Tuesday, December 24, 2013 | Posted in

7 PERKARA KEANEHAN WANITA

1.Berlubang Tapi Tak Bocor.

2.Ditusuk Tapi Tak Mati.

3.Berdarah Tapi T  ak Terluka.

4.Merintih Tapi Menikmati.

5.Menjerit Tapi Minta Lagi.

6.Cakap Sakit Tapi tak serik.

7. Digempur Tapi Tidak Menyerah,Malah Pasang Kuda-Kuda.

Memang Luar Biasa Disebut Mahluk Lemah Tapi Survey Telah Membuktikan,Bahwa Wanita Jauh Lebih Kuat Dari Lelaki Kerana Wanita Jika Kemana-mana mampu Bawa 2 Gunung dan 1 dunia fantasi, Sedangkan Lelaki Hanya mampu Membawa 2 Biji Telur Saja, Itupun Masih Dibantu Oleh Seekor Burung….?

WAAAH BETAPA HEBATNYA SEORANG WANITA…makanya jangan macam-macam dgn wanita..

Mengapa harga burung mahal? Karana Ada 4 kelebihan Burung: (Khusus yg Jantan)

1.Boleh masuk ke dalam gua tanpa torchlight.

2.Boleh mengapit telor tanpa pecah..

3.Boleh jd mic tanpa ada kabeL.

4.Boleh tegang tanpa aliran Letrik..

Sifat bAiKnya:

1.DiSiPLiN : selalu bangun awal pagi.

2.HORMaT: kali lihat makwe sexy slalu berdiri.

3.SOPAN:tiap kali lihat nenek2 terus tunduK...

Jangan sebarkan pd smua orang ya...nanti harga burung melambung tinggi..

Category: |
��
Friday, November 08, 2013 | Posted in ,

Pengertian Gelombang Elektromagnetik adalah gelombang yang dapat merambat walau tidak ada medium. Energi elektromagnetik merambat dalam gelombang dengan beberapa karakter yang boleh diukur, yaitu: panjang gelombang/wavelength, frekuensi, amplitude/amplitude, kecepatan. Amplitudo adalah tinggi gelombang, sedangkan panjanggelombang adalah jarak antara dua puncak. 

Frekuensi adalah jumlah gelombang yang melalui suatu titik dalam satu waktu. Frekuensi tergantung dari kecepatan merambatnya gelombang. Kerana kecepatan energi elektromagnetik adalah konstan (kecepatan cahaya), panjang gelombang dan frekuensi berbanding terbalik. Semakin panjang suatu gelombang, semakin rendah frekuensinya, dan semakin pendek suatu gelombang semakin tinggi frekuensinya.

Energi elektromagnetik dipancarkan atau dilepaskan oleh semua masa di alam semesta pada level yang berbeda beda. Semakin tinggi level energi dalam suatu sumber energi, semakin rendah panjang gelombang dari energi yang dihasilkan, dan semakin tinggi frekuensinya. Perbedaan karakteristik energi gelombang digunakan untuk mengelompokkan energi elektromagnetik.

Category: , |
��
Saturday, October 19, 2013 | Posted in ,

BISMILLAHI RAHMANI RAHIM         
INNA A'TTOINA KALKAUTSAR          FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR         

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di syurga, kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.         

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.         

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.         

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:         
☆ baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.        

☆ jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga      
   
☆ jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.         
☆ jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu         

☆ jika membacanya 1, 000 kali rezeki kita akan bertambah         

☆ jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat         

☆ jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.      

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)      
   
1) biarkan di dalam ini tanpa bermanfaat untuk orang lain.         
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.         

Rasulullah bersabda, Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.         
SELAMAT BERAMAL... PINJAM 3MINIT UTK BACA NI..JGN LUPA KONGSI.

Category: , |
��
Tuesday, October 15, 2013 | Posted in ,

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu di lap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian di lap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara ! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

Category: , |
��
Tuesday, October 08, 2013 | Posted in

"SAYA MAHU JADI TELEVISYEN"

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak mu ridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

'Kenapa menangis ni?'

'Lihatlah karangan budak ni..'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah Televisyen

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.
Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.
Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.
Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
'Abang, itu karangan anak kita!'

Jika diperhatikan skrg ni.. suami & isteri masing2 dok sibuk belek n focus hp masing2..layan email..facebook.. whatsapp..wechat.. kdg2 anak2 dok tgk je dri jauh sambil main mainannya.. jgn pulak nnti anak2 kita pulak buat essei.. 'Jdikn saya sebuah Handphone'.. huhu

Sama2 la kita berikn prhatian pd insan2 dsekeliling yg perlukn perhatian n kasih syg kita..

Category: |
��
Tuesday, October 08, 2013 | Posted in , ,

Assalamualaikum

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Sedikit daripada yg banyak rahsia solat dan saintifik.

MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalm kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. 
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat Pengasih dan PenyayangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya.
Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.

SUBUH
sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 

ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. 

Dan ketahuilah olehmu..
Apa yang ada di dunia alam ini tidak akan memberi kesan dan sebarang manfaat, melainkan kekuasaan Allah s.w.t dan keizinan Nya.

Category: , , |
��
Thursday, September 19, 2013 | Posted in

KISAH RASULULLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG TETESAN AIR HUJAN

Diriwayatkan (Al-Mustadrah Syeikh An-Nuri, jilid 5: 355, hadis ke 72) bahwa Rasulullah saw bersabda, “Disaat aku tiba di langit di malam Isra’ Miraj, aku melihat satu malaikat memiliki 1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari. Aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu. Aku bertanya kepada Jibril  as, pendampingku, ‘Siapa gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?.’Jibril berkata, Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung tetesan air hujan yang turun dari langit ke bumi.’ Rasulullah saw bertanya kepada malaikat tadi, ‘Apakah kamu tahu berapa bilangan tetesan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?. ’ Malaikat itupun berkata, ‘Wahai Rasulullah saw, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran), sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah tetesan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai diciptakan Adam as sampai sekarang ini, begitu pula aku mengetahui jumlah tetetas yang turun ke laut, ke darat, ke hutan          rimba, ke gunung-gunung, ke lembah-          lembah, ke sungai-sungai, ke sawah-          sawah dan ke tempat yang tidak  diketahui manusia.          ’          Mendengar uraian malaikat tadi,          Rasuluallah saw sangat takjub dan          bangga atas kecerdasannya dalam          menghitung tetesan air hujan.          Kemudian malaikat tadi berkata kepada          beliau,          ‘Wahai Rasulullah saw, walaupun aku          memiliki seribu tangan dan          sejuta jari dan diberikan kepandaian dan          keulungan untuk          menghitung tetesan air hujan yang yang          turun dari langit ke bumi, tapi aku          memiliki kekurangan dan kelemahan.          ’ Rasulullah saw pun bertanya,          ‘Apa kekurangan dan kelemahan kamu?.          ’ Malaikat itupun menjawab,          ‘Kekurangan dan kelemahanku, wahai          Rasulullah, jika umatmu          berkumpul di satu tempat, mereka          menyebut namamu lalu          bershalawat atasmu, pada saat itu aku          tidak bisa menghitung berapa banyaknya          pahala yang diberikan Allah kepada          mereka atas          shalawat yang mereka ucapkan atas          dirimu."          اللهم صل علي سيدنا محمد و علي ال محمد         

Category: |
��
Tuesday, September 10, 2013 | Posted in
Gambar hiasan Lenovo P780

Test

Kes penipuan barangan elektronik sekarang semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone 4S pun boleh di ciplak oleh China. Di sini ada tips macam mana nak check atau tentukan sama ada handphone tu original ataupun cap ayam.

Check it out !! Ikut langkah-langkah seperti di bawah ni :

Taip *#06#
Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
Untuk semak sama ada phone ANDA ori atau tidak, check kod di bawah.

02 atau 20 [dari Kilang Emirates atau India] = LOW QUALITY
08 atau 80 [dari Kilang Germany] = FAIR QUALITY
03 @ 30 atau 04 @ 40 [dari Kilang China] = GOOD
06 atau 60 [dari Kilang Hong Kong, China atau Mexico] = GOOD
05 atau 50 [dari Kilang Brazil, USA atau Finland] = VERY GOOD
01 atau 10 [dari Kilang Finland] = VERY GOOD
00 [dari Kilang Asal Handphone] = BEST MOBILE QUALITY
13 [dari Kilang Azerbaijan] = VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Apa lagi, jom check handphone anda, moga-moga original..!!

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway
Category: |
��
Monday, September 09, 2013 | Posted in ,

Kafir: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah

Kafir: Baitullah tu apa?

Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah.

Kafir: Allah ada dalam tu?

Muslim: Tak..

Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?

Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu...

Kafir: Kau sembah apa?

Muslim: Aku sembah Allah SWT.

Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?

Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah.

Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya ku sembah Kaabah la.

Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?

Kafir: Pernah.. selalu...

Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?

Kafir: Tengok perlawanan bola la.

Muslim: Di mana?

Kafir: Dalam TV la...

Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.

Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada...

Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

Kafir: Jadi...?

Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?

Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu...

Muslim: Peliknya...

Kafir: Sebab apa pulak pelik?

Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...

Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya...

Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?

Kafir: Ya.. tak pelik

Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah...

Kafir: Erk.. kau betul..

Semoga beroleh kefahaman dan manfaat.

Category: , |
��
Monday, September 02, 2013 | Posted in ,

SEJARAH KITA PERLU TAHU...(317-339 Hijrah) 929-952 Masihi.
TENTERA SYIAH MENYERANG KAABAH...(317-339 Hijrah) 929-952 Masihi.

Hari Al Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijah), tentera Syiah Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, kemudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar batu hitam (Hajar Aswad) dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil. Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah [saluran untuk menyalurkan air (sekiranya hujan) dari atas Kaabah].

Pabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati. Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah, Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya kedalam telaga Zam-Zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini dengan batu yang besar.Wanita Qurmuti (pengikut syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air. Mereka (wanita Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan.Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke langit dan berkata: “ Akulah yang berani mencabar ALLAH, akulah yang berani mencabar Tuhan, DIA mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua (jemaah haji)”.Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajar Aswad juga menjerit ke langit: “Dimana burung-burung Ababil ENGKAU? Dimana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) ENGKAU?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.

Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa batu hitam (Hajar Aswad) jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang pasir. Kemudian mereka membina ‘AinulKuaibah’ dan meletakkan batu hitam itu (Hajar Aswad) di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai mengerjakan haji di situ (AinulKuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi.Selama 22 tahun orang Muslim tidak mengerjakan haji.Kemudian, Khalifah (Al-Muktadir Billah) menyerang pengikut-pengikut Qurmutiah dan membunuh mereka dalam peperangan antara 80 ribu askar menentang 3 ribu askar Qurmutiah. Satu kumpulan kecil Qurmutiah, lebih kurang 10 buah keluarga dapat melarikan diri ke Syria (Bilad Al-Sham) kemudian ke Jabal Al-Arab, sebuah gunung di Arab dan menyembunyikan diri supaya tidak dibunuh, salah sebuah keluarga tersebut adalah ((Al-Assad))."

kitab al- Bidayah Wa an-   oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir"Imam Al-Ghazali berkata: “ Syiah Qurmutiah adalah rofidah (keluar dari Islam) dari luar , kafir dari dalam”.Imam Ibn-Taimyah berkata: “ Syiah adalah batiniyah (ajaran yang menyimpang dari agama Islam) dan musuh kepada Islam, dan yang lebih teruk kekafirannya adalah Qurmotiyah, mereka akan berlakon bahawa mereka adalah Muslim Shiah dan bila mereka mendapat peluang, mereka akan membuka pintu kepada musuh-musuh Islam untuk mengkhianati kita, mereka (Qurmotiyah) telah jauh tersasar dari Quran dan Hadis.Salah sebuah peninggalan Qurmotiyah ini adalah ‘Ainul Kuaibah”, di Al Ahsa (bangunan yang mereka dakwa untuk menggantikan Kaabah yang mana mereka meletak batu hitam (Hajar Aswad) dan menyuruh umat Islam menunaikan haji di situ.

Category: , |
��
Friday, August 30, 2013 | Posted in , ,

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.
“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri.

Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

* Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun.

* Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluk yang menghuni bersama manusia akan selamat.

~Salam Jumaat~

Category: , , |
��
Friday, August 30, 2013 | Posted in

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi (29hb Ogos, 2013) mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu
28,926 menyertai kongsi gelap India,
8,214 (kongsi gelap Cina) dan
1,923 (kongsi gelap Melayu).

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertaI kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Senarai ⛔49⛔pertubuhan kongsi gelap:

⛔1. Geng 04
Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur

⛔2. Geng 08
Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

⛔3. Double 7
Seluruh Semenanjung Malaysia

⛔4. Tiga Line
Dikesan aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak

⛔5. Geng 30
Seluruh Semenanjung Malaysia

⛔6. Geng 38
Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru

⛔7. Geng 24
Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor

⛔8. Geng 18
Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor

⛔9. Geng 36
Jumlah keanggotaan dianggarkan seramia 8,512 orang dan aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

⛔10. Geng 21
Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

⛔11. Ang Soon Thong
Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

⛔12. Wah Kee
Aktif di tujuh kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor

⛔13. Sio Sam Ong
Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor

⛔14. PNEH
Aktif di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor

⛔15. Hong Hong San
Dikesan bergiat di dua kawasan sekitar Kuala Lumpur

⛔16. Hai San
Aktif di Perak

⛔17. Siang Ang Bin
Aktif di Kuala Lumpur

⛔18. New Cell 20
Aktif di Perak

⛔19. Jit It Hai
Kumpulan kini wujud di tiga kawasan iaitu di Johor, Kuala Lumpur dan Perak

⛔20. Sio Koon Tong
Bergiat di satu kawasan saja iaitu di Johor

⛔21. Gee Lam Kor
Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

⛔22. Gee Ah Eng
Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur

⛔23. Loh Kuan
Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur

⛔24. Tiang Yee Tong
Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

⛔25. Geng Leng Hor
Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

⛔26. Geng 35
Dikesan sangat aktif di 32 kawasan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang

⛔27. Geng 303
Dikesan sangat aktif di kawasan Selangor

⛔28. Geng Satu Hati
Beroperasi di kawasan Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air

⛔29. ATAP
Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah

⛔30. Hung Ann
Kumpulan ini aktif di daerah Tawau, Sabah

⛔31. Sui Yuk
Kumpulan ini aktif di daerah Penampang, Sabah

⛔32. Otai
Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah

⛔33. Borneo Red EMP
Kumpulan ini aktif di Petagas dan Jumbo, Sabah

⛔34. Ah Ngau
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

⛔35. Batu Tiga
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

⛔36. Ah Feng
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

⛔37. Batu 10
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

⛔38. Sibu Ti
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

⛔39. Ah Seng
Kumpulan ini aktif di Sarekei, Sarawak

⛔40. Ah Chin
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

⛔41. Lee Lung
Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

⛔42. Lo Han
Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

⛔43. Sg Merah
Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

⛔44. Sg Badut
Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

⛔45. Ting Ching Lee
Kumpulan ini aktif di Bintulu, Sarawak

⛔46. Tua Cak Lee
Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

⛔47. Teksi Station
Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

⛔48. Pintu Merah
Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

⛔49. Krokop
Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

***Adakah kita masih boleh katakan negara bertuah kita ni masih selamat dan AMAN. Adakah sekarang kita boleh rasa selamat untuk ke mana2??

Category: |
��
Friday, August 30, 2013 | Posted in ,

Satu = Neng
Dua = Song
Tiga = Saam
Empat = Si
Lima = Ha
Enam = Houk
Tujuh = Chet
Lapan = Ped
Sembilan = Kaw
Sepuluh = Sib

sawaddi krab/kha = selamat sejahtera ( "krab/khab" ditutur oleh boy dan "kha" ditutur oleh girl)

Selamat Pagi = Arun Sawad
Selamat Malam = Ratree Sawad
Selamat Tinggal = La korn
Apa Khabar? = Sabai di Mai?
Khabar Baik = Sabai di
Terima Kasih = Khob Khun
Terima Kasih (diucap oleh lelaki) = Khob Khun Krab (ada kalanya disebut Khob Khun Khab)
Terima Kasih (diucap oleh perempuan = Khob Khun Kha
Awak tinggal di mana? = Khun ju thi nai
Awak dari mana? = Khun ma chak nai
Bolehkah awak cakap bahasa Thai? = Khun phud phasa Thai dai mai?
Ya (diucap oleh lelaki) = Krab/Khab
Ya (diucap oleh perempuan = Kha
Ya = Chai
Boleh = Dai
Tidak = Mai
Tidak boleh = Mai Dai
pergi = Peai/pai
mari = Ma
Makan = Kin
Minum = Deum
Beritahu = Bouk/Bok
Tahu = Roou (lalau bahasa bm disebut 'ru')
Tidak Tahu = Mai Roou
Tidak Pandai = Mai Pen
Mahu = Aw/Ao
Tidak Mahu = Mai Aw
Di mana? = Thi nai?
Bila = Mea rai
Siapa = Khrai
Apa = Arai
kedai = Rarn
Jalan = Thanon
Rumah = Ban
Wang = ngen
Market = Talat
Ini Berapa? = Ni thau rai?
Itu Berapa? = Nan thau rai?
Mahal = Pheng
Murah = Thook
Banyak = Mak Mak (kalau nak ucap terima kasih byk2, ucap la "Khob Khun Mak Mak")
Sikit = Nid Noi
Senyum = Jim (kalau nak suruh awek senyum sikit, korang cakap la "Jim Noi")
saya (ditutur oleh girl) = chan
saya (ditutur oleh boy) = phom
cinta = rak
Suka = chob
kamu = ther
saya cintakan kamu/awak = chan/phom rak ther
saya suka awak = chan/phom chob ther
cik/awak = Khun
Dia = Khau

Category: , |
��
Sunday, July 28, 2013 | Posted in , ,

Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.

8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.

9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.

10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.

11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.

12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.

15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.

Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya

Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sumber asal : http://www.lamankongsi.com/2013/01/15-ciri-ciri-penganut-syiah.html

Category: , , |
��
Saturday, July 27, 2013 | Posted in , ,

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya..

Pemuda : Anda siapa Dan apakah dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan…

Wallahualam…..

Category: , , |
��
Sunday, July 21, 2013 | Posted in

Cerita 1....

Pak Wan: ambo nk mitok kelulusan buat umoh,lagu mano caro dio ?

Puan Siti: lagu ni, mulo2 kito keno tgk pele .                                                                            

Pak Wan: pele ? Ambo ado doh !!!

Puan Siti: mano ? Kalo ado mari sini la kawe nk tengok.

Pak Wan: awoh, tok leh, mano bulih.

Puan Siti : bkpo pulok tok bulihnye, cpt la wat tubik.
                                                                               Pak Wan: kalo tok tgk tok leh ko ?

Puan Siti : tok leh la, kawe nk luluh guano kalo kawe dok tgk. 

Pak Wan : awoh, ambo malu nk tunjuk.

Puan Siti : malu bakpo pulok ? Pahtu bawok pele wat gapo kalu tok sey tunjuk.

Pak Wan: eiiishhh malulah nk tunjuk, pele ambo kecik

.  Puan Siti: laaa... Kecik pn takpo asa ko cukuk syarat.

Pak Wan : nk wat tubik nk tunjok kt mano, orghe ramai sini, malu ambo weh. 

Puan Siti : la nk malu ko gapo,wat tubik letok atas meja kaunter ni pon buleh.

Pak Wan : hoh !!! Tgk nih pele kawe.....!!! 

Puan Siti : awoh .... Buke pele ni, pele (pelan) bangunan laa..... nate berook mu nih !!!

Cerita 2....

Namaku Pak Haji Jalal...mengapa aku  pecat Secretary ku yg seksi???

Minggu lalu, besday ku yang ke-40 tahun!
Aku turun sarapan dgn harapan isteriku ingat & mengucapkan dgn penuh mesra  “Selamat HariJadi ya Suamiku Sayang".

Waktu berlalu, isteriku sama sekali tidak mengucapkan sesuatu!  Ya, itulah isteriku!

Mungkin anak2ku ingat, Besday  papanya.
Tp x seorang pun anak2 ku  dtg ke meja utk sarapan, mrk pun x mengucap satu katapun kpd ku.

Akhirnya aku pegi kerja dgn rasa Sedih!

Aku msk ke bilik ku,
Secretary ku, Emy menyapaku
“Morning Boss , Selamat Harijadi“
Aku merasa sedikit terubat, sebab secretary ku mengingati harijadi ku.

Time lunch, Emy mengetuk pintu bilik ku “Apakah Boss x sedar bahawa sudah masuk waktu lunch,  hari ini kan besday Boss, mari kita pergi lunch"

“Wow, itu Idea yg baik! Ok, mari kita pergi lunch“ jwb ku..

Kami pun pergi lunch  berdua.

Setelah Lunch, Emy berkata “Hari ini indah kan Boss, kita tak payahla ke opis lg kan Boss?“ Kita pegi berseronok sajalaa..

Saya mengangguk!

Lalu Emy mengajak saya pegi ke apartment nya.

Setiba di apartment nya, dia berkata “Boss, maaf tunggu sekejap ya, saya mahu ke bilik tidur utk menukar pakaian, agak panas ari ni..“.

"Tentu saja" sahutku dgn gembira!!pikiranku negativvvvvve

Emy masuk kebilik tidurnya. Kira-kira 10 minit kemudian...

Emy keluar membawa KEK besday, diiringi Isteri n anak2ku serta bersama rakan kerjaku sambil menyanyi Happy Besday To U..

Aku duduk TERPAKU di atas sofa, dgn telanjang bulat tanpa sehelai benang pun... !!!:'(X_X:)

Cerita 3....

Seorang cikgu wanita yang tengah asyik mengajar mata pelajaran matematik di kelas 2 berlian terhenti setelah melihat keletah seorang anak muridnya. Dia melihat budak tu meludah atas tangan dan gosok2 kt kepala dia. disebabkan perasaan yg penuh curiga dan pelik, cikgu itu terus pergi ke muridnya dan bertanya

cikgu : ahmad, kamu ni dari tadi cikgu tgk kamu meludah atas tangan dan kamu sapukan ke kepala!! kenapa?
murid: ermm.. Matematik nih susah sgt la cikgu
cikgu: Dah tu, kenapa kamu buat macam tu pulak?
murid : senang sikit nak masuk cikgu..
cikgu: apa maksud kamu? cikgu xpaham
murid : camni cikgu, semalam sy terbangun dari tidur sebab nak pergi minum, sy lalu kt bilik parents sy. sy terdengar suara mak sy time lalu tu
cikgu: mak awak cakap ape
murid: mak cakap... "ABG KALO SUSAH NAK MASUK SAPU LA SKET AIR LIUR KT KEPALA TU, BARU SENANG MASUK". Haaa... tu sebab la sy sapu air liur kt kepala sy cikgu..
cikgu: erkK!!!!        

Category: |
��
Saturday, July 20, 2013 | Posted in

Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama...Pedoman buat Umat Islam dan Melayu....

Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?

Jawapan cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."

Kisah 2:
Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3:
Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya 20 ribu . Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina . Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu .

Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."

Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai , tak malu meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu , malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih ?

Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar ….

---------------------------
Cerita di atas antara secebis kisah benar yg berlaku. Banyak lagi yg kita tak dengar @ tak tahu. Kadang-kadang sikap kita sendiri yg menjahanamkan bangsa melayu. Sikap ambil tak kisah, iri hati @ memandang rendah kebolehan bangsa sendiri.

Cukup kalau pelayan di Pizza @ restoran. Layanan kepada bukan melayu melebihi org melayu. Org melayu pulak terlebih garang pada bangsa sendiri dr org lain. Kalau bab mintak diskaun.. Pada melayu paling byk mintak dr bukan melayu.

Jadi lepas ni. Pada yg terasa dlm diri ada sikit sikap melayunya. Berubahlah & cuba utamakn bangsa sendiri lebih dr bangsa lain. Islam perlu bersatu. Melayu perlu maju...

Wallahu aalam

Category: |
��
Sunday, July 14, 2013 | Posted in ,

PERASAN TAK ??

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan  ..
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan &  lancarkan segala pekerjaannya..

Wallahua alam...

Category: , |
��
Sunday, July 14, 2013 | Posted in

Adapun diceritakan kembali sebagaimana yang didengar dari Pak Imam tadi. Alkisah tuan rumah yang mengupah seorang tukang untuk membina rumah beliau. Lalu sebagai ganjaran kepada tukang rumah tersebut maka dibayarnya RM100.00 sehari. Maka bekerjalah tukang tersebut menyiapkan rumah majikannya.

Tersebut juga ada seorang hamba Allah yang baik hati mendapat tahu ada tukang rumah yang bekerja berhampiran kediamannya. Maka, setiap hari Hamba Allah ini tidak lupa untuk menghantar bungkusan nasi kepada tukang rumah tersebut.

Bila saja majikan tukang tadi mengetahui ada seorang yang baik hati selalu menghantar bekalan nasi kepada pekerjanya maka tanpa bertangguh beliau terus berjumpa dengan Hamba Allah itu dan memberi RM100.00 iaitu sama harga yang dibayar upah kepada pekerjanya. Bayaran itu dibuat pada setiap kali dia menghantar bekal nasi tersebut yang pada nilai hanya mungkin RM3.00 sahaja.

Kalau difikirkan memang tidak logik diakal manusia bagaimana seseorang yang tiada kena mengena mendapat bayaran berlipat kali ganda berbanding kerja atau sedikit usaha yang dilakukan. Tapi begitulah bila kita berbalik pada Allah SWT maka tiada apa yang mustahil atau pun yang tidak logik. Semuanya akan menjadi logik kerana Allah SWT itu Maha Berkuasa. Mampu melakukan apa saja dan menganugerahkan apa saja kepada siapa yang dia suka yang taat kepada suruhanNya.

Perumpamaan yang di bawa oleh Pak Imam tadi memang sangat menarik. Bayangkan seseorang yang berpuasa memberi sedekah atau memberi makan kepada orang yang berpuasa maka pahala yang mereka dapat seperti jugak pahala yang diperolehi oleh orang puasa tadi. Maka di sini pahala puasanya berganda dalam sekelip mata.

Tuan rumah di sini diumpamakan kepada Allah SWT. Tukang rumah pula ialah orang yang sedang berpuasa. Hamba Allah budiman pula disandarkan kepada diri kita sendiri.

Justeru, sama-samalah kita mengambil peluang untuk melipat gandakan amalan kita di bulan yang mulia ini. Ganjaran yang menanti bukan sedikit bahkan tidak terhitung banyaknya di hadapan Allah SWT nanti. Jadikan ramadan ini sebagai ramadan terakhir yang akan kita lalui. Semoga apa yang kita lakukan mendapat berkat dan rahmat dari Nya. Inchallah...
 
Wallahua alam

Category: |
��
Saturday, July 13, 2013 | Posted in

Alhamdulilah hari ni adalah ramadan ke 4 bagi tahun 1434 H. Syukur ke hadrat Nya masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk meneruskan ibadat puasa.

Asar hari ini berlaku di Masjid Panglima Bayu. Dah lama tak ke sini dan Alhamdulillah hari di beri kesempatan untuk beriktikaf dan berjamaah di sini. Teringat kata-kata seorang rakan semasa tango-tango bersama semalam. Katanya dalam bulan puasa ni dia berhajat untuk menjelajah masjid dan surau berterawih atau sembahyang fardhu.

Terdetik dalam hati aku itu memang satu idea dan cadangan yang baik untuk dilaksanakan. Tentunya ia akan memberi satu pengalaman yang berguna dan impak yang baik terutamanya untuk orang seperti aku yang masih lagi mencari jalan-jalan kesempurnaan.

Inchaallah aku cuba laksanakan apa yang baik untuk aku dan keluarga. Terus nemperbaiki kualiti hidup sendiri yang dulunya merudum teruk ke arah yang lebih baik.

Doakanlah.....

Category: |
��
Saturday, July 13, 2013 | Posted in

Terlalu kusam dah blog aku ni. Sudah hampir setahun tidak terkemaskini. Tidak di jaga dan dirapi.

Masihkah ada semangat dan harapan untuk hidupkan kembali zaman kegemilangan blog aku ni. Nak ditutup kedai rasa sayang. Banyak juga kenangan yg tersimpan di sini. Nak tinggalkan begitu saja, rasanya tak mungkin.

Inchaallah....sempena keberkatan Ramadan 1434 H, blog aku akan ceria dan bersinar kembali juga terus berkongsi ilmiahnya.


Nota....
   Gambar tiada kena mengena dengan tajuk.

Category: |
��