Haha...majlis persandingan anak saudara aku jela. Tak adalah istimewa sangat tapi ini kiranya anak sedara aku yang sulung. Tahniahlah dan selamat bertunang untuk Kak Long (Hafizah). Tapi siapa yang jadi pasangannya?. Hmmm...??!!
Persiapan untuk jamuan dah siap hanya tunggu tetamu sampai je. Ikut agenda jam 3 diorang sampai. Eh..eh..tetamu untuk apa ek. Ahh...tunggu jelah lintas langsung seterusnya.
Junior mak andam sedang membuat persiapan dan last touching. Emm...majlis apa ni ek..siap ngan pelamin lagi. Tunggu lintas langsung seterusnya untuk mengetahui apa yang berlaku. Hehe....
Jam sudah 4.30 pagi tapi konkrit masih lagi belum habis dari pagi tadi lagi. Bini dah bising-bising kenapa tak balik lagi. Macam nilah kerja kitorang, mesti ada bila diperlukan. Penat tu tak payah nak ceritalah, memang penat gila dah. Nasib baik esok cuti. Hmm...dah 2 hari anak tak sempat tengok abinya. Aduii...kerja ke atau saja nak mendera diri ni. Ada sapa-sapa nak komen...sila-silakanlah
Pandangan tempat kerja aku diwaktu pagi. Nampak kecik yer?. Sebenarnya kawasannya luas tau...penat aku nak tawaf. Kesemua kawasannya seluas 124 ekar. Bilangan bangunan ada 30 lebih. Cukuplah tu untuk aku berada di sini lagi satu tahun. Tapi mungkin ada orang tak suka aku duduk lama kat sini...mungkin (aku pun tak best gak, terasa ada kekurangannya)
Assalamualaikum and good morning to all. Walaupun hari ni kiraan hari aku dah terlewat satu hari tapi diharapkan ianya masih lagi menjadi permulaan yang baik untuk hari ni. Insyaallah...