Friday, May 01, 2009 | Posted in , , ,



Assalamamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Rasanya dah hampir dua minggu blog aku ni tak ter 'update'. Bukannya niat nak bagi blog aku ni bankrup tapi kesempatan dan masa tu yang tak mengizinkan. Buat kengkawan aku yang selalu dok monitor blog aku tu terima kasih la banyak-banyak. Terutama sekali untuk blog "Dari Limbat Ke Dungun - Satu Perjalanan Kehidupan, "Diamond Bay", "WFU8767", "Sea Legs" dan yang lain-lain juga.

Biasanya kesempatan yang ada hanyalah hari minggu tapi kadang-kadang hari minggu pun kerja camanalah kesempatan tu nak ada. Cam minggu lepas aku terpaksa kerja sebab hari tu ada 'concreting work'. Jadi berpagi-pagianlah aku ke tempat kerja dengan senyuman yang tawar. Tawar sebab masa untuk keluarga dirampas oleh kerja. Kena gagahi jugak la dah memang itu tanggungjawab dan kerja aku.

Sepatutnya 'concreting work' bermula awal pagi tapi disebabkan sub con aku ni masih bengong tak abis-abis maka kerja-kerja tersebut terpaksa ditangguh sehingga ke jam 2.00 pm. Sedangkan petang hari sebelumnya aku dah siap pesan apa yang perlu dibuat. Masih aku ingat semasa semasa beri pesanan, sub con aku (A Tam) cakap "okey-okey malam ini saya kerja sampai jam 10.00 malam kasi ini barang siap....you jangan takut. Besok pagi mesti boleh konkrit punya". Tapi cam biasa la sub con aku ni...janji tinggal janji. Tak pasal-pasal pagi-pagi lagi aku dah mengamuk. Nasib baik aku tak bertukar jadi Ultraman.



Oppss...lupa nak bagitau, kerja-kerja 'concreting' ni sebenarnya dibuat kat 'ground floor slab' Kompleks Kolam Renang. Mari kita bercerita sikit pasal swimming pool aku nih. Untuk pengetahuan korang, kolam renang yang kitorang tengah bikin ni bersaiz olimpik. Siap sekali dengan diving platform and pool setinggi 5 meter. Kerja-kerja pembinaan bahagian kolam dimulakan lebih kurang hampir setahun yang lepas. Untuk bahagian tersebut hanya tinggal kerja-kerja 'waterproofing' dan 'rectify' pada bahagian yang 'leaking' dan 'finishing' sahaja.

Buat masa sekarang kerja-kerja pembinaan banyak tertumpu pada bahagian kompleks sahaja. Mengikut perancangan, jangkaan siap untuk kerja-kerja struktur kompleks ni pada bulan Jun nanti. Yelah...itupun kalau subcon aku dah habis bengongnya dan aku pun tak turut jadi bengong.















Berbalik kepada cerita asal, disebabkan permulaan yang lewat maka penyudahan tentulah juga lambat. Ikut perancangan, sekiranya dimulakan awal sekurang-kurangnya jam 5.00 pm atau selewat-lewatnya jam 6.00 pm dah boleh siap. Apa boleh buat terpaksalah aku batalkan program aku untuk bersama keluarga dihari minggu. Dan terpaksalah juga aku bersengkang mata hingga jam 11.00 malam nak menyiapkannya. Letih, sakit kepala dan lapar tak usah cakap. Nak harapkan sub con belanja makan - hampeh. Tahan jelah, lagipun tiga empat hari sebelum tu pun aku pernah balik jam 3.00 pagi. Pukul 8.00 pagi dah tercongok kat site balik. Hmmm....nak kayakan tauke biasalah, kena kerja kuat sikit.


Untuk Mat kawan aku yang jadi tukang jaga bahagian finishing, "Nanti kalau kerja-kerja demo menjadi susah, kawe minta maaf banyak deh. Kawe seboleh-bolehnya nak buat sesempurna yang boleh tapi apa boleh buat. Demo pun tahu sub con kawe ni pun adalah yang terbaik dari yang tak terbaik. Jadi terimalah seadanya".
Category: , , , |
��
Sunday, April 19, 2009 | Posted in , , ,
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi Adam as. Maka Jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : sebesar kurma. .

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja
dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yang tinggi tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat Jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dll lagi.

PENGAJARAN :
Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukkan dlm 70 buah sungai dengan sebanyak 70 kali celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri.

Kredit untuk Lubuk.net
Category: , , , |
��
Saturday, April 18, 2009 | Posted in , , ,
Sebenarnya tak ada apa yang istimewa pun dengan budak ni tapi sajer jer aku nak masukkan ceritanya kat dalam blog aku. Tahlah kat mana istimewa budak ni aku pun tak tahulah. Tapi dengar-dengar cerita ramai pulak yang berminat dengannya. Hishhh...kuat jugak 'mandrem' budak nih yer.

Setakat yang aku pernah kenal dia, tak pernah pulak aku tengok budak ni berbaju kurung. Aku ingatkan hari last itu hari ada la peluang aku nak tengok dia pakai baju kurung.....hampeh. Aku pun kadang-k
adang dok bayang jugak la macamana la rupanya bila budak ni pakai baju kurung. Last-last ada sekali hari tu aku saja bukak friendster...tetiba alamak...ada gambar dia berbaju kurung laa...Mula-mula tu puas gak la aku tilik betul ke budak nih yang aku kenal. Eh..eh...betul la dia. Kalau korang suruh aku komen pasal camana rupa dia bila berbaju kurung tu susah la sikit nak bagi. Kalu aku bagi komen pun mesti yang kutuk-kutuk punya. Jadi tak payahlah yer. Cuma nasihat aku kat budak nih...rajin-rajin la berbaju kurung. Mana tau bila kau berbaju kurung boleh menyerlahkan keayuan ekau. Contohilah Kakak kau tu (sapa yek), tak pernah miss berbaju kurung bila hari Jumaat walaupun sebenarnya hari tu hari Selasa. (Sorry la Aniza...kawe enter frame demo).

Cerita sebenarnya...budak ni budak baik la, QAQC Engineer kat aku. Farewell ni dibuat sebab dia dapat job baru kat JKR. Huh...nak jadi orang gomen rupanya. Bila dia tak dak susah gak la aku sebab selama ni dia banyak tolong aku pasal kerja ofis, tapi ada satu lagi yang menyebabkan aku rasa kehilangannya....tak dapek la lagi den nak makan biskut marie dia. Nak minum air nescafe tak sedap dia pun dah tak boleh. Woii...Sak...kalau kau nak mari sini bawak la biskut marie sekali, pastu buat la air nescafe tak sedap tu kat abang kau ni.

Apa-apa hal pun kami samada dari warga Hakikat Engineering Sdn. Bhd. ataupun Pembinaan EmasKami Sdn. Bhd. mengucapkan selamat maju jaya di tempat baru dan cepat-cepat la dapat jodoh. Satu lagi hari tu bila kau menangis nampak buruk sangat la. Kalau tak caya cuba kau tengok video tu nanti. Ha...ha...ha...


Category: , , , |
��
Saturday, April 18, 2009 | Posted in , , ,
Mulianya Seorang Isteri Di Sisi Allah.....

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini... ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi ' kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Bila dah bersalin tu, susukanlah anak....jangan takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak untuk menyusu pulak….Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami...."offer" lah pada suami. Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee. Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!

Kata nak pahala lebih… Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya. Satu lagi berita gembira untuk wanita. Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?. Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila
dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada ka
mu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. Woman was made from the rib of man. She was not created from his head to top him. Nor from his feet to be stepped upon. She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him. "Wahai Tuhan...ku tak layak ke syurgamu...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ...ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illalLah ' ini. Rasulullah saw bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah ' Laa ilaaha illalLah ' , kamu pasti berjaya!". Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallahhh...."
Category: , , , |
��
Sunday, March 22, 2009 | Posted in
Category: |
��
Friday, March 20, 2009 | Posted in ,
Cerita yang ni pun tak kurang menariknya. Yang ni aku kutip kat Darul Bayan. Kenapa aku kata menarik ye...sebab kat sini ada cara-cara nak melembutkan hati anak yang keras. Kalau ikutkan kat sini nak melembutkan hati isteri pun boleh gak. So...kepada sesiapa (lelaki sahaja) yang ada pasang niat nak tambah cawangan, mungkin boleh mencuba cara ni. Cara baik maa...bukan cara kotor. Tak perkan...aku pun rasa nak cuba...hi...hi..hi...

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical
Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh
kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata....
isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah
cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya,
termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum
tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk
bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan
saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak
elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga
isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan
membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia
terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi
isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.
Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya
bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah,
kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya.
Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya.
Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita
itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan
bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu
saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja
terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak,
isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling
sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah
sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur
hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan
halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi
Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam
hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya
saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan
solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda
sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda
iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan,
bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab
bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".
Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin
manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah
diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah
dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan
yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan
anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri
saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan
nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan
kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma
isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar
oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru
selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya
kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya
semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga
kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau
isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita
tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta,
tentang Tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan
ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah
saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah
keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini
lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan
saya biarkan
menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti
saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah
tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika
sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan
sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke
kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang
timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,
memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah
tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.
Category: , |
��
Friday, March 20, 2009 | Posted in ,
Bukan tak dak idea tapi sekarang tersangatlah penat. Kerja-kerja kat site pun entah bila boleh berkurangan. Makin hari makin bertambah banyak. Risau gak takut tak terkejar. Tadi saja melawat kesatu web - Lubuk.net. Ada satu artikel yang betul-betul menarik perhatian aku yang aku fikir perlu dikongsi dengan korang semua. Kepada yang dah pernah baca tu anggaplah ianya sebagai ulangan. Benda yang baik diulang banyak kali tidak menjadi kerugian kan.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal

kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu
hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang
paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih
mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu
tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak
marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara
tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti
hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda
tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan
bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata:-

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama
lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu
ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti
ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi
ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal
atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih
pedih dari luka fizikal''.
Category: , |
��
Monday, March 09, 2009 | Posted in ,
Semenjak beberapa tahun lepas, setiap bulan aku tak pernah mis untuk beli majalah Mastika sehinggakan koleksi yang dah terlampau banyak tak tahu mana nak simpan dah. Tambah menyukarkan lagi apabila nak berpindah rumah yang mana ianya telah menjadi rutin kehidupan aku sekeluarga, setiap satu atau dua tahun kami akan berpindah ke rumah baru. Maklumlah kerja macam aku ni susah sikitlah...ikut ke mana saja projek yang ada.

Kali ni bukan niat aku nak bercerita pasal kehidupan aku yang dah macam orang Badwi, tapi pasal satu ruangan yang aku baca dalam majalah Mastika keluaran Mac 2009. Sememangnya ia menarik perhatian aku bila membacanya sehinggakan terfikir aku untuk kongsi dengan korang semua. Yerlah benda baik dan menyeronokkan tak baik kalau tak dikongsi. Betul tak??. Okey...silalah tuan-tuan dan puan-puan baca dan hayati cerita di bawah. Zas....layan.....

Siti Fatimah seorang gadis yang cantik. Kulitnya putih mulus. Bibirnya merah, matanya bundar. Apabila bercakap, suaranya lembut menyebabkan semua lelaki di kampungnya, di Kuala Muda, Kedah, mengidam untuk menjadikannya sebagai isteri.

Fatimah, 19, anak petani miskin. Dia mempunyai kekasih tetapi terpaksa berkahwin dengan Abdul Muluk, 28, anak penghulu kampung yang bertubuh gemuk, hitam dan bengis. Bapa Fatimah Abdul Rahim namanya, terpaksa berbuat begitu sebagai membalas kebaikan tok penghulu melupuskan hutangnya yang sudah meningkat beribu-ribu ringgit jumlahnya.

Muluk lelaki jahat walaupun Fatimah memberikan sepenuh kasih sayang dan kesetiaannya, tetapi dia masih juga mencari perempuan lain. Setiap malam Muluk berpeleseran di kelab-kelab malam dan membuat maksiat.

Fatimah yang baik dan setia ini, apabila ibu datang ke rumahnya dan bertanya di mana Muluk, dia akan berbohong mengatakan suaminya itu ada majlis qiamullail di masjid. Atau, ada kenduri di rumah kawan. Padahal, Muluk tak pernah sembahyang walaupun sudah puas dinasihati Fatimah.

Muluk juga suka memukul Fatimah. Apabila ibunya bertanya kenapa mukanya lebam, Fatimah cepat-cepat berdalih mengatakan dia terjatuh. Hakikatnya, setiap malam Fatimah menangis mengenangkan nasib diri.

Hukuman Allah datang juga. Selepas lebih 10 tahun menasihati suaminya itu agar bertaubat dan ingat pada tikar sembahyang, akhirnya bala menimpa. Abdul Muluk ditimpa penyakit yang amat aneh.

Dia sering muntah darah. Badannya lemah, Muluk berjalan terhuyung-hayang. Seluruh tubuh lelaki itu terasa bisa bagaikan dicucuk jarum. Dua bulan begitu Muluk masih tidak mati. Orang mengatakan Abdul Muluk disantau.

Daripada gemuk akhirnya menjadi kurus kering. Fatimah isteri yang setia, dia menangis meratapi nasib suaminya itu. Dia berdoa agar Tuhan mengampunkan dosa suaminya dan disembuhkan penyakitnya itu. Pun begitu sudah dasar lelaki jahat, Muluk tetap angkuh dan sombong. Dia tetap memarahi dan memukul Fatimah hingga lebam-lebam tubuhnya.

Suatu hari Muluk pergi ke hospital. Dia pergi seorang diri. Di hospital doktor membuat pemeriksaan dan kemudian memberikan Abdul Muluk satu bekas kecil. "Kami kena buat ujian air kencing. Keadaan encik ni memang serius, tapi saya pelik berdasarkan pemeriksaan....semuanya normal. Tekanan darah, jantung, usus dan semua organ lain dalam keadaan baik. Jadi, kami perlukan air kencing encik untuk diuji".

Muluk terdiam. Dia meminta kebenaran daripada doktor untuk membawa bekas tersebut balik ke rumah kerana baru saja membuang air kecil. Lagipun, air di dalam badannya sudah hampir kering. "Boleh...tapi esok kena bawa ke sini semula. Seelok-eloknya air kencing yang pertama selepas Encik Muluk bangun daripada tidur", pesan doktor berkenaan.

Esoknya, Muluk melakukan apa yang diarahkan doktor. Bekas berisi air kencing itu kemudian Muluk tinggalkan di lantai sudut bilik air sementara dia pergi menukar pakaian untuk ke hospital. Sudah ditakdirkan, pada waktu yang sama, Fatimah pula masuk ke bilik air untuk mencuci muka. Tanpa disedari, Fatimah telah tersepak bekas berisi air kencing suaminya itu. Lalu tumpahlah air kencing berkenaan.

Pada ketika itu, badan Fatimah terus mengigil. Dia berasa bersalah yang amat sangat kepada Muluk. Fatimah juga berasa takut akan dipukul oleh suaminya yang bengis itu. Fatimah isteri yang setia ini, terus menangis. "Ya Tuhanku...apa yang perlu aku buat sekarang? Kau bantulah aku.....", Fatimah menekap muka dan mengesat air matanya. Fatimah kian terdesak, apa yang perlu dilakukannya.....

Pukul 10.00 pagi, Abdul Muluk pergi bersendirian ke hospital membawa bekas air kencingnya. Pukul 10.30 pagi, doktor membuat ujian ke atas air kencing berkenaan dan keputusannya amat mengejutkan. Beberapa kali ujian dilakukan, hasilnya tetap sama. Lantas doktor memanggil Muluk.

"Encik Abdul Muluk, hasil ujian yang saya lakukan ke atas air kencing encik ini menunjukkan....menunjukkan...." kata doktor terputus-putus. "Menunjukkan apa doktor?" tanya Abdul Muluk yang tidak sabar lagi untuk mendengar keptutusan ujian air kencingnya itu.

"Ujian air kencing ini menunjukkan Encik Abdul Muluk mengandung tiga bulan!" kata doktor.
BUKK....
Muluk pengsan dan terus mati.
Huahuahuah..........

(MORAL CERITANYA : Pertama, jangan suka pukul bini. Keduanya, jangan sombong dengan kekayaan yang ada. Ketiga, balasan tuhan pasti datang. Keempat, jangan sepahkan air kencing. Kelima, aaaahhhh......lu pikirlah sendiri, takkan aku jer nak pikirkan untuk korang!)



Category: , |
��
Monday, March 09, 2009 | Posted in , ,
Ha...ha...rasa selesa dan semangat sikit nak mem'publish' blog-blog baru dengan penampilan baru nih. Jangan la ada sapa-sapa dengki lak. Sebenarnya memang dah lama dah aku bercadang nak tukar penampilan nih tapi masa saja yang tak mengizinkan. Lagi pun malaslah nak menyelongkar kat internet tu nak cari templates yang berkenan dihati.

Ini pun aku ingat carian yang keberapa puluh dah baru jumpa. Kira okey dan puashati jugaklah dapat yang macam ni. Nak lebih nampak ceria dan menyerlahkan personaliti, aku gunakan widget yang disediakan oleh adiwidget. Baru nampak gempak dan blues sikit. Untuk slideshow aku gunakan widget yang disediakan oleh Slide manakala untuk jam yang nampak cam Islamic sikit tu aku ambil kat Alhabib's Islamic Web Services & Accessories.

Kepada sesiapa yang rasa dengki atau rasa nak kutuk tentang penampilan baru aku ni....bolehlah kutuk sepuas-puasnya kat ruangan yang disediakan. Hamba yang daif ni sedia menerima kutukan tuan-tuan dan puan-puan semua. Hu...hu....jumpa lagi weh.


Awas...gambar di atas tiada kena mengena langsung dengan tajuk di atas. Ianya di 'upload' hanyalah untuk mencantikkan atau menyedapkan mata memandang blog aku nih. Kalau rasa sakit mata nak tengok....maka dinasihatkan jangan tengoklah.
Category: , , |
��
Monday, March 09, 2009 | Posted in , ,
Assalamualaikum....Lama betul dah rasanya aku tak meng 'update' blog aku nih. Dah lama tak mengadap laptop rasa cam kaku pulak jari jemari dan otak pulak dah jadi membeku. Yelah apa boleh buat banyak sangat komitmen yang terpaksa diberikan. Yang penting-penting tu terpaksa didahulukan....yang kurang penting ni taruk belakang dulu.

Sehari dua ni rasa kurang sikitlah bebanan tu. Itulah yang ambil peluang ni...kalau tak bila dah start kerja balik nampaknya tak berpeluang lagi la rasanya. Entahlah kadang-kadang mari fikir, orang lain pun kerja jugak tapi tak derlah macam aku ngan kawan-kawan aku tu. Boleh dikatakan dalam kepala kami takdak dok pikir benda lain selain dari kerja, kerja dan kerja. Ada ketika tidur dan mengigau pun pasal kerja. Tak taulah betul ke tak....tapi itu bini aku yang cakap, takkan dia tipu kot.

Dalam masa dua minggu kebelakangan ni memang aku sibuk dengan kerja. Itu tak perlah, dah memang menjadi rutin aku. Tapi yang paling membengangkan aku ialah bila kereta pulak buat hal, tak pasal-pasal dia meragam. Bila start boleh hidup tapi dalam dua atau tiga second mati. Puas jugak la aku cek sana-sini sampai berpeluh-peluh tapi tak menjadi jugak. Last sekali panggil pomen....pun tak jadi gak. Err...tak perlah cerita pasal kereta rosak ni nanti aku sambung dalam post lepas nih. Banyak lagi nak cerita pasal tu. Kali ni aku cerita pasal benda lain dulu.

Dalam masa kereta rosak, terpaksalah aku berulang-alik ke tempat kerja dengan motor. Kira jauh gak la, lebih kurang 40 km. Alah sekali sekala best gak naik motor, terkenang pulak zaman-zaman dulu...zaman jadi mat rempit tak bertauliah. Hi...hi...anak-anak, jangan tiru pak cik yer sebab nanti pak cik nak tunjuk gambar orang naik motor dilanggar kereta.


Sebenarnya gambar ni aku terima melalui email. Ianya berkenaan dengan kemalangan yang berlaku di lebuhraya berhampiran tol Bukit Beruntung.... alah dekat jer ngan rumah aku. Mulanya aku ambil keputusan tak nak masukkan dalam blog tapi bila pikir-pikir balik mungkin ini boleh dijadikan pengajaran dan peringatan kepada yang masih nak merempit. Untuk makluman, kemalangan ini bukanlah disebabkan merempit tetapi mungkin sebab hilang kawalan (jangan salah faham yer adik-adik). Kepada keluarga arwah kami amat bersimpati di atas kehilangan orang yang tersayang dan kami
hadiahkan Al-Fatihah moga-moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.




Mengikut email yang aku terima dan berita di TV, keadaan mayat mangsa amat menyayat hati sekali di mana beberapa anggota badan terpisah dan hancur digilis kenderaan.

Daging mangsa bertaburan di jalanraya dan jalan terpaksa ditutup selama 20 minit untuk mengutip sisa-sisa dan cebisan daging arwah.








Apa yang lebih menyayat hati lagi ialah kepala mangsa yang tak dijumpai yang mana dipercayai telah hancur. Apakah perasaan keluarga mereka bila melihat badan orang yang mereka sayang sedemikian. Tentunya hancur luluh hati mereka terutama anak-anak arwah dan pasti ianya terus menjadi igauan buruk sepanjang hidup mereka.














Sebahagian daipada kaki kiri mangsa....













Sebahagian daripada badan mangsa yang amat mengerikan........












Ya Allah...jauhkanlah kami dan ahli keluarga kami dari musibah sebegini....










Lebuhraya terpaksa ditutup selama lebih kurang 20 minit bagi memberi peluang kepada anggota keselamatan mengumpul cebisan daging mangsa...












Encik polis sedang mengutip cebisan daging mangsa....
















Apakah itu adik-adik dan mat rempit semua. Adakah pengakhiran yang begini yang kamu idamkan...














Pihak keselamatan mengutip cebisan daging arwah....















Lagi pandangan yang amat mengerikan....
















Keadaan motosikal arwah....

















Topi keledar yang pecah dan hancur. Kalau safety helmetnya dah macam ni, memang patutlah kepalanya tak dijumpai...nauzubillahiminzalik...

















Kopiah Allahyarham














Perjalanan sebuah kematian....perjalanan yang
hakiki.....Innalillah wainnailaihiraajiunn......



***(Moral : Kepada penunggang-penunggang -motosikal, berhati-hatilah memandu. Kepada pemandu-pemandu kereta, bersimpati dan bertimbangrasalah kepada penunggang motosikal dan pejalan kaki.)
��