan pembedahan bagi mengelak komplikasi lain yang mungkin timbul. Maka berkejaranlah aku balik dari Bandar Pusat. Sampai pagi di HUSM, sempat aku mengiringi orang rumah ke dewan bedah. Sedih pulak rasa.

Ya Allah sungguh besar dan berat ujian Mu.....pertama kali melihat anak aku, tak ada ayat yang boleh menggambarkan kesedihan dan pilu. Tergambar difikiran apalah kesudahannya nanti anak aku ini. Cacatkah atau sempurnakah anakku nanti. Usai azan dan iqamat aku dipanggil masuk bilik doktor. Sang doktor menerangkan serba sedikit tentang anak aku yang mana telah menambahkan lagi pedih dan sedih aku. Langsung aku tak dapat beri perhatian, cuma yang aku dengar, "anak you nanti kemungkinan akan cacat, tak boleh berjalan, tak boleh mengawal kencing atau berak, kepala akan membesar dan satu paip akan dimasukkan di dalam kepala dan...bla...bla...bla". Hek alamak....cukuplah doktor aku dah tak boleh nak dengar lagi, bukan nak bagi sokongan moral tapi......bengong betul doktor nih (dalam hati la).

Bila dah tenang sikit...aku cari member aku yang jadi doktor pakar kanser kat sana. Walaupun cara penerangannya sama dengan doktor sebelumnya tapi okey sikit. Mengikut beliau penyakit ni dinamakan 'myelomeningocele' yang mana dijumpai 1 dalam 100,000 atau 1,000,000. Pheww...camana nih. Kenapa kena kat anak aku. Ya Allahh...



Lima hari kemudian ketumbuhan tersebut pecah. Anak aku segera dikejarkan ke dewan bedah. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku pada masa tu. Aku bertawakkal sekiranya umur anak aku panjang aku boleh peluk lagi anak aku itu. Jika sebaliknya.....ishhh minta jauh.

Alhamdulillah pembedahan berjaya dan keadaan anak aku bertambah baik. Punggung tempat ketumbuhan tersebut bertambah normal. Namun begitu orang rumah dan anak aku terpaksa menghuni HUSM selama lebih kurang sebulan. Dalam masa tersebut simptom sebagaimana doktor cakap tempohari memang menghantui. Memang ada tanda-tanda tak dapat mengawal kencing dan berak. Itu yang paling merisaukan aku. Hampir masuk bulan puasa, anak aku dapat discharge tetapi sebulan sekali kena balik ke HUSM untuk pemeriksaan dan mungkin pembedahan seterusnya perlu.

Masuk bulan kelima anak aku dimasukkan sekali lagi ke HUSM untuk dibedah. Huh...apalah pulak kali nih. Empat jam di dalam bilik bedah memang cukup-cukup merisaukan aku. Duduk tak kena, bangun pun serba salah. Dahlah sebelum tu diorang dah ambil air tulang belakang depan-depan mata aku. Tapi menurut mereka, kali ini mereka ada ambil sampel untuk dihantar ke makmal bagi mengetahui punca sebenar. Buatlah apa yang patut doktor. Kali ni melihat keadaan anak aku selepas pembedahan amat mengerikan - wayar dimana-mana sehinggakan dikepala pun dicucuk jarum untuk masukkan ubat.









Klik gambar di bawah untuk keterangan lanjut pasal 'myelomeningocele'






















...........maaf, bersambung ke post seterusnya.
��
Sunday, February 15, 2009 | Posted in , ,
Alhamdulillah...harapnya hari ni hari minggu yang aman. Sepatutnya aku kena bekerja hari nih. Tapi tulah 'piling machine' pun macam faham aku nak berehat maka semalam dia telah merosakkan diri. Jadi selamatlah aku hari nih tak payah pergi kerja....dapatlah aku update blog ni sikit.





Kalau tak salah, ini tahun kelima aku bersama ngan syarikat nih (Pembinaan EmasKami Sdn. Bhd. [formerly known Pembinaan Bukit Safa Sdn. Bhd.]). Sepanjang bekerja di sini, rutin kerja aku memang tak berubah. Maksud aku masa kerja kami memang flexible. Kalau time sibuk dan mengejar dateline, kami kerja cam tak cukup waktu 24 jam. Tambah-tambah lagi bila dateline tu diberikan oleh Boss sendiri atau minggu tu minggu meeting, lagi la teruk kami. Bila dah lepas time frame tersebut barulah kami boleh bersenang-lenang sikit.



Apa yang aku ceritakan di sini bukanlah untuk menunjukkan kami ni kuat dan rajin bekerja atau untuk memberitahu dengan kerja lebih, kami dapat buat tuntutan kerja lebih masa yang banyak (mana kami ada istilah OT weh) tapi itulah tanggungjawab dan rutin yang kami terpaksa pikul bagi menyiapkan satu-satu projek. Keluar pagi-pagi dan balik malam-malam buta adalah perkara biasa bagi kami sehinggakan dua hari anak-anak tak sempat tengok bapa walaupun tinggal sekali.
Category: , , |
��
Wednesday, February 11, 2009 | Posted in




Ini adalah sebahagian gambar-gambar yang dihantar oleh kawan aku yang tinggal kat Vietnam (Hi..hi..tak derlah ini gambar yang aku terima melalui email, mana aku ada kawan kat Vietnam...sampai pun belum lagi).

Sekali aku tengok gambar ni, aku rasa aku patut kongsi dengan korang semua sebagai pengajaran dan peringatan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sekali kita ingat kita susah sebenarnya masih ada lagi yang lebih susah dari kita. Tak ada apa yang perlu dibanggakan di atas dunia ini.

Harta dan pangkat yang dikejar hanya daki dunia. Nak balik esok lusa pun bukan boleh dibawak semua. Bilik persinggahan yang disediakan hanyalah bersaiz 2' 0" x 6' 0" sahaja. Porch untuk letak Mercedes pun tak disediakan apatah lagi bank nak simpan duit berjuta. Coffee House, Cyber Cafe, Karaoke, Hotel tempat bersembang dengan kawan-kawan jauh sekali tak ada. Kawan-kawan....kat sana nanti dah tak dak semua tuh. Hanya amalan yang baik sahaja jadi peneman.





Category: |
��
Monday, February 09, 2009 | Posted in , ,
Hari ni kiranya public holiday... tapi sebab aku ni jenis spesis rajin kerja, maka kerjalah aku hari nih. Hu..hu.. sedih gak orang lain sedap jer dok ngan anak bini atau jalan-jalan, aku kena kerja pulak. Nak buat camana, nasib badanlah.

Tapi kiranya hari ni nasib baik sikit sebab kerja kat site lama, dekat ngan rumah. Pagi pergi ambik Mat Indon kat site Kuala Kubu Baru dulu, pahtu baru pergi ke site Bukit Sentosa. Dapat gak la selesai yang mana dikomen puak IWK masa inspection hari tu.

Pukul 3.30 pm kerja dah settle. Ishhk...masih ada masa lagi nih nak bawa anak jalan-jalan. Dengan tanpa berlengah maka aku pun meng'inform' anak bini bersiap. Ke mana kita?!. Mana lagi, mandi kolam air panas kat Kg. Hulu Tamu, Batang kali. Tempat ni aku tak pernah pergi, tapi kawan seperkerjaan aku yang cakap. Member aku cakap kalau diletak telur dalam air tersebut, boleh masak telur tu. Dalam kepala aku panas sangat ker airnya, telur pun boleh masak. Tak apa....nanti aku test tengok.















Eh...betul-betul panas la. Percaya tak apa aku cakap?. Memang betul-betul panas, kalau orang yang tak biasa mandi air panas makinlah terasa panasnya. Pertama kali turun, tak boleh nak letak kaki hatta sampai 30 saat sekali pun. Tengok apek sebelah yang seminggu sekali pergi siap berendam lagi. Aku tanya apek, "Apek, boleh tahan ker you?". "Sulah biasa maaa...satu minggu satu kali wa latang sini, baik ooo...lenguh-lenguh ka, bengkak ka boleh hilang", jawab apek penuh takbur bila melihat aku dok angkat-angkat kaki dek tak tahan panas. Dalam hati aku berkata, "lantak kau la apek, jangan kau kencing dalam ni sudah la....nanti masin cam air laut pulak.

Anak-anak aku?. Huh...memang seronok la diorang mandi dan main sepuas-puasnya. Mungkin diorang cakap, peluang yang diberikan jangan dipersiakan. Yerlah...Abinya selalu sibuk, sekali sekala dapat peluang camni, tak boleh lepaskan begitu saja. Hujan yang lebat pun masih lagi dok bantai berenang. Abinya cakap dalam hati, "ambiklah peluang korang, entah bila pulak Abi nak bawak kau jalan-jalan tempat camni".

Haa...sapa-sapa yang nak merasa pengalaman merebus telur kat sini (amaran : jangan rebus telur sendiri) senang jer. Lokasinya berhampiran dengan pekan Batang Kali. Kalau dari KL atau Tanjong Malim, sampai kat api lip lap belok kiri melepasi stesyen bas, pekan, pam minyak Shell dan Petronas. Nanti korang akan jumpa satu lagi api lip-lap dan belok kiri. Alah....kat situ pun korang dah boleh nampak dia punya signboard. Korang masuk dalam lebih kurang 6 km. Kat sana ada disediakan chalet dan resort ala-ala Minangkabau gitu. Sapa-sapa yang nak mandi berjamaah bolehlah mandi kat kolam di luar. Bilik persendirian pun ada, tapi itu kena bayar la (kalau tak silap aku dewasa RM2 dan kanak-kanak RM1). Yang tu hakmilik persendirian. Yang kat luar tu diselenggara Majlis Daerah Hulu Selangor. Okeylah tu ada wakaf, ada tandas dan bilik persalinan. Kurang puashati sikit sebab masa aku pergi kolam kotor sikit.
Category: , , |
��
Sunday, February 08, 2009 | Posted in , ,
Tentu korang pernah tengok Mamat yang tak pakai safety helmet tuh. Alaahh...Mamat yang kurang hensem tu tapi dia Bos aku weh. Aku bukan nak publish sangat gambar dia ni, tapi masa aku ambil gambar dia hari tu dia cakap "ni mesti nak jadikan modal masuk blog". Okeylah sekarang aku betul-betul masukkan. Tapi sebelum aku buat cerita, kau tengok aku ambik gambar dia masa tengah hensem. Dia ambik gambar aku tak sempat pun aku nak kontrol hensem.

Nak cerita...Mamat nih memang baguih, semua dia buat, dari Assistant Project Manager, Engineer hinggalah ke tahap macai macam aku - Supervisor. Kadang-kadang turun lagi tahap jadi kongsi kong. Gambar yang korang nampak sekarang tu sebenarnya dia tengah dok check kerja aku. Alamak kantoi la aku kali nih.

Ha...ha...tak adalah sebenarnya kami ni kerja dalam satu team. Ada masalah kami bincang sama-sama camana nak selesaikan. Itulah yang best pasal dia nih. Nak best lagi time dia sibuk kitorang bagi dia masalah yang perlu diselesaikan. Kesian tengok tapi masih cuba dan boleh selesai gak tu. Bos...kalau rasa terbodek tu faham-faham jerlah bila hujung bulan nanti...yang lama kira halal.












Satu lagi kebolehan Mamat ni yang tak pernah diceritakan pada sesiapa ialah main tarian singa. Aku pun tak tahu, betul boleh ker atau dia sengaja nak kencing aku. Nampak pegang tu ada gaya, tapi tak tahulah betul tak betul. Kalau betul...Mr. Loke tengah cari orang main tarian singa - bukak site baru. Aku pun boleh rekomen Bos.
Category: , , |
��
Saturday, February 07, 2009 | Posted in
Dimaklumkan kepada tuan-tuan dan puan-puan besok akan ada post terbaru dari kiter. Sekarang sibuk sikit mengejar dateline kat tempat kerja, tak sempat nak up date weh - modal banyak. Tambah-tambah lagi dengan keadaan politik negara yang kurang stabil telah menyebabkan sedikit gangguan pada pada paru-paru sebelah kiri kiter yang menyebabkan kawalan jari-jemari menjadi tak menentu. Halamak dah melalut kelain....chow dululah.
Category: |
��
Monday, February 02, 2009 | Posted in ,
  • Sekarang musim panas. Bahangnya sampai ke tulang, tekak sentiasa mencari air. Kalau anda rasa sengsara, bersabarlah kerana penghuni bandar Calama di Gurun Atacama, Chile lebih sengsara. Jangan tak percaya, bandar itu tak pernah mengalami hujan. --- agak-agak air hujan diorang kenal dok
  • Dalam setiap abad, satu pertiga daripada populasi dunia memeluk Islam. --- Alhamdulillah
  • Pada tahun 1968, satu konvensyen pengemis telah diadakan di Dhaka, India. Menariknya, antara lain konvensyen itu telah menyerahkan satu resolusi kepada kerajaan untuk menuntut jumlah minimun sedekah mestilah sekurang-kurangnya 15 paisa (lebih kurang 5 sen). --- jangan lepas ni kat Malaysia pulak
  • Di Pergunungan Andes, penduduk di kawasan itu biasanya mengukur masa dengan berapa batang rokok habis dihisap. --- Jadi rokok tu kira penting jugak la yer
  • Pada tahun 1990, sekumpulan jurutera telah memecahkan batu terakhir di dalam terowong kereta api dasar laut yang di bina merentasi Selat Inggeris. Dengan siapnya terowong dari England ke Perancis, Britain dan Tanah Besar Eropah yang dahulunya bercantum (pada Zaman Ais) telah dapat 'disatukan semula'.
  • Pada zaman tamadun India dan China kuno dahulu, penduduk di beberapa bahagian negara itu menganggap daging tikus sebagai hidangan yang amat lazat. --- uwekkk nak muntah
  • Pada tahun 40-an, pen berjenama Bich telah ditukar kepada Bic, untuk mengelakkan warga Amerika daripada menyebutnya 'Bitch' (perempuan jalang).
Category: , |
��