Friday, August 30, 2013 | Posted in , ,

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.
“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri.

Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

* Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun.

* Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluk yang menghuni bersama manusia akan selamat.

~Salam Jumaat~

Category: , , |
��
Friday, August 30, 2013 | Posted in

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi (29hb Ogos, 2013) mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu
28,926 menyertai kongsi gelap India,
8,214 (kongsi gelap Cina) dan
1,923 (kongsi gelap Melayu).

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertaI kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Senarai ⛔49⛔pertubuhan kongsi gelap:

⛔1. Geng 04
Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur

⛔2. Geng 08
Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

⛔3. Double 7
Seluruh Semenanjung Malaysia

⛔4. Tiga Line
Dikesan aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak

⛔5. Geng 30
Seluruh Semenanjung Malaysia

⛔6. Geng 38
Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru

⛔7. Geng 24
Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor

⛔8. Geng 18
Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor

⛔9. Geng 36
Jumlah keanggotaan dianggarkan seramia 8,512 orang dan aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

⛔10. Geng 21
Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

⛔11. Ang Soon Thong
Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

⛔12. Wah Kee
Aktif di tujuh kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor

⛔13. Sio Sam Ong
Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor

⛔14. PNEH
Aktif di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor

⛔15. Hong Hong San
Dikesan bergiat di dua kawasan sekitar Kuala Lumpur

⛔16. Hai San
Aktif di Perak

⛔17. Siang Ang Bin
Aktif di Kuala Lumpur

⛔18. New Cell 20
Aktif di Perak

⛔19. Jit It Hai
Kumpulan kini wujud di tiga kawasan iaitu di Johor, Kuala Lumpur dan Perak

⛔20. Sio Koon Tong
Bergiat di satu kawasan saja iaitu di Johor

⛔21. Gee Lam Kor
Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

⛔22. Gee Ah Eng
Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur

⛔23. Loh Kuan
Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur

⛔24. Tiang Yee Tong
Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

⛔25. Geng Leng Hor
Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

⛔26. Geng 35
Dikesan sangat aktif di 32 kawasan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang

⛔27. Geng 303
Dikesan sangat aktif di kawasan Selangor

⛔28. Geng Satu Hati
Beroperasi di kawasan Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air

⛔29. ATAP
Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah

⛔30. Hung Ann
Kumpulan ini aktif di daerah Tawau, Sabah

⛔31. Sui Yuk
Kumpulan ini aktif di daerah Penampang, Sabah

⛔32. Otai
Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah

⛔33. Borneo Red EMP
Kumpulan ini aktif di Petagas dan Jumbo, Sabah

⛔34. Ah Ngau
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

⛔35. Batu Tiga
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

⛔36. Ah Feng
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

⛔37. Batu 10
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

⛔38. Sibu Ti
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

⛔39. Ah Seng
Kumpulan ini aktif di Sarekei, Sarawak

⛔40. Ah Chin
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

⛔41. Lee Lung
Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

⛔42. Lo Han
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

⛔43. Sg Merah
Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

⛔44. Sg Badut
Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

⛔45. Ting Ching Lee
Kumpulan ini aktif di Bintulu, Sarawak

⛔46. Tua Cak Lee
Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

⛔47. Teksi Station
Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

⛔48. Pintu Merah
Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

⛔49. Krokop
Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

***Adakah kita masih boleh katakan negara bertuah kita ni masih selamat dan AMAN. Adakah sekarang kita boleh rasa selamat untuk ke mana2??

Category: |
��
Friday, August 30, 2013 | Posted in ,

Satu = Neng
Dua = Song
Tiga = Saam
Empat = Si
Lima = Ha
Enam = Houk
Tujuh = Chet
Lapan = Ped
Sembilan = Kaw
Sepuluh = Sib

sawaddi krab/kha = selamat sejahtera ( "krab/khab" ditutur oleh boy dan "kha" ditutur oleh girl)

Selamat Pagi = Arun Sawad
Selamat Malam = Ratree Sawad
Selamat Tinggal = La korn
Apa Khabar? = Sabai di Mai?
Khabar Baik = Sabai di
Terima Kasih = Khob Khun
Terima Kasih (diucap oleh lelaki) = Khob Khun Krab (ada kalanya disebut Khob Khun Khab)
Terima Kasih (diucap oleh perempuan = Khob Khun Kha
Awak tinggal di mana? = Khun ju thi nai
Awak dari mana? = Khun ma chak nai
Bolehkah awak cakap bahasa Thai? = Khun phud phasa Thai dai mai?
Ya (diucap oleh lelaki) = Krab/Khab
Ya (diucap oleh perempuan = Kha
Ya = Chai
Boleh = Dai
Tidak = Mai
Tidak boleh = Mai Dai
pergi = Peai/pai
mari = Ma
Makan = Kin
Minum = Deum
Beritahu = Bouk/Bok
Tahu = Roou (lalau bahasa bm disebut 'ru')
Tidak Tahu = Mai Roou
Tidak Pandai = Mai Pen
Mahu = Aw/Ao
Tidak Mahu = Mai Aw
Di mana? = Thi nai?
Bila = Mea rai
Siapa = Khrai
Apa = Arai
kedai = Rarn
Jalan = Thanon
Rumah = Ban
Wang = ngen
Market = Talat
Ini Berapa? = Ni thau rai?
Itu Berapa? = Nan thau rai?
Mahal = Pheng
Murah = Thook
Banyak = Mak Mak (kalau nak ucap terima kasih byk2, ucap la "Khob Khun Mak Mak")
Sikit = Nid Noi
Senyum = Jim (kalau nak suruh awek senyum sikit, korang cakap la "Jim Noi")
saya (ditutur oleh girl) = chan
saya (ditutur oleh boy) = phom
cinta = rak
Suka = chob
kamu = ther
saya cintakan kamu/awak = chan/phom rak ther
saya suka awak = chan/phom chob ther
cik/awak = Khun
Dia = Khau

Category: , |
��