Sunday, February 07, 2010 | Posted in , ,
Lama sungguh aku tak buat kerja ni. Nak kata seronok tu tak dela cuma bila benda lama tak buat rasa best n excited la pulop. Paling last aku buat kerja ni kat Bukit Beruntung 3 tahun dulu. Masa tu kompeni aku dapat projek untuk membina tiga stor TNB dan kerja-kerja berkaitan di sana. Alaa...bukan best sangat pun dok menunggu batu ni...mem'boring'kan, dengan nyamuk yang ramai lagi. Nak tidur pun tak selesa beb.

Walawei..lupa nak cakap MLT tu apa. Yelah bukan semua orang tau kan?. MLT = Maintain Load Test. Kerja ni biasanya diorang akan buat selepas kerja-kerja cerucuk siap. Proses ni dibuat untuk mengetahui samada pile yang ditanam itu boleh menampung beban yang akan diterima nanti setelah bangunan siap sebagaimana yang telah di 'design' oleh engineer. Kerja ni memang membosankan kerana ianya mengambil masa 3 hari bagi satu point. Bayangkan di sini kitorang terpaksa menyiapkannya sebanyak 31 point. Perghh...nasib baik aku ni dah jadi taiko jadi tak perlu lagi aku menderma darah untuk nyamuk lagi. Oleh kerana aku bukan engineer, maka aku tak leh la cerita lebih. Lagipun aku bukan nak bercerita pasal ni sangat.

Yang aku nak cerita, kerja ni sesuai untuk orang yang suka tidur tapi bukan untuk yang jenis tidur mati. Rekod perlu diambil setiap 15 minit sekali samada semasa tambah load atau release load. Manakala sejam sekali bila dah maintain load. First cycle maintain load selama 12 jam dan second cycle selama 24 jam. Tak faham yer...memang bukan nak suruh faham pun.


��

Comments

0 responses to "MLT at Politeknik Jeli"