Sunday, July 26, 2009 | Posted in

Kemalangan yang berlaku antara Mitsubishi Delica dan Proton Gen 2 berhampiran simpang memasuki Lurah Bilut. Nasib mangsa?. Aku tak berhenti. Malaslah nak jadi tukang sibuk.. Harap-harap selamatlah dan aku pun selamat sampai jugak nanti. Emmm...kalau ikut aku punya GPS ni, jangkaan sampai dalam jam 19:34. Awal lagi kut.

Hah....GPS?!?!. Nantilah aku story lain kali yer.

Category: |
��
Sunday, July 26, 2009 | Posted in

Ini adalah pemandangan biasa apabila sampai di Bukit Tujuh, Merapuh laluan KB - KL melalui Gua Musang. Lebih meriah bila tiba musim perayaan, Qnya lebih panjang.

Di kawasan ini memang selalu berlaku kemalangan. Dinasihatkan sesiapa yang menggunakan laluan ini supaya lebih berhati-hati. Sudahlah pendakiannya melebihi 10 darjah, jalannya pula menpunyai korner baring mengalahkan litar F1. Kadang-kadang ada kenderaan berat yang kondem semasa tengah mdndaki bukit. Masa aku lalu tadi pun ada 3 buah lori treler yang dah tersadai kat tengah-tengah jalan.

Eh..eh nanti sambung lagilah....tengah drive nih. Sempat lagi ber'blog' tuh. Chaow...

Category: |
��
Sunday, July 26, 2009 | Posted in

Perjalanan tersangkut sekejap semasa menaiki bukit selepas kami berhenti makan di Merapuh. Bukan ada eksiden atau apa, cuma mengekori belakang beberapa lori treler yang tak larat nak mendakì bukit. Harapnya begitulah. Kebiasaannya laa...
Category: |
��
Sunday, July 19, 2009 | Posted in

Bulan ni dah dua kali aku dikejutkan dihari minggu. Minggu lepas gezutan hingga ke Canada negeri kelahiranku. Hari ni pulak gezutan hingga ke Bangladesh negara kelahiran Sani ataupun Nepal negara kelahiran guard aku. Nape lak gitu...baca la lagi kat bawah.

Tadi aku ada buat pengeluaran pitis sikit kat CIMB Bandar Rawang. Pada mulanya memang rasa cam mimpi berada kat Bangla atau Nepal sebab sekeliling aku 90% warga Bangla dan Nepal. Yang menambah realiti mimpi aku ialah bila duit yang aku keluarkan tak sama notnya cam sebelum ni. Betul-betul membuatkan aku berada di negara kelahiran Sani - Supervisor Bangla aku. Tak percaya tengok la gambar yang aku dah 'upload' tu. Kenapa la jadi camtu yek.

Chow dulu, gtg....

Category: |
��
Sunday, July 12, 2009 | Posted in

Petang semalam telah berlaku kebakaran di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu. Tempat tersebut hanya bersebelahan dengan tapak projek aku dan ikutkan perancangan ianya termasuk dalam pakej 3 yang telah di KIV. Mungkin lepas ni 'on' balik tak tau la ye. Maklum la dengar cerita blok yang terbakar tu menempatkan bilik karaoke dan yang sewaktu dengannya.

Gambar seterusnya akan di 'upload' kemudian.

Category: |
��
Sunday, July 12, 2009 | Posted in

Hari ni tengah aku bawa keta, tiba-tiba je ada salji yang turun memenuhi keta aku. Hah..mimpikah aku atau memang aku dah terlajak bawa keta hingga ke Canada negeri kelahiran aku. Pheh...habislah aku kali ni. Mesti ada orang dengki nih. Aaa...pokcik dan mokcik jangan la dengki lak.
Category: |
��
Sunday, July 12, 2009 | Posted in

Hehe...jangan salah faham lak. Sebenarnya hari ni aku gi cuci keta jer. Tak denya aku nak sampai kat Canada nuh. Kat Bukit Beruntung pun belum habis pusing apalagi nak sampai sana. Boleh tak balik aku sesat kat sana. Nanti sambung lagi kat laptoplah, lambat publish pakai phone.
Category: |
��
Sunday, May 10, 2009 | Posted in , , ,

Send this eCard !

��
Sunday, May 03, 2009 | Posted in , , ,
Hari minggu ni tak ke mana jugak tapi tak daklah seteruk minggu lepas. Hari ni 'just' lepak-lepak dan manja-manjakan diri kat rumah jer. Cuma lepas zohor tadi orang rumah ajak keluar cari barang dapur dan seluar sukan anak (Qistina). Jadi kesempatan yang ada tu kita ronda-rondalah sekejap sambil jalan-jalan cari makan. Hah...makan?!. Alamak perut dah berbunyi. Ini mesti cari sesuatu yang boleh dimakan, nanti gastrik datang lagi. Susah weh.



Mana mau makan yer. "Hmmm....abang, kakak mana kita nak isi perut nih"?. Eh..eh..orang rumah aku ni bijak jugak. Pandai pulak dia bagi idea. "Amacam kita beli nasi bungkus, lepas tu makan kat mana-mana", kata orang rumah aku. Set...bernas jugak idea tu. Pusing punya pusing, teringat lak ada satu kedai yang dah lama aku tak pergi. Lauk pauk kat kedai dia ni memang best jugak la. Al-maklumlah, orang Kelantan, masakan pun 'pure' Kelantan mari. Jadi belilah tiga bungkus nasi berlaukkan ayam gulai - gulai ala Kelantanlah.


Aroma nasik gulai ayam betul-betul mengganggu konsentrasi. Ini mesti kena cepat-cepat kasi 'settle'. Hish...ni satu lagi masalah, kat mana nak makan nih. Kat Bukit Beruntung ni mana ada tempat lepak yang best-best. Kalau ada pun jauh sangat la bro, nun kat Batang Kali atau Empangan Kuala Kubu Bharu. Alaa...kat mana nih, buntu sekejap. Hah...satu idea sudah datang. Kali ni kita gi piknik kat Tol Bukit Beruntung jelah. Dekat dan aman.


Brrppp....Alhamdulillah. Tiga bungkus nasi kami 'settle'kan. Tak pelah anak-anak, lain kali kita pergi piknik jauh sikit. Hari ni tak dak perancangan, hanya spontan. Janji piknik dok.
��
Friday, May 01, 2009 | Posted in , , ,



Assalamamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Rasanya dah hampir dua minggu blog aku ni tak ter 'update'. Bukannya niat nak bagi blog aku ni bankrup tapi kesempatan dan masa tu yang tak mengizinkan. Buat kengkawan aku yang selalu dok monitor blog aku tu terima kasih la banyak-banyak. Terutama sekali untuk blog "Dari Limbat Ke Dungun - Satu Perjalanan Kehidupan, "Diamond Bay", "WFU8767", "Sea Legs" dan yang lain-lain juga.

Biasanya kesempatan yang ada hanyalah hari minggu tapi kadang-kadang hari minggu pun kerja camanalah kesempatan tu nak ada. Cam minggu lepas aku terpaksa kerja sebab hari tu ada 'concreting work'. Jadi berpagi-pagianlah aku ke tempat kerja dengan senyuman yang tawar. Tawar sebab masa untuk keluarga dirampas oleh kerja. Kena gagahi jugak la dah memang itu tanggungjawab dan kerja aku.

Sepatutnya 'concreting work' bermula awal pagi tapi disebabkan sub con aku ni masih bengong tak abis-abis maka kerja-kerja tersebut terpaksa ditangguh sehingga ke jam 2.00 pm. Sedangkan petang hari sebelumnya aku dah siap pesan apa yang perlu dibuat. Masih aku ingat semasa semasa beri pesanan, sub con aku (A Tam) cakap "okey-okey malam ini saya kerja sampai jam 10.00 malam kasi ini barang siap....you jangan takut. Besok pagi mesti boleh konkrit punya". Tapi cam biasa la sub con aku ni...janji tinggal janji. Tak pasal-pasal pagi-pagi lagi aku dah mengamuk. Nasib baik aku tak bertukar jadi Ultraman.



Oppss...lupa nak bagitau, kerja-kerja 'concreting' ni sebenarnya dibuat kat 'ground floor slab' Kompleks Kolam Renang. Mari kita bercerita sikit pasal swimming pool aku nih. Untuk pengetahuan korang, kolam renang yang kitorang tengah bikin ni bersaiz olimpik. Siap sekali dengan diving platform and pool setinggi 5 meter. Kerja-kerja pembinaan bahagian kolam dimulakan lebih kurang hampir setahun yang lepas. Untuk bahagian tersebut hanya tinggal kerja-kerja 'waterproofing' dan 'rectify' pada bahagian yang 'leaking' dan 'finishing' sahaja.

Buat masa sekarang kerja-kerja pembinaan banyak tertumpu pada bahagian kompleks sahaja. Mengikut perancangan, jangkaan siap untuk kerja-kerja struktur kompleks ni pada bulan Jun nanti. Yelah...itupun kalau subcon aku dah habis bengongnya dan aku pun tak turut jadi bengong.















Berbalik kepada cerita asal, disebabkan permulaan yang lewat maka penyudahan tentulah juga lambat. Ikut perancangan, sekiranya dimulakan awal sekurang-kurangnya jam 5.00 pm atau selewat-lewatnya jam 6.00 pm dah boleh siap. Apa boleh buat terpaksalah aku batalkan program aku untuk bersama keluarga dihari minggu. Dan terpaksalah juga aku bersengkang mata hingga jam 11.00 malam nak menyiapkannya. Letih, sakit kepala dan lapar tak usah cakap. Nak harapkan sub con belanja makan - hampeh. Tahan jelah, lagipun tiga empat hari sebelum tu pun aku pernah balik jam 3.00 pagi. Pukul 8.00 pagi dah tercongok kat site balik. Hmmm....nak kayakan tauke biasalah, kena kerja kuat sikit.


Untuk Mat kawan aku yang jadi tukang jaga bahagian finishing, "Nanti kalau kerja-kerja demo menjadi susah, kawe minta maaf banyak deh. Kawe seboleh-bolehnya nak buat sesempurna yang boleh tapi apa boleh buat. Demo pun tahu sub con kawe ni pun adalah yang terbaik dari yang tak terbaik. Jadi terimalah seadanya".
Category: , , , |
��