Saturday, July 20, 2013 | Posted in

Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama...Pedoman buat Umat Islam dan Melayu....

Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?

Jawapan cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."

Kisah 2:
Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3:
Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya 20 ribu . Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina . Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu .

Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."

Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai , tak malu meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu , malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih ?

Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar ….

---------------------------
Cerita di atas antara secebis kisah benar yg berlaku. Banyak lagi yg kita tak dengar @ tak tahu. Kadang-kadang sikap kita sendiri yg menjahanamkan bangsa melayu. Sikap ambil tak kisah, iri hati @ memandang rendah kebolehan bangsa sendiri.

Cukup kalau pelayan di Pizza @ restoran. Layanan kepada bukan melayu melebihi org melayu. Org melayu pulak terlebih garang pada bangsa sendiri dr org lain. Kalau bab mintak diskaun.. Pada melayu paling byk mintak dr bukan melayu.

Jadi lepas ni. Pada yg terasa dlm diri ada sikit sikap melayunya. Berubahlah & cuba utamakn bangsa sendiri lebih dr bangsa lain. Islam perlu bersatu. Melayu perlu maju...

Wallahu aalam

Category: |
��

Comments

0 responses to "Sekadar pedoman bersama"