Friday, March 20, 2009 | Posted in ,
Bukan tak dak idea tapi sekarang tersangatlah penat. Kerja-kerja kat site pun entah bila boleh berkurangan. Makin hari makin bertambah banyak. Risau gak takut tak terkejar. Tadi saja melawat kesatu web - Lubuk.net. Ada satu artikel yang betul-betul menarik perhatian aku yang aku fikir perlu dikongsi dengan korang semua. Kepada yang dah pernah baca tu anggaplah ianya sebagai ulangan. Benda yang baik diulang banyak kali tidak menjadi kerugian kan.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal

kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu
hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang
paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih
mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu
tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak
marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara
tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti
hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda
tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan
bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata:-

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama
lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu
ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti
ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi
ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal
atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih
pedih dari luka fizikal''.
Category: , |
��

Comments

0 responses to "Sekadar Renungan"