Bila mak ayah kita mati, terjun la turun dalam liang sambut
mayat depa, bukak papan keranda tudung tu angkat
sebentar mayat mak ayah kita tu. Biar kita salah sorang
yang pusing mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat.
Biar kita!!! Bukan orang lain. Pusing mayat dia, angkat
papan keranda tu kita dok tengok ni Allahhurabi.. "Mak kali
terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni last mak aku
tengok mak". Biar kita yang jadi orang yang perelai ikatan
di kepala dia, ikatan ditubuh dia tu.. Biar kita! Pegang
pelahan2 badan mak kita tu, pusing dia elok2, ambik
gumpalan tanah letak pulak belakang tengkok mak kita tu.
"Mak last mak hari ni mak.. Lepasnya dari ni aku tak tengok
mak dah". Terlintas dalam hati dalam kita dok pegang mak
kita tu.. Terlintas ni, yang 20 tahun lepas kita kenal2 dunia
ni, tangan ni yang suap dimulut kita. Allahhurabbi.. Hari
pertama kita boleh berjalan, taik, muntah kita dia la
orangnya yang tak pernah tolak pun. Walau anak jahat tara
mana pun kita, kita tetap anak dia. Dia tak pernah buang
pun kita. Tu saya sebut tadi, takkan hari mak ayah kita
mati, kita tak boleh terjun dalam liang dia, pusing badan
mayat dia, mengadap ke kiblat. Kalau kita ada tiga empat
beradik, empat2 beradik terjun dalam. "Abang pegang
belakang bang". Jangan kita dok harap dekat orang. Kita
jadi anak, kita patut terjun dalam tu. Kita tak boleh baca
talkin, kita naik atas satgi, kita duduk sekejap. Dengar
talkin yang terakhir untuk mak kita tu. Kita duduk kejap tepi
kubur mak kita tu. Tengok macam mana ni last dah hari ni.
Takdak benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah
melaikan kita hanya boleh serah doa. "Ya Allah, aku angkat
tangan ya Allah.. Aku redha mak aku kau ambik ya Allah..
Dia yang beranakkan aku.. Ya Allah hari ni aku tinggal dia
ya Allah, aku serah dia atas urusan mu belaka ya Allah.. Aku
tadah tangan ya Allah.. Aku mintak sangat2 kau ampunkan
dosa mak aku, tolong ya Allah kesian mak aku ya Allah.. Aku
ni hasil didikan dari dia Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala
dosa2 dia Ya Allah". Kawan2, kalau dosa sebegitu kita doa
dengan Allah taala, untung mak kita. Adakah Allah taala
akan tolak doa sebegitu? Takkan Allah taala tolak ni doa
ikhlas datang dari sorang anak. Sebab tu saya pesan selagi
kita ada mak kita yang masih hidup.. Kawan2, buat jasa la..
Buat jasa! Buat sekadar2 yang mana kita boleh.
Allahhuakbar.
Sayangi mak ayah! Maafkan saya mak ayah, selalu sakiti
hati mak ayah. Maafkan saya! Salam jumaat
Pengumuman
4 years ago
0 responses to "MOK!!!"