Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Fungsinya untuk menarik dan membuang nafas, tp ada lg rahsia yg mungkin tak ramai yg tahu.
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
UNTUK SAKIT KEPALA: Cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh . Insyallah.
UNTUK LELAH: Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
Fakta:
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin .
Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Testimoni :
(dari pesakit yg mengalami sakit kepala berpanjangan)
"Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi."
" Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil .
Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya "
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
Selamat mencuba
SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH
Salam...berbahagialah dan bergembiralah menjadi seorang ayah....
Bila mak tak tenteram ketika mengandungkan anak, ayah menemani mak...ayah tak kisah
Bila mak beranak, ayah jaga mak, ayah memasak sambil jaga anak yg lain...ayah tak kisah
Bila anak nangis, mak marah anak, ayah marah balik mak, mak pergi pujuk anak...ayah tak kisah
Bila dapat gaji, ayah bagi duit kat mak utk cukupkan belanja...ayah tak kisah.
Bila baju sekolah ngan baju harian dah buruk,ayah suruh mak beli baju baru, sedang baju ayah sendiri dah lusuh, seluar dalamnya dah tetas...ayah tak kisah
Bila ayah lepaskan anaknya utk berkahwen, tiada yg tanya perasaan ayah yg menangis dihati melepaskan anak yg dia sayang dan kaseh...ayah tak kisah
Bila anak peluk mak, tunjukkan sayang mak,ayah pendam rasa...ayah tak kisah.
Bila anak tak datang menjunguk ayah menghitung hari..di suruh mak menelefon anaknya bertanya khabar.... Bila anak nak balik ayah ingatkan mak makanan kegemaran anak, mak masak dapat pujian...ayah tak kisah
Bila anak berjaya dalam pelajaran, ayah nangis gembira di dalam bilik,tiada yg tahu...ayah tak kisah
Bila anak telefon duk cakap rindu kat mak, tapi langsung taknak cakap dgn ayah, ayah sedih tapi janji mak gembira...ayah tak kisah
Begitulah pengorbanan seorang ayah. Dia tak kisah bajunya carik, dia tak kisah badannya letih, dia tak kisah jika tiada yg merinduinya, dia tak kisah jika semua pujian dilemparkan pada mak...kerana yang dia kisah...agar anaknya membesar dgn baik, cantik baju dan akhlaknya, agar isterinya bahagia, agar keluarganya hidup sempurna...ayah seorang jeneral yg tak pernah mintak balasan atas segala usaha murninya, jadi...sayangilah ayah kita sebagaimana kita sayangi mak kita...ayuh!!!
Kaseh ibu membawa ke syurga...kaseh ayah pula sepanjang masa....
Diari seorang ayah.
Bacalah...sedih? Jom kita renung2kn.

Hari ni sepatutnya aku gerak awal dari rumah tapi disebabkan anak yang nombor dua tu dah nyanyi lagu sentimental pagi-pagi maka jadi lewat gak la aku hari ni. Biasa la anak-anak mungkin dia rasa kehilangan kut bila Abinya selalu tinggalkan dia sekarang ni. Tapi yang bongsu tak de apa la pulak. Biasanya yang nilah yang selalu nyanyi lagu sentimental. Hmmm...anak-anak buat abinya rasa syahdu pulak pagi-pagi nih. Kang aku tak gi kerja kang.
1) Seorang ayah yang memilihkan ibu yang tidak baik untuk anak-anaknya iaitu bukan dari kalangan perempuan solehah sebagai isteri. Peri pentingnya seorang lelaki memilih calon ibu yang baik untuk mengandungkan benihnya dikalangan wanita yang solehah kerana wanita yang solehah sahaja yang mampu mendidik anak-anak mengikut acuan Islam dengan iman dan taqwa.
2) Seorang ayah yang tidak mengajar anak-anak membaca Al-Quran sejak dari kecil sedang dirinya sendiri tidak pernah melagukan Al-Quran di rumahnya dan tidak mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam kalam suci itu.
3) Seorang ayah yang mencari rezeki yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, dari sumber yang shubhah yakni dari sum
4) Seorang ayah yang terlalu memenuhi keinginan duniawi anak-anaknya secara melampaui batas, segala kemahuan dituruti tanpa sebarang pertimbangan yang wajar. Bila mana anaknya membesar menjadi insan yang terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain hatta keluarganya sendiri.
Renung-renungkanlah saudaraku..
Kadang-kadang bila di dalam hidup kita dirundung masalah yang tidak pernah putus-putus, cuba kita muhasabah diri bagaimanakah hubungan kita dengan Allah selama ini dan bagaimanakah hubungan kita dengan ibu dan ayah kita. Cubalah koreksi diri sendiri adakah solat kita sempurna, rezeki yang kita perolehi selama ini adakah berkat, dan adakah kita telah mengeluarkan zakat. Mungkin selama ini hati kita masih lagi kotor dengan dosa yang kita lakukan tanpa pernah bertaubat. Ayuhlah semua dirikan solat sunat taubat semoga diri kita, keluarga kita, anak- anak kita dikurniakan hati yang bersih, barulah kebahagiaan akan dapat kita kecapi.
Renung-renungkanlah ...
****Nota : Gambar di atas tiada kena mengena dengan artikel. Hanya untuk menunjukkan kehenseman tuan punya blog semata-mata. He...he...he...entahlah semenjak dua menjak ni selalu jer rasa hensem tu bertambah lak.

Selain dari istana besar-besar, lamborghini, porche, jet peribadi, helikopter, ladang epal dan strawberi juga lain-lain kekayaan...hanya inilah harta yang aku cukup sayang dan paling aku hargai. Maka sebab itulah aku dah tak punya lagi harta-harta yang aku sebutkan kat atas tadi. Semuanya dah aku sedekahkan kat member aku untuk diorang buat modal bisnes. Kalau korang nak tau Bill Gates kaya tu sebab aku yang bagi dia modallah. He...he...he...hebat gak aku nih.
Mari Kiter Kongsi Bersama.... Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala u
mur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita... DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi janga
n ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar.. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita." HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada seb
anyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.
Tips :
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang k
esayangan mereka walaupun sudah rosak.. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Sekian....
Nota : Gambar di atas hanya hiasan, tiada kena-mengena ngan tajuk kat atas deh...

Dilahirkan pada 23hb. September, 2003 di Hospital USM Kubang Kerian dengan cara pembedahan caesarean. Sebenarnya orang rumah aku tak ada masalah untuk melahirkan secara normal tetapi atas nasihat doktor di sana dan keselamat
an bayi maka kami mengikut saja apa yang baik. Mengikut apa yang diberitahu doktor, mereka tak dapat pastikan apakah yang mereka nampak sewaktu x ray dilakukan - mereka hanya membuat jangkaan awal sahaja. Sebenarnya pada waktu itu kami menetap di Bandar Pusat Jengka dan perkara ini telah dapat dikesan oleh doktor di sana. Penjelasan yang kurang jelas menyebabkan kami mengunjungi klinik pakar sakit puan swasta. Dan selepas diperiksa mereka menasihatkan kami merujuk kepada Hospital Mentakab. Di sana kami diminta lagi merujuk ke HKL. Rundingan dibuat, akhirnya kami bersetuju untuk merujuk kes ini ke HUSM Kubang Kerian.
Selepas sehari diperiksa dan di dalam wad, pihak hospital menasihatkan orang rumah aku melakukan pembedahan bagi mengelak komplikasi lain yang mungkin timbul. Maka berkejaranlah aku balik dari Bandar Pusat. Sampai pagi di HUSM, sempat aku mengiringi orang rumah ke dewan bedah. Sedih pulak rasa.Ya Allah sungguh besar dan berat ujian Mu.....pertama kali melihat anak aku, tak ada ayat yang boleh menggambarkan kesedihan dan pilu. Tergambar difikiran apalah kesudahannya nanti anak aku ini. Cacatkah atau sempurnakah anakku nanti. Usai azan dan iqamat aku dipanggil masuk bilik doktor. Sang doktor menerangkan serba sedikit tentang anak aku yang mana telah menambahkan lagi pedih dan sedih aku. Langsung aku tak dapat beri perhatian, cuma yang aku dengar, "anak you nanti kemungkinan akan cacat, tak boleh berjalan, tak boleh mengawal kencing atau berak, kepala akan membesar dan satu paip akan dimasukkan di dalam kepala dan...bla...bla...bla". Hek alamak....cukuplah doktor aku dah tak boleh nak dengar lagi, bukan nak bagi sokongan moral tapi......bengong betul doktor nih (dalam hati la).

Bila dah tenang sikit...aku cari member aku yang jadi doktor pakar kanser kat sana. Walaupun cara penerangannya sama dengan doktor sebelumnya tapi okey sikit. Mengikut beliau penyakit ni dinamakan 'myelomeningocele' yang mana dijumpai 1 dalam 100,000 atau 1,000,000. Pheww...camana nih. Kenapa kena kat anak aku. Ya Allahh...
Lima hari kemudian ketumbuhan tersebut pecah. Anak aku segera dikejarkan ke dewan bedah. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku pada masa tu. Aku bertawakkal sekiranya umur anak aku panjang aku boleh peluk lagi anak aku itu. Jika sebaliknya.....ishhh minta jauh.
Alhamdulillah pembedahan berjaya dan keadaan anak aku bertambah baik. Punggung tempat ketumbuhan tersebut bertambah normal. Namun begitu orang r
umah dan anak aku terpaksa menghuni HUSM selama lebih kurang sebulan. Dalam masa tersebut simptom sebagaimana doktor cakap tempohari memang menghantui. Memang ada tanda-tanda tak dapat mengawal kencing dan berak. Itu yang paling merisaukan aku. Hampir masuk bulan puasa, anak aku dapat discharge tetapi sebulan sekali kena balik ke HUSM untuk pemeriksaan dan mungkin pembedahan seterusnya perlu.Masuk bulan kelima anak aku dimasukkan sekali lagi ke HUSM untuk dibedah. Huh...apalah pulak kali nih. Empat jam di dalam bilik bedah memang cukup-cukup merisaukan aku. Duduk tak kena, bangun pun serba salah. Dahlah sebelum tu diora
ng dah ambil air tulang belakang depan-depan mata aku. Tapi menurut mereka, kali ini mereka ada ambil sampel untuk dihantar ke makmal bagi mengetahui punca sebenar. Buatlah apa yang patut doktor. Kali ni melihat keadaan anak aku selepas pembedahan amat mengerikan - wayar dimana-mana sehinggakan dikepala pun dicucuk jarum untuk masukkan ubat.Klik gambar di bawah untuk keterangan lanjut pasal 'myelomeningocele'
Tapi kiranya hari ni nasib baik sikit sebab kerja kat site lama, dekat ngan rumah. Pagi pergi ambik Mat Indon kat site Kuala Kubu Baru dulu, pahtu baru pergi ke site Bukit Sentosa. Dapat gak la selesai yang mana dikomen puak IWK masa inspection hari tu.
Pukul 3.30 pm kerja dah settle. Ishhk...masih ada masa lagi nih nak bawa anak jalan-jalan. Dengan tanpa berlengah maka aku pun meng'inform' anak bini b
Eh...betul-betul panas la. Percaya tak apa aku cakap?. Memang betul-betul panas, kalau orang yang tak biasa mandi air panas makinlah terasa panasnya. Pertama kali turun, tak boleh nak letak kaki hatta sampai 30 saat sekali pun. Tengok apek sebelah yang seminggu sekali pergi siap berendam lagi. Aku tanya apek, "Apek, boleh tahan ker you?". "Sulah biasa maaa...satu minggu satu kali wa latang sini, baik ooo...lenguh-lenguh ka, bengkak ka boleh hilang", jawab apek penuh takbur bila melihat aku dok angkat-angkat kaki dek tak tahan panas. Dalam hati aku berkata, "lantak kau la apek, jangan kau kencing dalam ni sudah la....nanti masin cam air laut pulak.
Anak-anak aku?. Huh...memang seronok la diorang mandi dan main sepuas-puasnya. Mungkin diorang cakap, peluang yang diberikan jangan dipersiakan. Yerlah...Abinya selalu sibuk, sekali sekala dapat peluang camni, tak boleh lepaskan begitu saja. Hujan yang lebat pun masih lagi dok bantai berenang. Abinya cakap dalam hati, "ambiklah peluang korang, entah bila pulak Abi nak bawak kau jalan-jalan tempat camni".
Haa...sapa-sapa yang nak merasa pengalaman merebus telur kat sini (amaran : jangan rebus telur sendiri) senang jer. Lokasinya berhampiran dengan pekan Batang Kali. Kalau dari KL atau Tanjong Malim, sampai kat api lip lap belok kiri melepasi stesyen bas, pekan, pam minyak Shell dan Petronas. Nanti korang akan jumpa satu lagi api lip-lap dan belok kiri. Alah....kat situ pun korang dah boleh nampak dia punya signboard. Korang masuk dalam lebih kurang 6 km. Kat sana ada disediakan chalet dan resort ala-ala Minangkabau gitu. Sapa-sapa yang nak mandi berjamaah bolehlah mandi kat kolam di luar. Bilik persendirian pun ada, tapi itu kena bayar la (kalau tak silap aku dewasa RM2 dan kanak-kanak RM1). Yang tu hakmilik persendirian. Yang kat luar tu diselenggara Majlis Daerah Hulu Selangor. Okeylah tu ada wakaf, ada tandas dan bilik persalinan. Kurang puashati sikit sebab masa aku pergi kolam kotor sikit.
Perjalanan ke sini memang menyiksakan sikit sebab jalan yang terlampau banyak korner baring sampai termuntah si Al-Baihaqi. Lagi satu sesiapa yang berniat nak datang sini : Penuhkan tangki minyak anda sebelum bertolak ke sini. Satu hari aku dok pusing-pusing kat sini tak jumpa pulak stesyen minyak. Stesyen makan dan kencing ada la.
Satu lagi peringatan buat yang dah pasang angan-angan. Rancanglah perjalanan anda supaya anda dan keluarga anda tidak tertunggu-tunggu kat gate. Aku pun tak tahu sebenarnya camni. Sebelum pergi tadi aku ada singgah tujuh sebelas kat KKB. Buat-buat la tanya apek peramah kat situ mana jalan mau pegi Fraser Hill. Betul aku cakap apek ni betul-betul peramah, lepas bagitau jalan dia tanya aku balik sekarang jam berapa. Cakapla baru 10.30 am. Ooo...sempat lagi. Ngam la you sampai sana. Aku tak tahu la apa apek tu melalut...layan jer la. Bila sampai sana baru aku tau. Oooo....nak kena bergilir jalan rupanya. Okey...untuk panduan korang gambar kat sebelah tu adalah jadual kawalan lalulintas waktu turun dan naik. Kalau silap perancangan rugi masa jer nanti.
Dengar ceritanya situasi camni mungkin tak lama dah. Sekarang diorang (diorang tu sapa?...tah) tengah dok bikin jalan baru. So bila dah siap nanti tak derlah nak kena bergilir jalan lagi. Satu jalan untuk naik dan satu jalan lagi untuk turun. Okey la tu...dah siap nanti boleh la aku pergi lagi sekali. Ada sape-sape nak konvoi nanti??!!
Walau macamana tak best pun, kiranya rasa seronok jugak la dapat luang masa ngan anak-anak. Tengok anak seronok, kita mak bapak pun tumpang seronok. Cari pitis pun bukan untuk diri sendiri dah. Melainkan semuanya untuk anak-anak dan isteri. Alhamdulillah atas rezeki yang Tuhan bagi.
Psstt....gambar di sebelah tu kiranya gambar terrrromantik yang pernah dirakam. Tu pun mintak tolong ngan anak cina mana tah ambikkan. Maklumlah sekarang ni pemalu sikit. Dulu lainlah masa jadi model...............model tembakau darat. Huhu.

Ini lah abang ipar aku. Nama betul tak payah cakaplah sebab kami lebih suka panggil nama timang-timangannya - Jack. Kerja pun tak payah publishlah tapi hobinya main golf. Abang aku ni memang okey ngan adik beradik. Sanggup bersusah payah untuk keluarga. Bab ni aku betul-betul salutelah. Aku pun kadang-kadang naik malu ngan abang aku sorang nih.
Apa-apa pun dia abang yang best walaupun dia lebih muda dari aku. Aik...camana tu?!. Habis dah aku kahwin ngan adik dia. Memang layak la dia jadi abang aku.
About Me
Labels
- Agama
- Am
- Banjir
- Batrisyia
- Buka Puasa
- Bukit Beruntung
- Cameron Highlands
- Cerita Lawak
- Cuti
- Dasyat
- Fakta
- Fraser Hill
- Imej Baru
- Islam
- Jeli
- Job Site
- Kampung
- Kawan
- Keluarga
- Kemalangan
- Kenduri
- Kerja
- KKB
- Loak
- medic
- Mek
- Mimbar
- Mother's Day
- Motivasi
- Myelomeningocele
- Nasihat
- Nyamannyerrr
- pembinaan
- pengajaran
- Percutian
- Picnic
- Politeknik Jeli
- Qistina
- Radio Amatur
- Ramadhan
- Renungan
- Tazkirah
- Teladan
- Thai
- Toyol
- Ubat
