Wednesday, October 28, 2015 | Posted in , ,

Sajak Kelate

Anok duk bandar
Mok Ayoh duk kapong
anok kijo besar
Mok Ayoh noreh ale kebun
anok besuko hila
mok mneleh air idong
nok buleh samah sriya
nyamuk pacat duk pakat likong

anok make tak tala
hidop cara western la konon
McD secret receipe pizza
bil tugak brsusun susun
bley-bley senyum dio bayar
nokwi napok hebat ore sanjong
saeng-saeng kliling penuh penar
dok pakat puji dok pakat pong
Mok Ayah kapong tak cekat mmutar
hute banyok tak cekat tanggong

pok getoh kmaren tokde nok jual
uje lebat air lipoh purong
kutip lado nokwat samba
tumbok dgn gare dale lesong
nokwat ile lapar
cicoh dgn tiyok jagong
kade-kade dgn jeruk petai
kade-kade dgn jering relong

ore laen make keda
Mak Ayoh tengat hinggo perut kembong
kito anok keno la sedar
skali skalo tra gak talipong
keno kerek tanyo kobar
segar ko mok ayoh atau sesemo idong
kukoh lagi ko lata glegar
takut jerluh xdok sapo tulong
takut de nyesal
kelik-kelik ore duk usong


Category: , , |
��
Friday, October 16, 2015 | Posted in

Mula dan Akhir.

Selawat ke atas Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mempunyai banyak kelebihan.

Abu Sulaiman Ad-Darani rahimahullah berkata:

من أراد أن يسأل الله حاجة فليبدأ بالصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ، ثم يسأل الله حاجته ، ثم يختم بالصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم، فإن الله تعالى يقبل الصلاتين ، وهو أكرم من أن يرد مابينهما .

"Sesiapa yang yang ingin memohon hajatnya kepada Allah, hendaklah dia MULAKAN dengan selawat ke atas Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Kemudian, dia memohon hajatnya. Kemudian, dia AKHIRI dengan selawat ke atas Nabi shallallahu alaihi wa sallam.

Kerana sesungguhnya Allah ta'ala menerima dua selawat tersebut. Sedangkan Allah ta'ala lebih mulia daripada menolak (hajat yang dipohon antara kedua-duanya (selawat)". [Tafsir al-Qurthubi 14/213]

Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Nabi shallallahu alaihi wa sallam dan berdoa memohon hanya kepada Allah ta'ala antara selawat tersebut.

Terutamanya pada hari Jumaat yang padanya ada waktu yang jika seseorang berdoa, maka akan dikabulkan permintaannya oleh Allah.

Semoga Allah kurniakan semua hajat dan permohonan. Amin.

#ARAR


Category: |
��
Thursday, October 08, 2015 | Posted in , ,

LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

WAKTU SUBUH

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU DZUHUR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.wallahualam


Category: , , |
��