Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalhnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar??
Dalam Internet pn sebenarnya susah jgk nk cari, sebab bnyknya memberikan kaedah pengiraan dan bukannya bancuhan sebenar.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar... ini kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya??
Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan2nya... agak susah untuk mengikut sebijik2 mcm dlm design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran.
Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... SETIAP BANCUHAN PERLULAH DIUJI DGN UJIAN MAMPATAN SEBELUM DILULUSKAN....
untuk G7.5 = 1 : 3 : 6 (Simen : Pasir : Batu)
untuk G20 = 1 : 2 : 4
untuk G25 = 1 : 1.5 : 3
untuk G30 = 1 : 1 : 2
Bagaimana nk menggunakan nisbah ni... Nisbah ini hendaklah digunakan mengikut BERAT, diulang BERAT bukannya ISIPADU..
Ada satu lagi bahan paling utama dalam simen yg saya tertinggal, air... mcmn nk kira bancuhan air??
Kalau permukaan konkrit tu tertutup/dlm bangunan dan dia pn bukanlah tanggung beban yg kuat sgt gunakan nisbah air:simen 0.65.
Kalau permukaan konkrit tu terdedah kepada hujan panas/dia digunakan utk tanggung beban gunakan 0.55.
Kalau permukaannya terdedah secara langsung kpd air/ terendam, spt contoh konkrit dlm sungai/laut/bawah tanah , gunakan 0.45.
peratikan contoh mcmn nk gunakan ia....
contoh; untuk membancuh gred 20... 1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu. Ktakanla timbang xde kt tapak......mcmn?? dan katakanla nak buat konkrit terdedah kpd hujan...
Langkah 1 : Utk kali pertama, kena gunakan timbang jgk .kira berapa berat baldi & berat yg dia blh tanggung... mcmn?? sng aje...masukkan air sampai penuh. pastu timbangla.....katakanla dh masukkan air beratnya 20kg (utk kali pertama ni kene cari jgk timbang, melainkan kita ada baldi yg ada tunjuk berapa isipadu)....(kalau nk timbang berat baldi tu sebelum & selepas pn boleh, tp bezanya x bnykla.)
Langkah 2 : Lps tu bahagikanla dgn berapa meter padu baldi tu....Katakanla dia blh tanggung 20kg air . 1kg air = 0.001m3 air. Jadi, 20kg = 0.02m3. Maksudnya, baldi tu blh tanggung 0.02m3 bahan.
Langkah 3 : Sediakan mesin pembancuh.. yg lbh krg mcm nila...
Langkah 4 : Masukkan satu bag simen = 50kg... Nisbahnya bertukar menjadi
1 : 2 : 4
50 kg : 100kg : 200kg
Langkah 5 : Masukkan pasir 100kg. Macamn??.... Ketumpatan pasir lbh krg 2600kg/m3. Jadi, pasir yg perlu dimasukkan adalah sbnyk 0.04m3 atau 2 baldi.
Langkah 6 : Masukkan batu 200kg.... ketumpatan batuan juga anggap sama mcm pasir. Jadi, batu yg perlu dimasukkan adalah sbnyk 4 baldi.
Langkah 7 : Untuk masukkan tambah air kita ambil nisbah air : simen =0.55... Jadi utk setiap 50kg simen (1 beg) = 0.55 x 50 = 27.5kg air diperlukan. 27.5kg = 27.5liter. 1 baldi setengah dipelukan.....
Jadi utk G20 utk setiap bancuhan tong 20liter, 1 bag simen memerlukan 2 baldi pasir, 4 baldi batuan dan 1 baldi setengah air.
INGAT : BANCUHAN INI UNTUK UJIAN MAMPATAN SAHAJ DAHULU.... BILA TELAH LULUS MAKSUDNYA BILA DIUJI, MAMPATAN MELEBIHI 20kN/mm2 SELEPAS 28 HARI, BARULAH IA BOLEH DITERIMAPAKAI.
Bagaimana jika tidak lulus?? Cuba gunakan untuk gred yg lebih tinggi...cthnya gunakan bancuhan gred 25 (1:1.5:3) untuk gred 20...kalau gagal lagi gunakan gred yg lbh tinggi lagi.. tapi biasanya akan lulus...melainkan waktu dia buat tu dia tipu.
Tuesday, February 17, 2015 |
Posted in
Comments
About Me
Labels
- Agama
- Am
- Banjir
- Batrisyia
- Buka Puasa
- Bukit Beruntung
- Cameron Highlands
- Cerita Lawak
- Cuti
- Dasyat
- Fakta
- Fraser Hill
- Imej Baru
- Islam
- Jeli
- Job Site
- Kampung
- Kawan
- Keluarga
- Kemalangan
- Kenduri
- Kerja
- KKB
- Loak
- medic
- Mek
- Mimbar
- Mother's Day
- Motivasi
- Myelomeningocele
- Nasihat
- Nyamannyerrr
- pembinaan
- pengajaran
- Percutian
- Picnic
- Politeknik Jeli
- Qistina
- Radio Amatur
- Ramadhan
- Renungan
- Tazkirah
- Teladan
- Thai
- Toyol
- Ubat
0 responses to "NISBAH BANCUHAN KONKRIT"