Showing posts with label Jeli. Show all posts
Showing posts with label Jeli. Show all posts
Sunday, August 29, 2010 | Posted in , , ,
Ada member e-mail benda ni kat aku. Jadi aku pikir lebih baik kita berkongsi untuk tatapan dan renungan semua. Hehehe...cam tau jer aku pun camtu.

Apabila datang hari kebesaran ini, orang yang paling banyak sekali berfikir ialah isteri kita. Memerahkan otaknya menghias ruang tamu dan hidangan meja untuk menceriakan hari tersebut. Yang paling menjemukan kita ialah apabila dia mengajak kita pergi shopping. Suami yang paling susah hati ialah isterinya yang bekerja yang ada duit sendiri. Kita tiada ‘kuasa’ untuk menahan kehendaknya. Kita lebih rela menjaga anak di restoren atau taman kanak-kanak yang berdekatan dengan kompleks beli belah dari mengekor isteri kita bershopping. Bukan kita tidak suka dia membeli barang-barang untuk hiasan rumah dan juga anak-anak sebab kesemuanya itu adalah untuk memudahkan diri kita juga. Tetapi cara isteri kita shopping itu yang sangat menjemukan kita.

Mana tidaknya, dia akan tawaf satu komplek dulu 2-3 jam dan akhirnya barulah beli barang yang nak dibeli itu. Kita suami ni pula membeli secara objektif, sampai ke car park, terus ke kedai, beli, bayar dan terus pulang. 2-3 minit aje.

Lagi menjemukan kita bila dia inginkan pendapat kedua dari kita seperti, “Bang, kain ni sesuai tak dengan Yah?” sambil diletaknya sedikit hujung kain yang masih bergolong di rak pameran di atas lengannya. Kita pun kata, “Ennn, cantik?. Kemudian dia akan ambil lagi kain yang disebelah dan diletak lagi di atas lengannya dan malah kali ini dilabuhkannya sampai ke hujung kaki dengan bertanya sekali lagi, “Yang ini pula Bang?,”. Kita pun menjawab, “Cantik juga?”. Dia pun naik kelabu fikiranya dan meminta kepastian, “Abang cakaplah betul-betul, yang mana sesuai untuk Yah?” Kita mula naik ‘fed up’. “Mana-mana aje lah” . Dengan meninggikan sikit suara agar cepat-cepat dia membuat keputusan.

Apabila dia tengok muka kita dah naik mencuka, dia pun letakkan kembali kedua-dua kain tadi dan terus beralih ke bahagian kanak-kanak untuk membeli pakaian anak-anak kita. Kita pun terasa puas dengan anggapan yang isteri kita tahu yang kita sedang marah padanya sebab banyak sangat membuang masa. Bila balik ke rumah isteri kita pula asyik bermasam muka sedangkan pakaian anak-anak semua dah dibelikan dan bahan-bahan untuk buat kek dan biskut pun semuanya lengkap. Kita pun naik pening. Harapan isteri kita pada pagi tadi yang begitu tinggi keseronokan pergi bershopping akhirnya bertukar kepada malam yang bermuram durja.

Mengapa boleh terjadi demikian?

  1. Semasa kita keluar bersama-sama dengan isteri tadi, kita tidak dengan niat yang benar-benar mahu menolong dan menghiburkannya. Di dalam otak pemikiran kita masih ada agenda lain yang kita rasa lebih penting yang masih kita fikirkan. Atau kita telah membuat temujanji dengan kawan-kawan kita pada waktu yang tertentu pada sebelah petang hari itu juga. Ini menyebabkan fikiran kira sentiasa mendoakan agar aturcara shopping ini berakhir tepat mengikut apa yang kita jadualkan. Oleh itu jika isteri kita asyik membelek satu-satu kain ambil masa yang lama, kita mulalah nak menjadi ‘time-keeper’. Jika lebih waktu, kita mula naik ‘hot’.
  2. Kebanyakan isteri kita ni amat teliti semasa membeli-belah dan ingin berjimat agar duit yang dia belanjakan itu bernilai tinggi baginya. Diikuti pula dengan cara pemikiran mereka yang menilai sesuatu barangan itu dari pelbagai sudut. Kalau kita sang suami hanya fokus kepada harganya sahaja. Tetapi isteri akan melihat dari sudut kesesuaian dengan kasutnya, sesuai dengan warna kulitnya, ada tak rakan sepejabatnya yang memiliki kain yang sama dan sebagainya. Inilah menyebabkan dia susah nak membuat keputusan. Maka pandangan kedua dari kitalah yang dia harap-harapkan sebagai kata pemutus. Jika kita kata, “Abang suka yang ini sebab corak dan warnanya memang abang suka.” Pasti dia akan kembang kincup hidungnya dan terus membeli kain itu dengan hati yang riang. Nanti apabila rakan-rakannya komen, dia akan berkata, “Baju ini abang I yang pilih kainnya”. Di berasa puas yang kasihnya terbelai. Abangnya telah menghargainya. Dengan hanya menyatakan sukanya kita atas pilih itu sudah cukup untuk mengembirakan dia pada bulan itu. Bukankah kita juga yang bahagia jika isteri kita gembira.

  1. Pergi shopping adalah satu aktiviti yang dapat menghilangkan stress bagi isteri kita dan malah menyeronokan pula kerana:
    1. Hiasan di komplek itu menyeronokkan dan melegakan dia. Sebab di rumah dah jemu hiasan dalamnya.
    2. Pengunjung yang juga bershopping adalah “peragawati” bagi isteri ini melihat fesyen yang mereka pakai.
    3. Dia pula yang sengaja mengenakan fesyen up-to-date, menjadi jelingan rujukan pengunjung yang lain juga. Rasa megah di hati jika ada yang jelling padanya.
    4. Hiasan perabut dan susun-atur di kedai adalah rujukan hiasan dalaman di rumahnya.
    5. Dapat memegang dan memakai pakaian yang diminati, lebih meningkatkan kepuasan menilai pakaian sebelum dibeli.
    6. Mengetahui harga barangan terkini adalah satu senjata tawar menawar untuk mendapatkan harga termurah, terkualiti dan terpuas.
    7. Dapat membeli barangan / pakaian yang diimpikannya (diangan2kan) itu laksana bulan jatuh ke riba, 2-3 hari masih seronok menceritakan kepuasan dapat memilikinya.

Oleh itu, jika kita telah bersetuju untuk bersama dengannya pergi ‘shopping’, maka letakkan niat untuk menolong dan menghiburkannya pada hari itu. Sebelum melangkah ke pintu, Angkat tangan dan tadah ke langit dengan menyebut niat,

“Sahaja aku keluar shopping untuk menghiburkan isteri pada hari ini kerana Allah Ta’ala”.

Kosongkan agenda lain yang mungkin mengganggu perjalanan agenda shopping di kepala kita. Pohonlah keberkatan dari Allah sehari bersama dengannya ini.

Selamat Mencuba dan semoga anda semua mendapat manfaat darinya.

Category: , , , |
��
Saturday, November 21, 2009 | Posted in , , ,

Walaawei...bagi satu jam lagi hujan tak berenti kita gerenti rumah kita akan tenggelam. Ini dah kali kedua berlaku. Dua minggu lepas pun dah camni. Habis lumpur masuk kat dapur. Tapi kita tak kisah sangat la sebab lepas raya nanti kita dah pindah rumah baru. Lagi pun duduk rumah ni tak berapa best la...banyak masalah sangat. Ada toyol la. Percaya tak?. Haa..bab ni kena cerita lain kali la. Panjang sangat ceritanya. 



Nota : Pompuan kat dalam gambar tu tiada kena mengena dengan hujan atau banjir. Dia hanya dijemput untuk sebagai model bagi mencantikkan lagi gambar dan menambahkan 'real' musim banjir. Cheewah....

Kemaskini : Nak dijadikan cerita memang rumah ni pelik sikit sebab masa mula-mula kami duduk tu dah rasa lain macam tapi kami buat tak tahu jer. Bila masuk dapur ke atau tengah mandi terasa cam ada orang dok perati jer. Kami ni bukan takut sangat tapi malu la bila tengah mandi orang dok perati.

Nak dijadikan cerita lagi selepas dua minggu rasanya kami merantau ke Jeli...kompeni ada la bagi satu Pajero buruk untuk gun
akan kat site. Selepas dua hari Pajero tu kami guna....nasib betul-betul tak menyebelahi kami. Kami hanya sempat dengar deruman enjin Pajero tu buat kali terakhir pada pagi yang syahdu tu. Bayang Pajero tersebut pun kami tak sempat nak tengok buat kali terakhir. Hanya kunci jer yang boleh wat kenangan. Ehek...ehek...sedih, cemas dan takut kena marah dengan bos bercampur baur. Apa boleh buat bukan rezeki kami nak guna Pajero tu. Dah jadi rezeki perompak la kiranya. Sampai sekarang pun kami tak jumpalah lagi, entah dah jadi arwah pun tak tahu.

Cerita Pajero hilang dah tak jadi isu lagi sehingga kami pun dah lupakannya. Memang betul-betul nak jadi cerita, ada la operater crane yang menumpang tinggal dengan kami. Selang lebih kurang seminggu lebih jer cina ni tinggal ngan kitorang dia dah mengadu hilang digital camera. Yang mengherankan ; kamera tersebut disimpan dalam beg dan diletakkan dalam bilik. Lagipun hari tersebut ada Safety Officer yang bercuti tinggal kat rumah. Takkan la tak sedar pencuri naik dan masuk bilik. Itu tak pelah, mungkin boleh cakap cina tu cuai ke apa.

Beberapa hari kemudian, pada pagi yang dingin diiringi hujan yang mencurah-curah cina ni dah menyumpah-nyumpah. Bila ditanya baru cakap yang pouch bag dan dompet duitnya dah hilang. Hmm...takkan la kot kata aku dalam hati sebab aku tidur kat ruang tamu dan tak dak pulak rasanya bunyi orang masuk rumah. Tapi bila bukak jer pintu depan, tengok-tengok pouch bag dan dompet ada kat tangga luar rumah. Jumlah duit RM70.00 tinggal RM10.00 dan rokok yang masih berbaki separuh tinggal 3, 4 batang jer. Huh...misteri sungguh sebab bila di 'check', semua pintu berkunci rapat tanpa ada nampak dicungkil. Kerja sapa la ni. Nak kata pencuri pun nampak cam baik sangat sebab masih tinggalkan baki duit dan tak bawa lari dompet tu. Aku punya duit yang disimpan dalam jaket tak la pula diusik. Handphone dan laptop tak jugak diangkut sekali. Memang betul-betul misteri jadinya. Tapi bila di 'compare' ngan cerita-cerita penyewa sebelum ni kiranya tak pelik la. Hish...takkan toyol la kut. Zaman dah moden camni, ada ker lagi manusia yang cari duit dengan cara tu. Arghhh....biar la, malas nak pikir benda-benda misteri dan tahyul camtu. Jangan kena aku dah........

Category: , , , |
��