Saturday, December 25, 2010 | Posted in

Hari ni solat Zuhur di Beijing. Emmm...Mesjid Beijing. Sapa yang tau kat mana....amerika, afrika, london, china @ kelate??

Category: |
��
Thursday, December 02, 2010 | Posted in

Sabar menunggu saat-saat akhir. Sorang lagi dah pancit dah. Sampai jer klinik terus muntah. Haha...boleh ke tak tak tau la.

Category: |
��
Monday, November 15, 2010 | Posted in

Kesian anak-anak yang tak biasa hidup dalam kegelapan. Ini baru jer blackout. Entah camana la kalau diorang berada pada zaman kita dahulu...zaman gelap atau zaman pelita ayam.

Category: |
��
Sunday, November 14, 2010 | Posted in

Pemandangan sekitar ruang angkasa Flower Hill-Elephant Rock-Kemahang petang ni. Hmm...biasalah area sini kalau tak 3 kali penuh tak sah. Uniknya 'planning' yang Maha Kuasa...tapi masih ada yang berani lawan. Masyaallah..

Category: |
��
Thursday, November 11, 2010 | Posted in

Rumah kawe banjir doh. Rumah anda semua camana??

Category: |
��
Thursday, October 21, 2010 | Posted in

Dah lama betul aku tak test power panjat memanjat. Sajer jer sebenarnya nak buktikan kat anak buah yang bos mereka ni masih boleh buat cam diorang. ehem...mengah gak la nak sampai kat atas nun. Rasa gayat pun ada tapi terpaksa naik gak mengiringi consultant. Memang bila kita berada di atas rasa seronok dan nampak semua kat bawah tapi risikonya lebih tinggi. Itulah sebenarnya kehidupan kita.

Category: |
��
Thursday, October 21, 2010 | Posted in

Itulah....

Category: |
��
Tuesday, October 19, 2010 | Posted in

Anak-anak Ambo kat Ladang Teh Boh, Cameron Highlands.

Category: |
��
Tuesday, October 19, 2010 | Posted in

Adik & Kakak ronda Pasar malam kat Brinchang, Cameron Highlands

Category: |
��
Sunday, August 29, 2010 | Posted in , , ,
Ada member e-mail benda ni kat aku. Jadi aku pikir lebih baik kita berkongsi untuk tatapan dan renungan semua. Hehehe...cam tau jer aku pun camtu.

Apabila datang hari kebesaran ini, orang yang paling banyak sekali berfikir ialah isteri kita. Memerahkan otaknya menghias ruang tamu dan hidangan meja untuk menceriakan hari tersebut. Yang paling menjemukan kita ialah apabila dia mengajak kita pergi shopping. Suami yang paling susah hati ialah isterinya yang bekerja yang ada duit sendiri. Kita tiada ‘kuasa’ untuk menahan kehendaknya. Kita lebih rela menjaga anak di restoren atau taman kanak-kanak yang berdekatan dengan kompleks beli belah dari mengekor isteri kita bershopping. Bukan kita tidak suka dia membeli barang-barang untuk hiasan rumah dan juga anak-anak sebab kesemuanya itu adalah untuk memudahkan diri kita juga. Tetapi cara isteri kita shopping itu yang sangat menjemukan kita.

Mana tidaknya, dia akan tawaf satu komplek dulu 2-3 jam dan akhirnya barulah beli barang yang nak dibeli itu. Kita suami ni pula membeli secara objektif, sampai ke car park, terus ke kedai, beli, bayar dan terus pulang. 2-3 minit aje.

Lagi menjemukan kita bila dia inginkan pendapat kedua dari kita seperti, “Bang, kain ni sesuai tak dengan Yah?” sambil diletaknya sedikit hujung kain yang masih bergolong di rak pameran di atas lengannya. Kita pun kata, “Ennn, cantik?. Kemudian dia akan ambil lagi kain yang disebelah dan diletak lagi di atas lengannya dan malah kali ini dilabuhkannya sampai ke hujung kaki dengan bertanya sekali lagi, “Yang ini pula Bang?,”. Kita pun menjawab, “Cantik juga?”. Dia pun naik kelabu fikiranya dan meminta kepastian, “Abang cakaplah betul-betul, yang mana sesuai untuk Yah?” Kita mula naik ‘fed up’. “Mana-mana aje lah” . Dengan meninggikan sikit suara agar cepat-cepat dia membuat keputusan.

Apabila dia tengok muka kita dah naik mencuka, dia pun letakkan kembali kedua-dua kain tadi dan terus beralih ke bahagian kanak-kanak untuk membeli pakaian anak-anak kita. Kita pun terasa puas dengan anggapan yang isteri kita tahu yang kita sedang marah padanya sebab banyak sangat membuang masa. Bila balik ke rumah isteri kita pula asyik bermasam muka sedangkan pakaian anak-anak semua dah dibelikan dan bahan-bahan untuk buat kek dan biskut pun semuanya lengkap. Kita pun naik pening. Harapan isteri kita pada pagi tadi yang begitu tinggi keseronokan pergi bershopping akhirnya bertukar kepada malam yang bermuram durja.

Mengapa boleh terjadi demikian?

  1. Semasa kita keluar bersama-sama dengan isteri tadi, kita tidak dengan niat yang benar-benar mahu menolong dan menghiburkannya. Di dalam otak pemikiran kita masih ada agenda lain yang kita rasa lebih penting yang masih kita fikirkan. Atau kita telah membuat temujanji dengan kawan-kawan kita pada waktu yang tertentu pada sebelah petang hari itu juga. Ini menyebabkan fikiran kira sentiasa mendoakan agar aturcara shopping ini berakhir tepat mengikut apa yang kita jadualkan. Oleh itu jika isteri kita asyik membelek satu-satu kain ambil masa yang lama, kita mulalah nak menjadi ‘time-keeper’. Jika lebih waktu, kita mula naik ‘hot’.
  2. Kebanyakan isteri kita ni amat teliti semasa membeli-belah dan ingin berjimat agar duit yang dia belanjakan itu bernilai tinggi baginya. Diikuti pula dengan cara pemikiran mereka yang menilai sesuatu barangan itu dari pelbagai sudut. Kalau kita sang suami hanya fokus kepada harganya sahaja. Tetapi isteri akan melihat dari sudut kesesuaian dengan kasutnya, sesuai dengan warna kulitnya, ada tak rakan sepejabatnya yang memiliki kain yang sama dan sebagainya. Inilah menyebabkan dia susah nak membuat keputusan. Maka pandangan kedua dari kitalah yang dia harap-harapkan sebagai kata pemutus. Jika kita kata, “Abang suka yang ini sebab corak dan warnanya memang abang suka.” Pasti dia akan kembang kincup hidungnya dan terus membeli kain itu dengan hati yang riang. Nanti apabila rakan-rakannya komen, dia akan berkata, “Baju ini abang I yang pilih kainnya”. Di berasa puas yang kasihnya terbelai. Abangnya telah menghargainya. Dengan hanya menyatakan sukanya kita atas pilih itu sudah cukup untuk mengembirakan dia pada bulan itu. Bukankah kita juga yang bahagia jika isteri kita gembira.

  1. Pergi shopping adalah satu aktiviti yang dapat menghilangkan stress bagi isteri kita dan malah menyeronokan pula kerana:
    1. Hiasan di komplek itu menyeronokkan dan melegakan dia. Sebab di rumah dah jemu hiasan dalamnya.
    2. Pengunjung yang juga bershopping adalah “peragawati” bagi isteri ini melihat fesyen yang mereka pakai.
    3. Dia pula yang sengaja mengenakan fesyen up-to-date, menjadi jelingan rujukan pengunjung yang lain juga. Rasa megah di hati jika ada yang jelling padanya.
    4. Hiasan perabut dan susun-atur di kedai adalah rujukan hiasan dalaman di rumahnya.
    5. Dapat memegang dan memakai pakaian yang diminati, lebih meningkatkan kepuasan menilai pakaian sebelum dibeli.
    6. Mengetahui harga barangan terkini adalah satu senjata tawar menawar untuk mendapatkan harga termurah, terkualiti dan terpuas.
    7. Dapat membeli barangan / pakaian yang diimpikannya (diangan2kan) itu laksana bulan jatuh ke riba, 2-3 hari masih seronok menceritakan kepuasan dapat memilikinya.

Oleh itu, jika kita telah bersetuju untuk bersama dengannya pergi ‘shopping’, maka letakkan niat untuk menolong dan menghiburkannya pada hari itu. Sebelum melangkah ke pintu, Angkat tangan dan tadah ke langit dengan menyebut niat,

“Sahaja aku keluar shopping untuk menghiburkan isteri pada hari ini kerana Allah Ta’ala”.

Kosongkan agenda lain yang mungkin mengganggu perjalanan agenda shopping di kepala kita. Pohonlah keberkatan dari Allah sehari bersama dengannya ini.

Selamat Mencuba dan semoga anda semua mendapat manfaat darinya.

Category: , , , |
��
Tuesday, August 10, 2010 | Posted in

Agaknya inilah salah satu mangsa untuk persiapan menyambut ramadan. Kalaulah penumpang kt belakang tu tau dia akan menjadi salah satu persiapan ramadan mungkin dia dh lompat turun. Apa-apa pun aku bagi pihak krew blog ini mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kedatangannya kali ini membawa lebih keberkatan dan manfaat lebih besar bagi orang-orang yang tau kelebihannya. Ceh...tetiba lak rasa cam ustaz. Sayugia diingatkan...pastikan puasa anda mencukupi untuk menyambut ketibaan Syawal nanti. Ada Ramadan, ada Syawal. Ada Syawal...ada ape ek?!. Sapa pandai teka?. Hehe...
Category: |
��
Monday, July 19, 2010 | Posted in

Gambar ni aku ambik minggu lepas semasa aku dalam perjalanan balik dari cuci kereta. Tak adalah menarik sangat tapi bila saja aku terpandang diorang terus aku teringat semasa aku di zaman budak2 dulu. Arghh...itu semua dah jadi kenangan tapi aku ingat korang semua pun pasti pernah melalui zaman ni kan. Hehe...sungguh seronok bila dikenang kembali. Ada sapa berani komen...
Category: |
��
Monday, July 19, 2010 | Posted in

Banyak kemungkinannya yang boleh menyebabkan pemandu kereta di atas tersilap parking. Di antaranya tak sabar dan terlalu nak cepat sangat. Kedua; mengantuk sebab semalam tidur lambat (ada game kot). Ketiga; tidak berhati-hati dan hilang tumpuan semasa memandu. Mungkin dia guna phone semasa memandu cam aku sekarang. Hehe...biasalah aku lepas ambik gambar yang menarik nak terus hantar ke blog.
Akhir kata, pandu cermat jiwa selamat...duit pun cermat.
(Gambar ni aku ambik semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi)

Category: |
��
Saturday, July 10, 2010 | Posted in

Kesan khas yang keterlaluan menjadikan anak saudara aku bertukar wajah.
Category: |
��
Saturday, July 10, 2010 | Posted in

Rakaman kenangan pasangan bersama ibunya dan bakal mertua...
Category: |
��
Saturday, July 10, 2010 | Posted in

Keluarga kami bersama Kak Long dan bakal anak saudara baru.
Category: |
��
Saturday, July 10, 2010 | Posted in

Ooo...ini pasangannya. Rasa cam kenal je. Anak sapa ek. Isshhh...hilang ingatan la pulak.
Category: |
��
Saturday, July 10, 2010 | Posted in

Haha...majlis persandingan anak saudara aku jela. Tak adalah istimewa sangat tapi ini kiranya anak sedara aku yang sulung. Tahniahlah dan selamat bertunang untuk Kak Long (Hafizah). Tapi siapa yang jadi pasangannya?. Hmmm...??!!
Category: |
��
Saturday, July 10, 2010 | Posted in

Persiapan untuk jamuan dah siap hanya tunggu tetamu sampai je. Ikut agenda jam 3 diorang sampai. Eh..eh..tetamu untuk apa ek. Ahh...tunggu jelah lintas langsung seterusnya.
Category: |
��
Saturday, July 10, 2010 | Posted in

Junior mak andam sedang membuat persiapan dan last touching. Emm...majlis apa ni ek..siap ngan pelamin lagi. Tunggu lintas langsung seterusnya untuk mengetahui apa yang berlaku. Hehe....
Category: |
��
Friday, July 09, 2010 | Posted in

Jam sudah 4.30 pagi tapi konkrit masih lagi belum habis dari pagi tadi lagi. Bini dah bising-bising kenapa tak balik lagi. Macam nilah kerja kitorang, mesti ada bila diperlukan. Penat tu tak payah nak ceritalah, memang penat gila dah. Nasib baik esok cuti. Hmm...dah 2 hari anak tak sempat tengok abinya. Aduii...kerja ke atau saja nak mendera diri ni. Ada sapa-sapa nak komen...sila-silakanlah
Category: |
��
Monday, June 28, 2010 | Posted in

Haha...this picture also dedicated to my ex-APM. Best woo kerja sini sampai aku dah nak jadi cam orang gila dah.
Category: |
��
Monday, June 28, 2010 | Posted in

This picture also dedicated to my ex APM. Site office for our consultant almost complete
Category: |
��
Sunday, June 27, 2010 | Posted in

Blok Admin dan Common Facilities. Pandangan daripada main entrance. This picture is dedicated to my ex APM - Mr. Azmir
Category: |
��
Thursday, June 24, 2010 | Posted in

Pandangan tempat kerja aku diwaktu pagi. Nampak kecik yer?. Sebenarnya kawasannya luas tau...penat aku nak tawaf. Kesemua kawasannya seluas 124 ekar. Bilangan bangunan ada 30 lebih. Cukuplah tu untuk aku berada di sini lagi satu tahun. Tapi mungkin ada orang tak suka aku duduk lama kat sini...mungkin (aku pun tak best gak, terasa ada kekurangannya)
Category: |
��
Thursday, June 24, 2010 | Posted in

Assalamualaikum and good morning to all. Walaupun hari ni kiraan hari aku dah terlewat satu hari tapi diharapkan ianya masih lagi menjadi permulaan yang baik untuk hari ni. Insyaallah...
Category: |
��
Wednesday, June 23, 2010 | Posted in

Kesiannya...keta mamat mana lani. Nak kata 4WD tak jugak tapi tengok pada kotornya dah mengalahkan 4WD. Agaknwa dapat syer lebih kot mamat ni.
Category: |
��
Monday, May 17, 2010 | Posted in

Laju punya pasal aku terpaksa berada di sini hari ni (Mahkamah Majistret Besut) untuk merasai pengalaman masuk kandang. Pengalaman pertama ni mendebarkan jugak la. Hmm...tengok la camana nanti sebab Tuan Hakim masih belum sampai. Berdebar gak ni. Haha...
Category: |
��
Friday, May 14, 2010 | Posted in

Menu hari keluarga...ayam dan ikan bakar cicah sos, bihun goreng dan kek. Air sirap dan timun cina @ tembikai. Emmm....slurrppp.
Category: |
��
Friday, May 14, 2010 | Posted in

Lima daripada sembilan anak buah aku. Empat lagi tu biasalah masih budak-budak lagi...mereka ada agenda masing-masing. Alaa...aku dulu pun camtu gak. Mungkin sebab tu anak laki aku cam dah terikut-ikut perangai aku. Biasalah anak Abi...
Category: |
��
Friday, May 14, 2010 | Posted in

Sempena apa tak tahu la tapi janji kami dapat berkumpul. Kurang-kurangnya jalinan silaturrahim antara kami lebih erat. Insyaallah mudah-mudahan.
Category: |
��
Sunday, May 02, 2010 | Posted in

Dalam perjalanan balik, kami terserempak dengan konvoi motorcross kampung. Mungkin mereka baru saja balik dari latihan dalam kampung nun. Hmm...dok kat kampung ni semua boleh jadi. Nak hidup kat pedalaman mesti mau kreatif baru tak boring beb.
Category: |
��
Sunday, May 02, 2010 | Posted in

Al-Fatihah untuk Mok Cik Saodah. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin...
Category: |
��
Sunday, May 02, 2010 | Posted in

Pagi....jam tujuh kami dikejutkan panggilan telefon dari Kak Long. Nampaknya perancangan untuk ziarah hujung minggu ni terpaksa diawalkan. Tapi ziarah kali ni dah lain. Tak sempat nak sembang buat kali terakhir dengan Mak Saudara. Apa boleh buat, sudah sampai masanya dia pergi dulu dari kami. Berkurangan lagilah bilangan mak saudara kami. Itulah adat dunia...setiap yang hidup pasti menemui mati hanya tunggu sajalah saat dan ketikanya.
Category: |
��
Saturday, May 01, 2010 | Posted in

Ni ada satu gambar. Ditujukan khas untuk Kak Ngah. Haha...
Category: |
��
Saturday, May 01, 2010 | Posted in

Entahlah...aku pun tak tahu majlis apa ni. Khabarnya majlis merisik. Hah...merisik sapa lak ni. Semua yang ada ni semua aku kenal. Hmm...aku dah tak jadi orang penting lagi dah. Apa boleh buat, tak apalah. Apa pun aku harap semuanya selamat dan ok. Ucapan untuk anak sedara : semoga semuanya selamat dan selamat berbahagia.
Category: |
��
Saturday, May 01, 2010 | Posted in

Cuti tapi memboringkan. Tengok keta rasa kesian lak. Asyik mandi air hujan je. Hari ni bagi dia mandi pakai syampo lak. Biar ada orang gosok dan belai. Hehe...
Category: |
��
Friday, April 09, 2010 | Posted in

Semenjak menetap kat kampung anak aku yang sulung ni dah pandai jadi budak kampung. Terbaru dah pandai buat pancing pakai pelepah kelapa. Tengok tu tengah test power batang pancing dia. Nasib baik la ada bapak saudara yang suka melayan kerenah anak buah. Hmm...kekadang bes gak dok kampung ekk..
Category: |
��
Friday, April 09, 2010 | Posted in

Yang perut lebih besar tu abang ipar aku. Perut sederhana besar tu abang aku sendiri. Satu lagi, perut yang paling kecik tu aku la. Haha...minta jauh la aku jadi cam abang ipar aku tu. Tak hensem lagi la aku kalau gitu. Wakaka...
Category: |
��
Friday, April 09, 2010 | Posted in

Walaupun tak semua ada tapi kira ok gak la. Ada kemeriahan berhari keluarga. Kiranya hari ni makan gulai ayam kampung la. Emm....bestnya
Category: |
��
Sunday, March 21, 2010 | Posted in

Sepatutnya perjumpaan seperti ini diadakan setiap Ahad jam 7.45 pagi tapi entahlah aku punya safety supervisor sendiri pun datang lambat. Agaknya dia nak kena saman ngan aku tu.
Category: |
��
Sunday, February 07, 2010 | Posted in , , ,
Dah lama betul aku tak menikmati mentari pagi. Sungguh cantik dan mendamaikan bila diamati. Betul la apa yang orang cakap tu cuma kita kadang-kadang manusia ni terlalu memikirkan ciptaan manusia melebihi ciptaan Allah. Mungkin la...aku agak jer.

Tapi bagi aku apa
salahnya sekali sekala kita menikmati dan mencari keagungan Tuhan (kalau selalu lagi baik kan?). Itu pun hanya untuk mereka yang masih kenal Tuhannya...







Credit to
Sano Pictures





































Category: , , , |
��
Sunday, February 07, 2010 | Posted in , ,
Lama sungguh aku tak buat kerja ni. Nak kata seronok tu tak dela cuma bila benda lama tak buat rasa best n excited la pulop. Paling last aku buat kerja ni kat Bukit Beruntung 3 tahun dulu. Masa tu kompeni aku dapat projek untuk membina tiga stor TNB dan kerja-kerja berkaitan di sana. Alaa...bukan best sangat pun dok menunggu batu ni...mem'boring'kan, dengan nyamuk yang ramai lagi. Nak tidur pun tak selesa beb.

Walawei..lupa nak cakap MLT tu apa. Yelah bukan semua orang tau kan?. MLT = Maintain Load Test. Kerja ni biasanya diorang akan buat selepas kerja-kerja cerucuk siap. Proses ni dibuat untuk mengetahui samada pile yang ditanam itu boleh menampung beban yang akan diterima nanti setelah bangunan siap sebagaimana yang telah di 'design' oleh engineer. Kerja ni memang membosankan kerana ianya mengambil masa 3 hari bagi satu point. Bayangkan di sini kitorang terpaksa menyiapkannya sebanyak 31 point. Perghh...nasib baik aku ni dah jadi taiko jadi tak perlu lagi aku menderma darah untuk nyamuk lagi. Oleh kerana aku bukan engineer, maka aku tak leh la cerita lebih. Lagipun aku bukan nak bercerita pasal ni sangat.

Yang aku nak cerita, kerja ni sesuai untuk orang yang suka tidur tapi bukan untuk yang jenis tidur mati. Rekod perlu diambil setiap 15 minit sekali samada semasa tambah load atau release load. Manakala sejam sekali bila dah maintain load. First cycle maintain load selama 12 jam dan second cycle selama 24 jam. Tak faham yer...memang bukan nak suruh faham pun.


��
Wednesday, February 03, 2010 | Posted in , , , ,
Kepada mereka-meraka yang nak menghantar dan menerima hantaran..lu pikir la sendiri...

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran.. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“ Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.


Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Rad
“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah "ALMARI" di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim... ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama AL-Qurannya.


Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

credit to : ww.lubuk.net

��
Friday, January 29, 2010 | Posted in



Dah lama tak bersantai bersama famili camni. Walau tanpa persediaan tak kisah la janji anak-anak dapat lepaskan gian mereka. Aku? Tumpang seronok jelah bila tengok anak-anak enjoy. Dah lama ye abang, kakak, baby n umi abi tak bawa jalan-jalankan. Takpelah mungkin cuti sekolah nanti abi cuba planning gì bercuti.
Category: |
��