Assalamamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Rasanya dah hampir dua minggu blog aku ni tak ter 'update'. Bukannya niat nak bagi blog aku ni bankrup tapi kesempatan dan masa tu yang tak mengizinkan. Buat kengkawan aku yang selalu dok monitor blog aku tu terima kasih la banyak-banyak. Terutama sekali untuk blog "
Dari Limbat Ke Dungun - Satu Perjalanan Kehidupan, "Diamond Bay", "WFU8767", "Sea Legs" dan yang lain-lain juga.Biasanya kesempatan yang ada hanyalah hari minggu tapi kadang-kadang hari minggu pun kerja camanalah kesempatan tu nak ada. Cam minggu lepas aku terpaksa kerja sebab hari tu ada 'concreting work'. Jadi berpagi-pagianlah aku ke tempat kerja dengan senyuman yang tawar. Tawar sebab masa untuk keluarga dirampas oleh kerja. Kena gagahi jugak la dah memang itu tanggungjawab dan kerja aku.
Sepatutnya 'concreting work' bermula awal pagi tapi disebabkan sub con aku ni masih bengong tak abis-abis maka kerja-kerja tersebut terpaksa ditangguh sehingga ke jam 2.00 pm. Sedangkan petang hari sebelumnya aku dah siap pesan apa yang perlu dibuat. Masih aku ingat semasa semasa beri pesanan, sub con aku (
A Tam) cakap "okey-okey malam ini saya kerja sampai jam 10.00 malam kasi ini barang siap....you jangan takut. Besok pagi mesti boleh konkrit punya". Tapi cam biasa la sub con aku ni...janji tinggal janji. Tak pasal-pasal pagi-pagi lagi aku dah mengamuk. Nasib baik aku tak bertukar jadi Ultraman.
Oppss...lupa nak bagitau, kerja-kerja 'concreting' ni sebenarnya dibuat kat 'ground floor slab' Kompleks Kolam Renang. Mari kita bercerita sikit pasal swimming pool aku nih. Untuk pengetahuan korang, kolam renang yang kitorang tengah bikin ni bersaiz olimpik. Siap sekali dengan diving platform and pool setinggi 5 meter. Kerja-kerja pembinaan bahagian kolam dimulakan lebih kurang hampir setahun yang lepas. Untuk bahagian tersebut hanya tinggal kerja-kerja 'waterproofing' dan 'rectify' pada bahagian yang 'leaking' dan 'finishing' sahaja.
Buat masa sekarang kerja-kerja pembinaan banyak tertumpu pada bahagian kompleks sahaja. Mengikut perancangan, jangkaan siap untuk kerja-kerja struktur kompleks ni pada bulan Jun nanti. Yelah...itupun kalau subcon aku dah habis bengongnya dan aku pun tak turut jadi bengong.
Berbalik kepada cerita asal, disebabkan permulaan yang lewat maka penyudahan tentulah juga lambat. Ikut perancangan, sekiranya dimulakan awal sekurang-kurangnya jam 5.00 pm atau selewat-lewatnya jam 6.00 pm dah boleh siap. Apa boleh buat terpaksalah aku batalkan program aku untuk bersama kelu
arga dihari minggu. Dan terpaksalah juga aku bersengkang mata hingga jam 11.00 malam nak menyiapkannya. Letih, sakit kepala dan lapar tak usah cakap. Nak harapkan sub con belanja makan - hampeh. Tahan jelah, lagipun tiga empat hari sebelum tu pun aku pernah balik jam 3.00 pagi. Pukul 8.00 pagi dah tercongok kat site balik. Hmmm....nak kayakan tauke biasalah, kena kerja kuat sikit.
Untuk Mat kawan aku yang jadi tukang jaga bahagian finishing, "Nanti kalau kerja-kerja demo menjadi susah, kawe minta maaf banyak deh. Kawe seboleh-bolehnya nak buat sesempurna yang boleh tapi apa boleh buat. Demo pun tahu sub con kawe ni pun adalah yang terbaik dari yang tak terbaik. Jadi terimalah seadanya".