Showing posts with label Cerita Lawak. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lawak. Show all posts
Sunday, July 21, 2013 | Posted in

Cerita 1....

Pak Wan: ambo nk mitok kelulusan buat umoh,lagu mano caro dio ?

Puan Siti: lagu ni, mulo2 kito keno tgk pele .                                                                            

Pak Wan: pele ? Ambo ado doh !!!

Puan Siti: mano ? Kalo ado mari sini la kawe nk tengok.

Pak Wan: awoh, tok leh, mano bulih.

Puan Siti : bkpo pulok tok bulihnye, cpt la wat tubik.
                                                                               Pak Wan: kalo tok tgk tok leh ko ?

Puan Siti : tok leh la, kawe nk luluh guano kalo kawe dok tgk. 

Pak Wan : awoh, ambo malu nk tunjuk.

Puan Siti : malu bakpo pulok ? Pahtu bawok pele wat gapo kalu tok sey tunjuk.

Pak Wan: eiiishhh malulah nk tunjuk, pele ambo kecik

.  Puan Siti: laaa... Kecik pn takpo asa ko cukuk syarat.

Pak Wan : nk wat tubik nk tunjok kt mano, orghe ramai sini, malu ambo weh. 

Puan Siti : la nk malu ko gapo,wat tubik letok atas meja kaunter ni pon buleh.

Pak Wan : hoh !!! Tgk nih pele kawe.....!!! 

Puan Siti : awoh .... Buke pele ni, pele (pelan) bangunan laa..... nate berook mu nih !!!

Cerita 2....

Namaku Pak Haji Jalal...mengapa aku  pecat Secretary ku yg seksi???

Minggu lalu, besday ku yang ke-40 tahun!
Aku turun sarapan dgn harapan isteriku ingat & mengucapkan dgn penuh mesra  “Selamat HariJadi ya Suamiku Sayang".

Waktu berlalu, isteriku sama sekali tidak mengucapkan sesuatu!  Ya, itulah isteriku!

Mungkin anak2ku ingat, Besday  papanya.
Tp x seorang pun anak2 ku  dtg ke meja utk sarapan, mrk pun x mengucap satu katapun kpd ku.

Akhirnya aku pegi kerja dgn rasa Sedih!

Aku msk ke bilik ku,
Secretary ku, Emy menyapaku
“Morning Boss , Selamat Harijadi“
Aku merasa sedikit terubat, sebab secretary ku mengingati harijadi ku.

Time lunch, Emy mengetuk pintu bilik ku “Apakah Boss x sedar bahawa sudah masuk waktu lunch,  hari ini kan besday Boss, mari kita pergi lunch"

“Wow, itu Idea yg baik! Ok, mari kita pergi lunch“ jwb ku..

Kami pun pergi lunch  berdua.

Setelah Lunch, Emy berkata “Hari ini indah kan Boss, kita tak payahla ke opis lg kan Boss?“ Kita pegi berseronok sajalaa..

Saya mengangguk!

Lalu Emy mengajak saya pegi ke apartment nya.

Setiba di apartment nya, dia berkata “Boss, maaf tunggu sekejap ya, saya mahu ke bilik tidur utk menukar pakaian, agak panas ari ni..“.

"Tentu saja" sahutku dgn gembira!!pikiranku negativvvvvve

Emy masuk kebilik tidurnya. Kira-kira 10 minit kemudian...

Emy keluar membawa KEK besday, diiringi Isteri n anak2ku serta bersama rakan kerjaku sambil menyanyi Happy Besday To U..

Aku duduk TERPAKU di atas sofa, dgn telanjang bulat tanpa sehelai benang pun... !!!:'(X_X:)

Cerita 3....

Seorang cikgu wanita yang tengah asyik mengajar mata pelajaran matematik di kelas 2 berlian terhenti setelah melihat keletah seorang anak muridnya. Dia melihat budak tu meludah atas tangan dan gosok2 kt kepala dia. disebabkan perasaan yg penuh curiga dan pelik, cikgu itu terus pergi ke muridnya dan bertanya

cikgu : ahmad, kamu ni dari tadi cikgu tgk kamu meludah atas tangan dan kamu sapukan ke kepala!! kenapa?
murid: ermm.. Matematik nih susah sgt la cikgu
cikgu: Dah tu, kenapa kamu buat macam tu pulak?
murid : senang sikit nak masuk cikgu..
cikgu: apa maksud kamu? cikgu xpaham
murid : camni cikgu, semalam sy terbangun dari tidur sebab nak pergi minum, sy lalu kt bilik parents sy. sy terdengar suara mak sy time lalu tu
cikgu: mak awak cakap ape
murid: mak cakap... "ABG KALO SUSAH NAK MASUK SAPU LA SKET AIR LIUR KT KEPALA TU, BARU SENANG MASUK". Haaa... tu sebab la sy sapu air liur kt kepala sy cikgu..
cikgu: erkK!!!!        

Category: |
��
Wednesday, February 03, 2010 | Posted in , , , ,
Kepada mereka-meraka yang nak menghantar dan menerima hantaran..lu pikir la sendiri...

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran.. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“ Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.


Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Rad
“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah "ALMARI" di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim... ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama AL-Qurannya.


Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

credit to : ww.lubuk.net

��