Alhamdulilah hari ni adalah ramadan ke 4 bagi tahun 1434 H. Syukur ke hadrat Nya masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk meneruskan ibadat puasa.
Asar hari ini berlaku di Masjid Panglima Bayu. Dah lama tak ke sini dan Alhamdulillah hari di beri kesempatan untuk beriktikaf dan berjamaah di sini. Teringat kata-kata seorang rakan semasa tango-tango bersama semalam. Katanya dalam bulan puasa ni dia berhajat untuk menjelajah masjid dan surau berterawih atau sembahyang fardhu.
Terdetik dalam hati aku itu memang satu idea dan cadangan yang baik untuk dilaksanakan. Tentunya ia akan memberi satu pengalaman yang berguna dan impak yang baik terutamanya untuk orang seperti aku yang masih lagi mencari jalan-jalan kesempurnaan.
Inchaallah aku cuba laksanakan apa yang baik untuk aku dan keluarga. Terus nemperbaiki kualiti hidup sendiri yang dulunya merudum teruk ke arah yang lebih baik.
Doakanlah.....
0 responses to "Yaa Ramadan...."