Monday, January 18, 2010 | Posted in , , , ,
Assalamualaikum untuk saudara, kawan, rakan dan taulan. Lama betul dah rasanya aku tak mem'blog'kan diri aku. Dah ramai pun yang dok kutuk-kutuk aku tapi nak buat camana kadang-kadang masa tu tak menyebelahi aku. Ikutkan sekarang pun masih lagi dok berebut ngan masa cuma paksa-paksakan diri jugaklah.

Sebagai permulaan tahun baru dan post pertama untuk tahun ini...apa kata kita pakat dengarkan satu lagu yang bagi aku menarik jugaklah untuk dihayati. Selain untuk hiburan aku rasa lirik dia pun bagus untuk kita yang selalu jer terlanjur ni menghayati. Pendapat aku la...darjat kita ni mungkin patutlah bermuhasabah selalu. Justeru, sebagai jalan untuk ke arah muhasabah elok gak dengar lagu ni. Kalau tak terbuka gak hati untuk bermuhasabah tak tahu la aku camana lagi cara untuk ke arah tu. Lu pikir la sendiri................
Category: , , , , |
��
Saturday, November 21, 2009 | Posted in , , ,

Walaawei...bagi satu jam lagi hujan tak berenti kita gerenti rumah kita akan tenggelam. Ini dah kali kedua berlaku. Dua minggu lepas pun dah camni. Habis lumpur masuk kat dapur. Tapi kita tak kisah sangat la sebab lepas raya nanti kita dah pindah rumah baru. Lagi pun duduk rumah ni tak berapa best la...banyak masalah sangat. Ada toyol la. Percaya tak?. Haa..bab ni kena cerita lain kali la. Panjang sangat ceritanya. 



Nota : Pompuan kat dalam gambar tu tiada kena mengena dengan hujan atau banjir. Dia hanya dijemput untuk sebagai model bagi mencantikkan lagi gambar dan menambahkan 'real' musim banjir. Cheewah....

Kemaskini : Nak dijadikan cerita memang rumah ni pelik sikit sebab masa mula-mula kami duduk tu dah rasa lain macam tapi kami buat tak tahu jer. Bila masuk dapur ke atau tengah mandi terasa cam ada orang dok perati jer. Kami ni bukan takut sangat tapi malu la bila tengah mandi orang dok perati.

Nak dijadikan cerita lagi selepas dua minggu rasanya kami merantau ke Jeli...kompeni ada la bagi satu Pajero buruk untuk gun
akan kat site. Selepas dua hari Pajero tu kami guna....nasib betul-betul tak menyebelahi kami. Kami hanya sempat dengar deruman enjin Pajero tu buat kali terakhir pada pagi yang syahdu tu. Bayang Pajero tersebut pun kami tak sempat nak tengok buat kali terakhir. Hanya kunci jer yang boleh wat kenangan. Ehek...ehek...sedih, cemas dan takut kena marah dengan bos bercampur baur. Apa boleh buat bukan rezeki kami nak guna Pajero tu. Dah jadi rezeki perompak la kiranya. Sampai sekarang pun kami tak jumpalah lagi, entah dah jadi arwah pun tak tahu.

Cerita Pajero hilang dah tak jadi isu lagi sehingga kami pun dah lupakannya. Memang betul-betul nak jadi cerita, ada la operater crane yang menumpang tinggal dengan kami. Selang lebih kurang seminggu lebih jer cina ni tinggal ngan kitorang dia dah mengadu hilang digital camera. Yang mengherankan ; kamera tersebut disimpan dalam beg dan diletakkan dalam bilik. Lagipun hari tersebut ada Safety Officer yang bercuti tinggal kat rumah. Takkan la tak sedar pencuri naik dan masuk bilik. Itu tak pelah, mungkin boleh cakap cina tu cuai ke apa.

Beberapa hari kemudian, pada pagi yang dingin diiringi hujan yang mencurah-curah cina ni dah menyumpah-nyumpah. Bila ditanya baru cakap yang pouch bag dan dompet duitnya dah hilang. Hmm...takkan la kot kata aku dalam hati sebab aku tidur kat ruang tamu dan tak dak pulak rasanya bunyi orang masuk rumah. Tapi bila bukak jer pintu depan, tengok-tengok pouch bag dan dompet ada kat tangga luar rumah. Jumlah duit RM70.00 tinggal RM10.00 dan rokok yang masih berbaki separuh tinggal 3, 4 batang jer. Huh...misteri sungguh sebab bila di 'check', semua pintu berkunci rapat tanpa ada nampak dicungkil. Kerja sapa la ni. Nak kata pencuri pun nampak cam baik sangat sebab masih tinggalkan baki duit dan tak bawa lari dompet tu. Aku punya duit yang disimpan dalam jaket tak la pula diusik. Handphone dan laptop tak jugak diangkut sekali. Memang betul-betul misteri jadinya. Tapi bila di 'compare' ngan cerita-cerita penyewa sebelum ni kiranya tak pelik la. Hish...takkan toyol la kut. Zaman dah moden camni, ada ker lagi manusia yang cari duit dengan cara tu. Arghhh....biar la, malas nak pikir benda-benda misteri dan tahyul camtu. Jangan kena aku dah........

Category: , , , |
��
Monday, November 16, 2009 | Posted in

Hari ni kita bercuti sebab permintaan dari Kakak Qistina untuk hadir pada majlis konvokesyen prasekolah. Memang niat kita pun nak hadir sebab tu hari Khamis lepas kita tak balik. Semoga anak-anak kita jadi anak yang pandai dan beriman. Amin.
Category: |
��
Sunday, October 18, 2009 | Posted in , ,

Hari ni sepatutnya aku gerak awal dari rumah tapi disebabkan anak yang nombor dua tu dah nyanyi lagu sentimental pagi-pagi maka jadi lewat gak la aku hari ni. Biasa la anak-anak mungkin dia rasa kehilangan kut bila Abinya selalu tinggalkan dia sekarang ni. Tapi yang bongsu tak de apa la pulak. Biasanya yang nilah yang selalu nyanyi lagu sentimental. Hmmm...anak-anak buat abinya rasa syahdu pulak pagi-pagi nih. Kang aku tak gi kerja kang.
Category: , , |
��
Saturday, October 17, 2009 | Posted in , , , ,
Kalu dok insaf lagi tak tau la..........



Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image


Ihsan : http://www.lubuk.net


Category: , , , , |
��
Saturday, October 17, 2009 | Posted in , , , ,
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan seorang ayah akan menjadi ayah yang derhaka pada anak-anaknya :-

1) Seorang ayah yang memilihkan ibu yang tidak baik untuk anak-anaknya iaitu bukan dari kalangan perempuan solehah sebagai isteri. Peri pentingnya seorang lelaki memilih calon ibu yang baik untuk mengandungkan benihnya dikalangan wanita yang solehah kerana wanita yang solehah sahaja yang mampu mendidik anak-anak mengikut acuan Islam dengan iman dan taqwa.


2) Seorang ayah yang tidak mengajar anak-anak membaca Al-Quran sejak dari kecil sedang dirinya sendiri tidak pernah melagukan Al-Quran di rumahnya dan tidak mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam kalam suci itu.


3) Seorang ayah yang mencari rezeki yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, dari sumber yang shubhah yakni dari sum
ber yang diragukan. Rezeki yang di perolehi di bawa pulang dan diberi makan pada anak dan isteri dan kemudian menjadi darah daging mereka. Lama kelamaan anak-anak dan isteri menjadi gelap hati dan sukar menilai dan menerima kebaikan lagi.

4) Seorang ayah yang terlalu memenuhi keinginan duniawi anak-anaknya secara melampaui batas, segala kemahuan dituruti tanpa sebarang pertimbangan yang wajar. Bila mana anaknya membesar menjadi insan yang terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain hatta keluarganya sendiri.


Renung-renungkanlah saudaraku..


Kadang-kadang bila di dalam hidup kita dirundung masalah yang tidak pernah putus-putus, cuba kita muhasabah diri bagaimanakah hubungan kita dengan Allah selama ini dan bagaimanakah hubungan kita dengan ibu dan ayah kita.
Cubalah koreksi diri sendiri adakah solat kita sempurna, rezeki yang kita perolehi selama ini adakah berkat, dan adakah kita telah mengeluarkan zakat. Mungkin selama ini hati kita masih lagi kotor dengan dosa yang kita lakukan tanpa pernah bertaubat. Ayuhlah semua dirikan solat sunat taubat semoga diri kita, keluarga kita, anak- anak kita dikurniakan hati yang bersih, barulah kebahagiaan akan dapat kita kecapi.

Renung-renungkanlah ...

****Nota : Gambar di atas tiada kena mengena dengan artikel. Hanya untuk menunjukkan kehenseman tuan punya blog semata-mata. He...he...he...entahlah semenjak dua menjak ni selalu jer rasa hensem tu bertambah lak.
Category: , , , , |
��
Saturday, October 17, 2009 | Posted in , , , , ,

Selain dari istana besar-besar, lamborghini, porche, jet peribadi, helikopter, ladang epal dan strawberi juga lain-lain kekayaan...hanya inilah harta yang aku cukup sayang dan paling aku hargai. Maka sebab itulah aku dah tak punya lagi harta-harta yang aku sebutkan kat atas tadi. Semuanya dah aku sedekahkan kat member aku untuk diorang buat modal bisnes. Kalau korang nak tau Bill Gates kaya tu sebab aku yang bagi dia modallah. He...he...he...hebat gak aku nih.
Saturday, September 19, 2009 | Posted in

Jam 6.30 bermulalah perjalanan kami dari Bukit Beruntung ke kampung melalui Ipoh - Kuala Kangsar - Grik - Jeli - Kg. Derdap. Doakan kami selamat dalam perjalanan. Insyaallah liputan dari masa ke semasa akan akan dibuat sekiranya keadaan mengizinkan.

Semasa liputan ini dibuat, jalan telah mulai sesak dan jem. Pergerakan hanya 10 ke 15 km/j.

Semasa berhenti untuk membuang air di stesyen minyak Shell tadi aku terpaksa beratur panjang. Itu nak buang air...kalau nak ambil air tak tahu la aku. Kalau nak bagi air camana ek.

Category: |
��
Sunday, August 30, 2009 | Posted in
Desi Tone: Tribute to Michael Jackson in Sweden
Category: |
��
Wednesday, August 26, 2009 | Posted in , , , ,
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Mari Kiter Kongsi Bersama.... Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala u
mur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL


Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT


Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi janga
n ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar.. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA


Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada seb
anyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.


Tips :

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)


3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).


7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.


8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.


11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).


12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.


13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.


14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang k
esayangan mereka walaupun sudah rosak.. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.


17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.


18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Sekian....


Nota : Gambar di atas hanya hiasan, tiada kena-mengena ngan tajuk kat atas deh...
��