Menghabiskan masa bersama anak-anak dan isteri. Tak ketinggalan kembar ambo. Haha...ada iras-iras tak? Dah beberapa orang dok tanya mamat ni aku punya adik ke. Aku main yer jelah. Tak kisah lah, aku pun satu kepala gak ngan dia.
Kat mana nih? Alaaa...kat belakang rumah jer....Lata Hujan. Xdelah bes sangat tempatnyer tapi ok gak la sebab orang kat sini tak ramai sangat. Jadi tak delah susah sangat nak cari port.
Anak-anak yang paling suka bila sekali-sekala dapat lepas perasaan gini. Hehe...aku pun bes gak, dapat la release tensen sikit bila tengok anak-anak happy.
Tamah-tambah yang bongsu ni. Suka sangat dia dapat berenang. Mulanya takut-takut tapi bila dah lama sampai tak mau naik dia. Badan sejuk sampai bergegar pun masih nak main lagi. Haiii...anak-anak. Abi gembira tengok kamu happy. Love u all kids.
Saja berkenangan ngan kembar aku. Rancangan awalnya nak ajak sekali aweknya tapi pemalu la pulak. Hehe...."masih terlalu awal" ikut kata kembar aku ni la. Huk alos la...apa-apa jelah bro janji lu happy.
posted from Bloggeroid
Hehe...lama betul dah tak posing camni. Bila yer last sekali kami posing gini? Tahlah...dah tak ingat dah. Sejuk sangat kot kat sini, tu yang jadi rapat tu. Haha...
posted from Bloggeroid
Haha...awak nampak educated la abang. Abi harapkan yang terbaik untuk awak dan anak-anak Abi yang lain. Dan itu jugalah harapan Umi.
posted from Bloggeroid
Memenuhi permintaan anak-anak yang dah lama tak datang sini. Kebetulan ada luang masa dan keperluan untuk hadirkan diri di sini, maka mungkin semuanya kebetulan. Sekurang-kurangnya dapat penuhi permintaan anak-anak. Juga dapat lihat kegembiraan anak-anak.
posted from Bloggeroid
Anak bongsu aku yang tak lekang ngan iconia tabnya. Tapi okey la gak dari tak kenal ABC dan nombor, sekarang dah tau. Itulah beza antara zaman kita dahulu dengan zaman anak-anak kita sekarang. Zaman kita dulu, seusianya hanya kenal biji getah, dek cok dan lain-lain permainan yang aku sendiri dah tak ingat namanya. Zaman sekarang, dari kecik dah kenal dengan teknologi elektronik. Humm...jauhnya beza yer....
Nilah anak aku yang paling manja ngan aku berbanding adik beradik dia yang lain. Nak kata dah bongsu...rasanya belum lagi kot. Hishh...takkan lakan. Bapaknya masih muda. Heh...heh...heh...gelak ada makna tuh.
Siap sedia tunggu masa nak gerak ke masjid untuk upacara akad nikah adik ipar kita.
Aktiviti harian aku sekarang. Haha...dah turun pangkat weh. Kena wat kerja-kerja anak buah. Apa boleh buat janji i have to deliver on time to my client.
Semangat gomo kelate gomo membara di Tanah Merah bersebelahan stesen kereta sewa. Penyokong dan peminat fanatik Kelate berkumpul beramai-ramai di sini bagi menyatakan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka. Kalah menang belakang cerita beb...yang penting semangat mau ada. Adios Kelate.
Nilah buah hati pengarang jantung adik ipar kawe.
Alhamdulillah dah selamat ngan sekali lafaz. Tahniah dari kami sekeluarga. Besar tanggungjawabnya weh jadi suami orang ni.
Ketaq seluruh badan dah. Nasib baik kipas banyak...xde la nampak peluh sangat. Haha....kena la kau malam ni.
Pengantin laki aka adik ipar kawe
Berada di Batu 8, Sg. Pusu, Gombak. Dah lama betul tak lepak kat sini. Dulu...kat sinilah tempat aku lepak kalau turun KL. Dari masa anak dia masih kecik, sekarang dah jadi anak dara semua dah. Alhamdulillah layanan diorang masih cam dulu gak. Masih layan kami seolah-olah kami adik beradik mereka. Hummm....itulah dunia. Terima kasih Kak Som. Terima kasih Abang Zan. Terima kasih Kak Ngah.
Tiada langsung bagi mereka erti kedukaan atau gundah gulana. Raut muka senantiasa sengih tanda gembira. Riak muka kerut hanya apabila lapar atau bila dimarahi. Itupun hanya untuk seketika. Selepas 30 saat pasti akan riuh kembali. Hummm....itulah namanya anak-anak. Zaman yang pernah kita semua lalui. Zaman yang tak mungkin kita rasai kembali betapa manisnya ZAMAN EMAS. Tak terkira seronok untuk dikenang kembali.
Tak tau la nape bila aku tengok gambar ni rasa suka sangat. Rasa cam ada nostalgia la pulop. Tambah-tambah lagi gaya retro lak. Hehe...rasa cam pernah tengok je gambo ni 30 tahun dulu. Apa-apa jelah beb...
Senangkan jadi anak-anak, takyah nak fikir-fikir masalah. Rasa nak makan, makan. Rasa nak tidur, tidur jer. Tak payah nak ingat esok nak jadi apa atau nak kena buat apa. Semuanya dah diatur. Tapi itulah sebenarnya kitaran hidup kita sebagai manusia. Ke bawah, ke kiri, ke kanan, ke atas atau ke bawah. Semuanya pasti kita akan lalui sekiranya diberi kesempatan umur yang panjang. So...pohonlah umur yang panjang supaya kita dapat merasai semua nikmat Allah tu. Juga diberi kita semua keberkatan dalam hidup. Inshaallah Taala.....
Bowok anak gi suka-suka nak suroh hile panas. Haha...sejuk giler air
Patutkah ini semua berlaku. Apalah sangat salah mamat indon ni sampai dah dua kali diperlakukan begini. Dah tak ada jalan perundingan ke hingga cara kekerasan juga yang dipilih. Atau bangsaku ni memang betul-betul keturunan hang jebat, hang tuah. Ataupun keturunan hang batang kali, hang botak chin. Hummm...lu fikir-fikirkanlah sendiri wahai bangsaku.....
Nilah anak bongsu aku. Cukup manja ngan aku. Tidur pn nak sebelah aku. Umur dah 3 tahun 3 bulan. Anak masa kecik camtu lakan. Harapan kita sebagai mak bapak ni cuma satu jer ; nak sangat tengok anak-anak berjaya dalam hidup diorang. Diorang dah besar dan berjaya dalam kehidupan pun bukan kita minta balasankan. Diorang dah berjaya pun kira dah balasan latu.
Moral : SAYANGI ANAK-ANAK ANDA DAN SAYANGI GAK BINI-BINI ANDA. Haha.....
Sekitar lawatan Tok Pa ke UMK Jeli. Kemungkinan kejap lagi dia akan singgah aku punya site - Politeknik Jeli. Walaweiii..aku punya PM xdak nih.
Hamppir 2 minggu lebih beli racking ni...hari ni baru berkesempatan melakukan kerja-kerja kerastangan. Haha...bukan sibuk sangat pun tapi malas sikit jer. Cuma ralat sikit sebab hari ni tak sempat siap semua sebab pagi pergi kerja dulu. Takpe minggu depan masih ada...tu pun kalau aku masih dipanjangkan umur. Insyaallah....
Sedikit tersentuh bila melihat anak-anak buah time makan camni. Tentu tuan-tuan semua dapat bayangkan apa yang sedang saya fikirkan. Hummm....
Camni la bila dah jadi anak rantau. Nak makan mewah-mewah ingat anak-anak kat kampung. So...makan jelah seadanya janji perut tak kosong. Kita di sini dah kira bertuah sangat tapi masih ada gak yang nak berlagakkan.
Tadi dah makan nasi padprik kat Jeli. Ni lapar lagi. Baham mi sup la pulop. Nampak cam sedap nih. Jemput makan deh...
Aktiviti biasa di Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Sedikit lenggang disebabkan hujan tapi kemungkinan akan bertambah sesak sehari dua lagi memandangkan cuti sekolah dah bermula. Rezeki oghe Kelate
Adakah antara anak-anak aku ni yang akan ikut jejak bapanya. Wallahua'lam
Posing ala-ala model untuk member-member yang dah lama gua tak jumpa. Pekaba la lu orang semua yer. Gua...camni la, kaler dah nak sama cam Bangla dah.
Sekali sekala bawa anak bini makan luar. Bapanya dah selalu makan luar. Hehe....
About Me
Labels
- Agama
- Am
- Banjir
- Batrisyia
- Buka Puasa
- Bukit Beruntung
- Cameron Highlands
- Cerita Lawak
- Cuti
- Dasyat
- Fakta
- Fraser Hill
- Imej Baru
- Islam
- Jeli
- Job Site
- Kampung
- Kawan
- Keluarga
- Kemalangan
- Kenduri
- Kerja
- KKB
- Loak
- medic
- Mek
- Mimbar
- Mother's Day
- Motivasi
- Myelomeningocele
- Nasihat
- Nyamannyerrr
- pembinaan
- pengajaran
- Percutian
- Picnic
- Politeknik Jeli
- Qistina
- Radio Amatur
- Ramadhan
- Renungan
- Tazkirah
- Teladan
- Thai
- Toyol
- Ubat