Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts
Thursday, January 01, 2015 | Posted in ,

Catatan dari magsa banjir Hadi Mahmood yg terperangkap bersama isteri dan 7 anak kecil di  pasir mas, kelantan

Salam sahabah semua, saya jarang menaip dlm laman ini,saya hanya pembaca setia....izinkan saya menaip berkongsi cerita ini.

BANJIR 2014 MUSIBAH DAN HIKMAH.
MUSIBAH INI:

pada tanggal 24.12.2014...apabila berita kuala krai di tengelami air..Allahuakhbar...siapa sangka bandar yg berbukit itu bisa tenggelam menjadi lautan..namun kuasa Allah memungkinkannya..benar dan nyata apa yang terkandung dlm al quran...kun faya kun...pada ptg tu bila saya meninjau situasi air sungai kelantan..ditepi tebing bandar pasirmas...Allahuahkbar..saya harus bersedia..Alhamdulilah dengan ilmu dan pengalaman menetap di rantau panjang..saya terus ke kedai membeli segala bekalan utk keluarga saya yg besar ini...menjelang mlm air sungai mula melimpah memasuki bandar pasir mas...saya dan anak lelaki terus ke premis perniagaan kami mengemas apa yg patut...jam 3 pagi perjalan kami untuk pulang kerumah menghadapi kesukaran kerana air mula memenuhi jalanraya..

Esok pagi bermula satu peristiwa...penduduk menjadi panik...semua orang bersimpang siung mencari bekalan..melarikan kereta..kedai runcit dipenuhi dan bersesak untuk mendapatkan bekalan..berpindah ke tempat selamat...saya memerhatikan situasi ...Ya Allah..adakah ini secebis dari gambaran hari kiamat...semua orang hanya mahu menyelamatkan keluarga masing masing..berebut..bertengkar....bekalan elektrik dan  air bersih terputus ALLAH adakah ini ujian atau rehearsal menjelang kiamat...YA Allah adakah musibah ini sebagai peringatan untuk kami...Ya Allah kalamMu  itu benar..hari kiamat itu benar..kanunmu itu benar..syariatMu itu benar..janjiMu benar.tapi kami lalai... . Allah ampuni kami.....berat ujian ini..semasa catatan ini dibuat..hari 4.  Disebalik bacaan laman ws atau telegram  dr rakan rakan yg berbincang tentang menu makanan yang enak enak.. Syukur Kami sekeluarga masih mempunyai bekalan makanan ikan kering...petrol..gas cuma air bersih mungkin akn habis..walaupun kami mengamalkan catuan tapi bagaimana nasib org kampung lain.....mereka tidak bersedia menerima musibah ini...makanan takde....air..susu..dll keperluan asas..nak keluar beli...stok kat kedai berhampiran habis..nak keluar..ke tempat lain ..tak boleh sebab terkepung..cuma harapkan bantuan yang datang...YaAllah ampuni dosa kami...kàmi lalai.
Untuk sahabah semua.mungkin anda tidak mampu menjiwai catatan diatas...biarkan saya menjadi wakil kepada ujian ini bagi menyampaikan peringatan untuk kita semua..BALIKLAH pada kalam Allah...syariat Allah..hentikanlah maksiat..hentikanlah syubahah...hentikan rasuah dan riba...imbas diri sendiri...tarbiah anak dan isteri...perkasakan ukhwah ummah....moga Allah arrahim..memberi hidayah dan menyelamatkan kita  dunia akhirat...amin.

HIKMAH...
Alhamdullilah..ujian ini membuatkan anak anak saya lebih mengenal erti survival.....kesabaran dan disiplin.
Anak anak memberi kerjasama pada setiap peraturan darurat yg saya keluarkan...antaranya bagi tujuan menjimatkan air bersih mereka tidak dibenarkan mandi...air hanya untuk minum dan qàda hajat serta wuduk sahaja...dah 3 hari mereka tak mandi...hanya dibenarkan gosok gigi sahaja..

Mereka bekerjasama apabila dibenarkan makan nasi sekali saja..dan lauk yg di catu ..umpamanya sebiji telor mata perlu dibahagi dua..ikan kering secubit sorang dan lain  lain. Malam tadi terharu saya bila mendengar mereka beramai ramai membaca alquran surah alkahfi tanpa kehadiran saya..kerana saya pening kepala gara gara cubaan menyedut  petrol dari kereta sebagai bekalan tenaga...Ya Allah syukur atas hikmah ini...dan banyak hikmah yang tak termampu diluahkan...alhamdullilah syukur.

Sekian...
Hadi bin Mahmud
Pasir mas
2.34am 28 Dis 2014

Catatan tambahan pembaca,
mereka ini termasuk golongan beruntung kerana telah merasai dan melalui rehearsal dan tarbiah Allah secara terus,,, tapi bg kita yg belum sedar dan belum rasai mungkin tidak dpt mengukur kesabaran dan keyakinan akan kebenaran Allah. Kita masih lalai, berbangga dgn status kita, bangga dgn kekayaan dan kelebihan

Category: , |
��
Thursday, December 25, 2014 | Posted in ,

Gambar menunjukkan kawasan pesisir sungai yang ditenggelami air pada banjir besar Terengganu pada tahun 1965, dipercayai kawasan berkenaan adalah di pesisir Sungai Terengganu berhampiran gugusan perkampungan besar Losong.

Berdasarkan kepada beberapa temuramah oleh generasi tua di Terengganu, mereka menceritakan beberapa kaedah dan teknik dalam meramal kejadian alam, terutamanya banjir yang akan melanda kawasan mereka melalui beberapa keadaan.

Bintang Tujuh Beradik
Temuramah dengan nelayan di sekitar Muara Besar Marang menjelaskan bahawa jasad samawi memainkan peranan dalam menunjukkan bermulanya musim tengkujuh. Bintang Tujuh Beradik, akan keluar di dada langit, terutamanya pada awal malam dengan kedudukan antara 30 hingga 45 darjah. Bintang berkenaan berada dalam keadaan tersusun dan selari, dengan kedudukan menegak dan rapat antara satu sama lain. Ketujuh-tujuh bintang ini didakwa sebagai punca kepada gelaran Tengkujuh yang merujuk kepada bermulanya musim monsun di Pantai Timur.

Guruh Pemberitahuan
Melalui petua ramalan generasi lama di Terengganu, pada permulaan bulan September / Oktober, guruh yang berbunyi kuat pada waktu tengah hari / sejurus sebelum waktu Zohor merupakan petanda masuknya musim hujan. Guruh berkenaan akan berbunyi, biasanya pada tengah hari dalam keadaan cuaca panas terik. Versi masyarakat darat mengatakan bahawa guruh berkenaan berbunyi di perbukitan Tanah Tinggi Terengganu manakala versi masyarakat pantai mengatakan guruh berkenaan berbunyi di Laut Besar (Laut China Selatan)

Guruh Amaran
Guruh amaran biasanya dikesan sejurus sebelum bermulanya sesi curahan hujan lebat. Bunyinya seperti dentuman gendang, dan berlarutan sehingga 30 saat sebelum berhenti. Selepas itu tiada bunyi guruh dikesan dan hujan mulai lebat, menandakan bermulanya sesi curahan hujan.

Hujan Malam Jumaat
Andainya hujan bermula pada malam jumaat dengan keadaan kaki langit yang gelap (pada pandangan masyarakat pantai), ia menandakan bahawa hujan tidak akan berhenti sehingga 'bertemu ketika' iaitu sehingga malam jumaat minggu seterusnya. Cuaca pada minggu berkenaan tidak akan menentu, dengan hujan dan mendung bersilih ganti. Keadaan seperti ini akan menjurus kepada berlakunya banjir.

Haiwan Merayap
Pemerhatian kepada tahap ketinggian aras air banjir biasanya diperhatikan kepada gerak geri haiwan, terutamanya semut. Kadar perubahan sarang dan tahap ketinggian semut berpindah sarang memberi petunjuk kepada manusia mengenai aras ketinggian air banjir.

Kitaran Banjir Teruk
Terdapat pendapat kitaran banjir teruk yang berbeza di tempat yang berbeza, terdapat kitaran 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 50 tahun dan 100 tahun sekali. Tahun berlakunya kitaran tersebut adalah berbeza di tempat yang berbeza di Terengganu khususnya. Antara yang dicatatkan di lokasi tertentu dan mempunyai rekod bertulis dan bergambar dalam simpanan Ganutalgia adalah:

1. Banjir 1926 (Bah Merah) - Keseluruhan Terengganu kecuali Besut
2. Banjir 1965/67 - Kuala Terengganu
3. Banjir 1986 - Keseluruhan Terengganu

Generasi terdahulu mempunyai pelbagai teori dan pemerhatian terhadap alam, yang memungkinkan mereka untuk terus memahami aturan kehidupan yang ditentukan oleh Allah Taala di bumi ini. Sesungguhnya kejadian banjir dan musim hujan yang melanda adalah satu ketetapan yang berlaku di dalam aturan alam, pasti berlaku di seluruh Terengganu, dan masyarakat nusabangsa Terengganu menghadapinya dengan penuh kesabaran dan kekuatan selama wujudnya negeri ini melebihi 700 tahun yang lalu.

"Kalu Takuk Kene Boh, Dok Soh Duduk Di Tranung".

Category: , |
��
Saturday, November 21, 2009 | Posted in , , ,

Walaawei...bagi satu jam lagi hujan tak berenti kita gerenti rumah kita akan tenggelam. Ini dah kali kedua berlaku. Dua minggu lepas pun dah camni. Habis lumpur masuk kat dapur. Tapi kita tak kisah sangat la sebab lepas raya nanti kita dah pindah rumah baru. Lagi pun duduk rumah ni tak berapa best la...banyak masalah sangat. Ada toyol la. Percaya tak?. Haa..bab ni kena cerita lain kali la. Panjang sangat ceritanya. 



Nota : Pompuan kat dalam gambar tu tiada kena mengena dengan hujan atau banjir. Dia hanya dijemput untuk sebagai model bagi mencantikkan lagi gambar dan menambahkan 'real' musim banjir. Cheewah....

Kemaskini : Nak dijadikan cerita memang rumah ni pelik sikit sebab masa mula-mula kami duduk tu dah rasa lain macam tapi kami buat tak tahu jer. Bila masuk dapur ke atau tengah mandi terasa cam ada orang dok perati jer. Kami ni bukan takut sangat tapi malu la bila tengah mandi orang dok perati.

Nak dijadikan cerita lagi selepas dua minggu rasanya kami merantau ke Jeli...kompeni ada la bagi satu Pajero buruk untuk gun
akan kat site. Selepas dua hari Pajero tu kami guna....nasib betul-betul tak menyebelahi kami. Kami hanya sempat dengar deruman enjin Pajero tu buat kali terakhir pada pagi yang syahdu tu. Bayang Pajero tersebut pun kami tak sempat nak tengok buat kali terakhir. Hanya kunci jer yang boleh wat kenangan. Ehek...ehek...sedih, cemas dan takut kena marah dengan bos bercampur baur. Apa boleh buat bukan rezeki kami nak guna Pajero tu. Dah jadi rezeki perompak la kiranya. Sampai sekarang pun kami tak jumpalah lagi, entah dah jadi arwah pun tak tahu.

Cerita Pajero hilang dah tak jadi isu lagi sehingga kami pun dah lupakannya. Memang betul-betul nak jadi cerita, ada la operater crane yang menumpang tinggal dengan kami. Selang lebih kurang seminggu lebih jer cina ni tinggal ngan kitorang dia dah mengadu hilang digital camera. Yang mengherankan ; kamera tersebut disimpan dalam beg dan diletakkan dalam bilik. Lagipun hari tersebut ada Safety Officer yang bercuti tinggal kat rumah. Takkan la tak sedar pencuri naik dan masuk bilik. Itu tak pelah, mungkin boleh cakap cina tu cuai ke apa.

Beberapa hari kemudian, pada pagi yang dingin diiringi hujan yang mencurah-curah cina ni dah menyumpah-nyumpah. Bila ditanya baru cakap yang pouch bag dan dompet duitnya dah hilang. Hmm...takkan la kot kata aku dalam hati sebab aku tidur kat ruang tamu dan tak dak pulak rasanya bunyi orang masuk rumah. Tapi bila bukak jer pintu depan, tengok-tengok pouch bag dan dompet ada kat tangga luar rumah. Jumlah duit RM70.00 tinggal RM10.00 dan rokok yang masih berbaki separuh tinggal 3, 4 batang jer. Huh...misteri sungguh sebab bila di 'check', semua pintu berkunci rapat tanpa ada nampak dicungkil. Kerja sapa la ni. Nak kata pencuri pun nampak cam baik sangat sebab masih tinggalkan baki duit dan tak bawa lari dompet tu. Aku punya duit yang disimpan dalam jaket tak la pula diusik. Handphone dan laptop tak jugak diangkut sekali. Memang betul-betul misteri jadinya. Tapi bila di 'compare' ngan cerita-cerita penyewa sebelum ni kiranya tak pelik la. Hish...takkan toyol la kut. Zaman dah moden camni, ada ker lagi manusia yang cari duit dengan cara tu. Arghhh....biar la, malas nak pikir benda-benda misteri dan tahyul camtu. Jangan kena aku dah........

Category: , , , |
��