Wednesday, October 28, 2015 | Posted in , ,

Sajak Kelate

Anok duk bandar
Mok Ayoh duk kapong
anok kijo besar
Mok Ayoh noreh ale kebun
anok besuko hila
mok mneleh air idong
nok buleh samah sriya
nyamuk pacat duk pakat likong

anok make tak tala
hidop cara western la konon
McD secret receipe pizza
bil tugak brsusun susun
bley-bley senyum dio bayar
nokwi napok hebat ore sanjong
saeng-saeng kliling penuh penar
dok pakat puji dok pakat pong
Mok Ayah kapong tak cekat mmutar
hute banyok tak cekat tanggong

pok getoh kmaren tokde nok jual
uje lebat air lipoh purong
kutip lado nokwat samba
tumbok dgn gare dale lesong
nokwat ile lapar
cicoh dgn tiyok jagong
kade-kade dgn jeruk petai
kade-kade dgn jering relong

ore laen make keda
Mak Ayoh tengat hinggo perut kembong
kito anok keno la sedar
skali skalo tra gak talipong
keno kerek tanyo kobar
segar ko mok ayoh atau sesemo idong
kukoh lagi ko lata glegar
takut jerluh xdok sapo tulong
takut de nyesal
kelik-kelik ore duk usong


Category: , , |
��
Friday, October 16, 2015 | Posted in

Mula dan Akhir.

Selawat ke atas Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mempunyai banyak kelebihan.

Abu Sulaiman Ad-Darani rahimahullah berkata:

من أراد أن يسأل الله حاجة فليبدأ بالصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ، ثم يسأل الله حاجته ، ثم يختم بالصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم، فإن الله تعالى يقبل الصلاتين ، وهو أكرم من أن يرد مابينهما .

"Sesiapa yang yang ingin memohon hajatnya kepada Allah, hendaklah dia MULAKAN dengan selawat ke atas Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Kemudian, dia memohon hajatnya. Kemudian, dia AKHIRI dengan selawat ke atas Nabi shallallahu alaihi wa sallam.

Kerana sesungguhnya Allah ta'ala menerima dua selawat tersebut. Sedangkan Allah ta'ala lebih mulia daripada menolak (hajat yang dipohon antara kedua-duanya (selawat)". [Tafsir al-Qurthubi 14/213]

Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Nabi shallallahu alaihi wa sallam dan berdoa memohon hanya kepada Allah ta'ala antara selawat tersebut.

Terutamanya pada hari Jumaat yang padanya ada waktu yang jika seseorang berdoa, maka akan dikabulkan permintaannya oleh Allah.

Semoga Allah kurniakan semua hajat dan permohonan. Amin.

#ARAR


Category: |
��
Thursday, October 08, 2015 | Posted in , ,

LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

WAKTU SUBUH

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU DZUHUR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.wallahualam


Category: , , |
��
Friday, September 18, 2015 | Posted in ,

Penerangan oleh Tokey Restoran Menate. Sekadar perkongsian ilmu.

Masalah
1. Turun kan dari Lori dgn sebat lembu
2.  kalau boleh sembelih serentak. .kalau tak boleh..batch by batch..kepung dan jgn bagi yg blm sembelih nampak
3. Pisau tak tajam
4. Lapah sebelum lembu mati
5. Berlaku pembaziran tanpa di sedari

Tips
1. Masa nak bawak turun dari Lori. ...sembur air..sambil turun..lembu akan minum dgn tenang.
2. Jgn sesekali kita memukul mengerumuni beramai ramai haiwan tersebut
3. Sebaiknya di bersih kan haiwan tersebut
4. Dibawa di tempat yg mudah dan bersih utk disembelih
5. Diikat satu kaki depan dan satu kaki belakang. Ditarik kaki depan ke belakang.
2. Sembelih guna pisau besi carbon ..utk kurangkan sakit
3. Cara sembelih...sembelih atas halkum
4. Seelok2 nya simpan 21 hari selepas sembelih utk buang semua darah. Bukan masa raya korban.
5. Garam di bubuh selepas makanan dah masak. Kalau tgh masak boh garam...kemungkinan boleh mendatangkan penyakit batu karang.
6. Sembelih lembu atas simen. ..haiwan lemah...kalau atas tanah n rumput. .haiwan bertenaga. Atas simen...nak cuci pun senang
7. Lembu sampai...jgn bagi makan. ..bagi minum saja..utk kurangkan tenaga lembu dan kurang rasa sakit masa setmbelih...lembu boleh tahan 7 hari dgn hanya minum..
8. Lepas sembelih...akan masuk angin 48 minit 35 saat...kalau sembelih dgn betul...lembu mati dlm 1 minit 3 saat...lagi banyak darah keluar..lagi kurang penyakit.
9. Daging lembu muda ..tak lebih 2 tahun 2 hari..utk dapat daging empuk. Seelok2 nya simpan dlm bag plastic yg kedap udara selama 21 hari.Daging merah seelok2nya simpan dulu sblm masak. Ayam..ikan..atau daging putih boleh masak terus selepas siang atau sembelih.
10. Jgn makan otak...High cholesterol.Buntut ayam pun sama...Kena penyakit enzima. Hati ayam...kurang kan ..


Category: , |
��
Sunday, August 30, 2015 | Posted in , ,

10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH YANG WAJIB DIELAKKAN KETIKA BERCAKAP DENGAN ANAK

Dua minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri seminar pendek bertajuk “Memupuk Suasana Mawadah Wa Rahmah Di Sekolah dan Rumah” yang dianjurkan oleh sekolah anak kami. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.


Saya tertarik dengan salah satu isi yang beliau kongsikan, iaitu mengenai “10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan,  inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?


2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]
Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

5) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”


Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. *image googled*
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam b
anyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang dicerikan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?


Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.

6) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

7) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”


Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. *image google*
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”

Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.


Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.

Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya.
Subhanallah sangat benar...kesilapan biasa yg berlaku. Terimakasih atas perkongsian.

Jika ada tulisan yang memberi saranan bgmn menggantikan perkara perkara negatif ni...blh share disini...sangat membantu menjadi ibubapa yg berkesan.


Category: , , |
��
Thursday, August 27, 2015 | Posted in

TAK PERCAYA Ker ????

Dari no. KERETA anda, kita dapat tahu umur kita..... Hanya Allah Maha mengetahui...

(1) Lihat angka terakhir no KERETA anda...
(2) Darab 2
(3) Ditambah 5
(4) Darab 50
(5) Ditambahkan 1765
(6) Ditolak tahun kelahiran anda.
Sekarang anda akan dapat 3 angka.
Angka pertama adalah angka terakhir no kereta anda...
Angka kedua dan ketiga adalah umur anda.. Cuba dan buktikan sendiri. Inilah ilmu matematik...


Category: |
��
Tuesday, August 18, 2015 | Posted in , ,

🌽🍌🍈🍠🍐🍏🔮

FALSAFAH BUAH2AN..
Oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man..

🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽
1. Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS..
Jagung membungkus bijinya yg banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yg cuma ada satu..
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya..

🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌
2. Jadilah POKOK PISANG..
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati..
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan..

🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈
3. Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG..
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan didalamnya ada biji yg berduri..
MAKSUDNYA : Don’t Judge a Book by The Cover.. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA..

🍠🍠🍠🍠🍠🍠🍠
4. Jadilah UBI KAYU..
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih..
MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tmpat yg penuh kekotoran..

🍐🍐🍐🍐🍐🍐🍐
5. Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM..
Tangkai petai memberi makanan yg sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yg kecil dan ada yg besar..
MAKSUDNYA : Selalu lah bersikap adil..

🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏
6. Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua semakin pekat santannya..
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna..

🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮
7. Jadilah seperti MANGGIS..
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi didalam..
MAKSUDNYA : kena jujur, apa yg ditunjukkan di luar sama seperti apa yg diniatkan di dalam hati..

💝💝💝💝💝💝💝
💖💖💖💖💖💖💖


Category: , , |
��
Sunday, August 16, 2015 | Posted in , ,

BismillahirRahmaanirRahiim...Assalamu'alaikum Wbt ~
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri”
al baqarah 222.
Dan hati hamba yang bertaubat dan taubat yang diterima Allah, akan membuahkan ketenangan di dalam hati pemiliknya, maka ketenangan itulah anugerah besar dari Tuhan untuk hamba-Nya, InsyaAllah.
Wallahu'alam.


Category: , , |
��
Friday, April 17, 2015 | Posted in ,

Jom  belajar bahasa arab...... Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa arab

��terima kasih - syukran (شكرًا )
��sama sama - afwan ( عفواً )
��saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف )
��baiklah - hasanan ( حسناً )
��mungkin - rubbama (ربما )
��awas! - intabih ( انتبِه )
��berhati hatilah - ihzar ( احذر )
��jangan lupa - la tansa ( لا تنسىٰ )
��samiinun - gemuk ( سمين )
��Tawiilun - panjang ( طويل )
��Qasirun - pendek ( قصير )
��khofiidhun - rendah ( خفيض )
��nahiifun - kurus ( نحيف )
��yaum - hari ( يوم )
��usbu' - minggu ( أسبوع )
��syahr - bulan ( شهر )
��sanah - tahun ( سنة )
semoga berjaya ..

Ucapan dalam bahasa arab .
��Selamat malam - laila sa'edah ( ليلة سعيدة )
��sobahul khair - selamat pagi ( صباح الخير )
��ucapan balas sobahul khair - sobahannur ( صباح النور )
��semoga berjaya - bitaufiq wannajah ( بالتوفيق والنجاح )
��salam ukhuwah - salam perkenalan ( سلام اخوة )
��jazakallah hukhairan - semoga Allah membalas jasamu ( جزاك الله خيرا )
��tobat masauk - selamat tengahari ( طابت مساؤك )
��azhoma allahu ajrak - semoga Allah memuliakan amalan kamu ( عظّم الله أجرك )
��uhibbuki - saya sayang awak (perempuan) ( أحبكِ )
��uhibbuka- saya sayang awak (lelaki) ( أحبكَ )
semoga berjaya ..

Ganti nama/personal pronouns
..aku/saya - ana ( أنا )
..kamu (lelaki) - anta ( أنتَ )
..kamu (perempuan) - anti ( أنتِ )
..dia (lelaki -seorang ) - huwa ( هُوَ )
..dia (perempuan-seorang) - hiya ( هِيَ )
..dia (lelaki/perempuan -2orang) -huma ( هماَ )
..dia (lelaki -3 dan keatas) - hum ( هُمْ )
..dia (perempuan-3 dan keatas) - hunna ( هنَّ )
..kami - nahnu ( نحنُ )
..kalian (ramai) - antum ( أنتم )
..mereka - hum ( هُمْ )
..cantik = jameelah ( جميلة )
..buruk = qabih ( قبيح )
..Bersih = nadziifun ( نظيف )
..Malas = kaslaan ( كسلان )
..Ata'allamu = saya belajar ( أتعلم )
..a'kulu =  saya makan ( أاكل )
..Asyrobu =  saya minum ( أشرب )
..Aqrou = saya membaca ( أقرا )
..aktubu = saya menulis ( أكتب )
..Atakallamu = saya berbicara ( أتكلم )
..Amsiku = saya memegang ( أمسك )
..A'malu = saya mengerjakan ( أعمل )
..Albasu = saya memakai ( ألبس )
..Toriiqon = jalan ( طريق )
..Baytun = rumah ( بيت )
..Mirsamun = pensil ( مِرسم )
..Qolamun = pulpen ( قلم )
..Mimsahatun = pemadam ( ممسحة )
..Mishbaahun = lampu ( مصباح )
..Sabbuurotun = papan tulis ( سبورة )
..Kaifahaluka- apa khabar (lelaki) ( كيف حالكَ )
..Kaifahaluki- apa khabar (girl) ( كيف حالكِ )
..Askunufi- saya tinggal di ( أسكن في )
..Umri- umur saya ( عمري )
..Masmuki? Siapa namamu (untuk perempuan) ( ما اسمكِ )
..Masmuka? Siapa namamu (untuk laki2) ( ما اسمكَ )
..Ana tilmiidzatun = saya seorang murid (untuk perempuan) ( انا تلميذة )
..Ana tilmiidzun = saya seorang murid (untuk laki2) ( انا تلميذ )
..Ahlam Saiidah = semoga mimpi indah ( احلام سعيدة )
..Syafakallah-smoga Allah menyembuhkn kamu ( شفاك الله )
smoga bermanfaat

��♪BELAJAR BAHASA ARAB♪��

*Ukhwahfillah = Pshabatan Krna Allah ( اخوة في الله )
*Ukhtin = Kakak @ Saudara Perempuan ( اخت )
*Akhun = Abang @ Saudara Lelaki ( أخ )
*Zauj = Suami @ Pasangan (L) ( زوج )
*Zaujah = Isteri @ Pasangan (P) ( زوجة )
*Asiff Jiddan = Saya minta maaf sangat2 ( آسف جداً )
*Ukhwahfillah Abadan Abada = Psaudaraan krna Allah Selama2nya ( اخوة في الله أبداً ابدا )
*Fa'idza Adzamta fatawakkal'alallah = Stelah kmu brazam maka bertawakallah pd Allah ( فإذا عزمت فتوكل على الله )
*Inni Akhafullah = Ssguhnya aku takutkan Allah ( إني أخاف الله )
*Maafi Qalbi Ghairullah = Tiada di hatiku selain Allah ( مافي قلبي غير الله )
*Lau Samatha = Maafkan saya ( لَو سمحتَ )
*Naltaqi Ghadan = Kta jmpa esok ( نلتقي غداً )
*Illalliqa' = moga bertemu lagi ( الى اللقاء )
*Syafakallah = moga Allah myembuhkan awak (L) ( شفاكَ الله )
*Syafakillah = moga Allah myembuhkan awak (P) ( شفاكِ الله )
*Tafaddhol = Silakan ( تفضل )
*La Aadri = Saya Tak Tahu ( لا أدري )
*Maa fii Musykilah = tiada masalah ( مافي مشكلة )
*Jazakallahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kbaikan (L) ( جزاكَ الله خيراً كثيراً )
*Jazakillahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (P) ( جزاكِ الله خيراً كثيراً )
*Jazakumullahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (L&P) جزاكمُ الله خيراً كثيراً )
*Wa iyyaka (L) = Dan utkmu jua.Blasan utk ucapan ��( وإياكَ )
*Wa iyyaki (P) = dan utkmu jua.Blasan utk ucapan��( وإياكِ )
*Allahukhairujaza' = Allah adalah Sebaik-baik Pemberi ( الله خير الجزاء )
*Fahimtum? = Adakah kalian faham.? ( فهمتم )
*Fahimna = Kami telah faham ( فهمنا )
*Ijhad wala taksal = Bsguh2 dn jgnlah kmu malas ( اجهدْ ولا تكسلْ )
*La Tahzan Innallaha Ma'ana = Jgnlah bsdih, Ssguhnya Allah bsma kita ( لا تحزنْ انا الله معنا )
*Kafaa Bilmauti waa'izhan = Cukuplah kmatian itu mjadi pringatan ( كفى بالموت واعظاً )
*Bi idznillah = Dgn izin Allah ( بإذن الله )
*InshaAllah kull khayr ! Aamiin = inshaaAllah smuanya baik,Aamiin ( إن شاء الله كل خير. آمين )
*Barakallahu Fiq = Smga Allah mrahmati kamu/mbrkati kamu ( بارك الله فيك )
*Masa ul khair = slmt ptg ( مساء الخير )
*Na'am = Ya ( نعم )
*Yallah2 bisura'h = mari2 cpat (lekas2) ( يالله بسرعة )
*Ismahli ya ustaz/ustazah = Tumpang tanya wahai Ustaz/Ustazah ( اسمحلي يا أستاذ/أستاذة )
*Uridu an azhaba ilal dauratul miah = Blhkah sy ingin ke bilik air ( أريد أن أذهب الى دورة المياه )
*Sanah Helwah = Slmt hr jd ( سنة حلوة )
*Ana Aidon = Saya Juga ( أنا أيضاً )


Category: , |
��
Monday, April 13, 2015 | Posted in , ,

CONSULTANT BANK MALAYSIA DEDAH RAHSIA KEKAYAAN

Berikut dikongsikan kisah benar bagaimana seorang lelaki boleh menjadi kaya dengan hanya membuka Car Wash. Apakah rahsianya?

Kisah benar 21/02/2015

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Kuantan. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,

"Kereta bos ke tu?"

Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...

"Dari mana bos?" 

Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?

Consultant jawabnya. 

Oooh...

"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia".

"Waww"!!!
Mesti best jawab hati aku.

"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.

Aku tanya dia, "Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"

Dia tersenyum dan katanya,

"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.

Aku terdiam..

"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,

"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.

"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap, 

"Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"

Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada dia macam tu?,"

Dammm !!!
Tersentap aku..

Katanya lagi,

"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, "Awak solat tak 5 waktu?"

Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,

"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya.

Ada yang berkata, "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid". Jika saya, bawa Kancil je. Katanya, "Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import. Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur".

Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.

Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.

InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sampaikan...
Selalu kita akn tanya apa rahsia utk kaya...tapi kita lupa utk jaga hubungan dgn Yang Maha Kaya...

Peringat utk diri sendiri dan kawan2 yg bakal kaya.
Saya mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang, adik-adik, baca post ni sampai habis. Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu, solat dan ibadahmu. Aku ingin sekali menegurmu. Namun. Sering saja terkaku. Rasa tak mampu. Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku. "Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu ? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ? Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu ? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku." AllahuAkhbar. Sahabat. Begini lah cara aku menegur mu. Dengan post kecil ini. Hari ini. Sekurang - kurangnya. Bila aku di soal Nya di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku. Aku boleh jawab bahawa. "Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini. Dan dengan selemah-lemah iman ku. Iaitu mendoakan mereka dari jauh.
"Aamiin. KITA BERSAHABAT KERANA ALLAH S.W.T.
Terlalu banyak yg harus diperbetulkan...


Category: , , |
��