Saturday, August 22, 2009 | Posted in

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah SWT RM 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah SWT RM 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah SWT RM 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah SWT 70 kali ganda iaitu RM 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah SWT RM 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan RM 2,835,000.00

Wow! Masyaallah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan Ramadhan 30 hari
sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam Miim, maka Allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi SAW memberitahu lagi bukan begitu, Allah SWT memberikan pahala Alif 1, pahala Lam 1 dan pahala mim 1.

Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sedekah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya Allah SWT itu teramat maha pemurah lagi maha kaya. Tidak ada mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh....Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah SWT.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala Allah SWT. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu'alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

Semoga Ramadan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sahaja sekali ini. Mungkinkah ini Ramadan terakhir buat kita....tak siapa yang tahu.......
Category: |
��

Comments

0 responses to "Jutawan Ramadan"