Cerita yang ni pun tak kurang menariknya. Yang ni aku kutip kat
Darul Bayan. Kenapa aku kata menarik ye...sebab kat sini ada cara-cara nak melembutkan hati anak yang keras. Kalau ikutkan kat sini nak melembutkan hati isteri pun boleh gak. So...kepada sesiapa (lelaki sahaja) yang ada pasang niat nak tambah cawangan, mungkin boleh mencuba cara ni. Cara baik maa...bukan cara kotor. Tak perkan...aku pun rasa nak cuba...hi...hi..hi...
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical
Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh
kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata....
isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah
cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.
Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya,
termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum
tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk
bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan
saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak
elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga
isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan
membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia
terlelap.
Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi
isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.
Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya
bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah,
kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya.
Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya.
Siapa saya untuk mempersoalkanya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita
itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan
bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu
saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja
terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak,
isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling
sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah
sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur
hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan
halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi
Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam
hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya
saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan
solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda
sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda
iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan,
bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab
bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".
Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin
manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah
diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah
dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan
yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan
anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.
Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri
saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan
nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan
kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma
isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar
oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.
Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru
selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya
kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya
semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga
kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau
isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita
tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta,
tentang Tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan
ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah
saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah
keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini
lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan
saya biarkan
menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti
saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah
tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika
sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan
sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke
kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang
timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,
memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah
tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.