HANTU 4X4=16
-------------
Beberapa tahun yang lampau ketika highway karak belum siap sepenuhnya kawan bertolak dari Kuala Lumpur jam 12 malam. Keadaan hujan yang renyai-renyai memperlahankan pergerakkan kami. Kenderaan sangat kurang atau lebih indah di sebut tersangat kurang di atas jalan raya membuatkan sesekali terasa seperti ingin sahaja melepaskan jurus cakar helang gila berparuh kuning ke leher dua orang sahabat yang bersedap-sedapan tidur berselimut jeket tebal .
Group yang sepatutnya konvoi bersama kami awal-awal lagi sudah bertolak.. walau pun sudah lebih lapan kali di beritau bahawa gate tnb untuk ke jeti hanya di bukak pada jam lapan pagi. Tapi nampaknya masing-masing sudah di rasuk aura sebarau . Al maklum sahaja musim tengkujuh.Berpusu-pusu orang turun ke Tasik Kenyir. Gewang bagaikan bergetar sesama sendiri di dalam tool box seolah-olah tidak sabar ingin mengelepet sebarau. Apa tah lagi tuan empunyanya...sudah masuk ke tahap parkinson menahan ketar.
hampir tiga jam perjalanan merentasi lebuhraya karak dan mencilok ke felda bukit goh yang di dakwa sebagai jalan pintas yang paling dekat ternyata amat menyeksakan akibat kabus tebal yang terbentuk selepas hujan lebat.
Sebenarnya ketika itu agenda seekers sudah mula berlaku cuma kawan terlewat menyedarinya. Sudah beberapa kali sejak tadi kawan memotong sebuah jeep felcra bewarna kuning oren yang berjalan perlahan dengan hazzel light nya yang sentiasa berkelip-kelipan sepanjang perjalanan. Kerana kelajuan nya yang agak sentimental membuatkan kawan tidak betah mengekorinya dari belakang. Tambahan lampu signal yang menyilaukan mata membuatkan pemanduan menjadi huru hara. Berdasarkan hujjah-hujjah di ataslah maka kawan dengan kadar segera terus memotongnya.Namun setiap kali itu juga jeep yang sama akan berada di hadapan. Kawan potong lagi...selang beberapa minit kemudian tiba-tiba dia sudah berada di hadapan. Kawan mula rasa tak sedap hati dan terus mengejutkan kedua-dua sahabat yang sedang tidur. Dalam keadaan terpisat-pisat mereka cuba memahamkan sebab-sebab yang munasabah kawan mengganggu mimpi-mimpi indah mereka. Tetapi mungkin suara kawan yang antara kedengaran dengan tidak bercampur sedikit ketaran kesaspenan membuatkan kedua-dua mangkuk tersebut gagal memahami dan tidak dapat menangkap mesej yang tersirat. Tetapi bagi kawan itu semua tidak penting. Apa yang lebih utama kawan tidak keseorangan memandu dan keberanian semakin bertambah. Biasa la kan..bila ramai-ramai berani la. Tapi kalau ramai pun..semua tido tak guna jugak. Macam memandu sorang-sorang jugak la suasana nya.
Selang beberapa minit jeep kuning oren tersebut muncul lagi di hadapan kereta kami...kawan memotong tanpa mengira selekoh rothman atau selekoh `s` dan tidak sampai tiga selekoh jeep tersebut sudah berada di hadapan semula. Kawan cukup yakin pada sebarang masa dan sebarang tempat membuat akuan bersumpah ini dengan menyatakan bahawa tidak sekali pun jeep itu memotong kawan samada di dalam sedar mau pun tidak sedar. Lebih meyakinkan lagi dakwaan kawan apabila kedua-dua sahabat serentak bertanya` Bukan kita dah potong ke jeep ni tadi?`
Suasana dalam kereta tiba-tiba bertukar macam kenduri doa tahlil.Masing-masing membaca ayat-ayat juzu` ammar apa yang masih di ingat dan hapal. Kawan menguatkan semangat untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Sudah terbayang-bayang dalam otak kawan apabila memotong jeep itu nanti drivernya menoleh dangan bijik mata sebijik terjuntai dan gigi berceracak sampai ke pangkal telinga.
Kawan menekan pedal dan terus memotong tapi tengok straight ke depan jer pasal tidak sanggup membayangkan kalau-kalau apa yang kawan bayangkan tadi akan menjadi real.
Begitu juga kedua-dua sahabat kawan...dari baca juzu` ammar sudah masuk ke tahap berzikir macam ahli-ahli sufi di pakistan.
Memang dugaan kali ini amat hebat. Hanya satu selekoh sahaja selepas kawan memotongnya jeep itu sudah pun berada di hadapan semula. Kawan mengambil tindakkan nekad memotong semula dan memecut selaju yang boleh cuba meninggalkan jeep tersebut dalam jarak yang selesa.
Selang beberapa minit kawan yang duduk di seat belakang mencadangkan `Apa kata kita berenti kat petronas`
Tanpa menunggu persetujuan dari yang lain kawan terus saja membelok masuk ke setesen petronas selepas Cheneh.
Selesai mengisi minyak kami berhenti di jalan susur keluar menunggu lori lalu. Itu semua hasil muafakat bersama maka timbullah idea tunggu lori..dan ikut je belakang lori tu..jadi ada la kawan sepanjang jalan nanti.
Selang 10-15 minit kemudian dari jauh kelihatan lampu kenderaan menuju arah ke pantai timur. Kawan bersedia untuk terus mencilok dan mengekori sebarang kenderaan yang bakal lalu itu nanti.
`Cilakooooo...Ptuihh` Tiba-tiba member yang duduk di sebelah kawan menyumpah .
`Hantu punyo 4x4`Menyumpah pulak kawan yang lagi sorang.
Di hadapan kami berderet-deret konvoi jeep felcra kaler kuning oren dengan hazard lightnya berkelip-kelipan dan berjalan perlahan menghampiri stesen petronas.
(Kisah ini adalah kisah benar dan sehingga hari ini kadang-kadang kami masih sakit perut ketawa apabila mengungkit kembali sejarah ini)
copyright controlled at www.lubuk.net
About Me
Labels
- Agama
- Am
- Banjir
- Batrisyia
- Buka Puasa
- Bukit Beruntung
- Cameron Highlands
- Cerita Lawak
- Cuti
- Dasyat
- Fakta
- Fraser Hill
- Imej Baru
- Islam
- Jeli
- Job Site
- Kampung
- Kawan
- Keluarga
- Kemalangan
- Kenduri
- Kerja
- KKB
- Loak
- medic
- Mek
- Mimbar
- Mother's Day
- Motivasi
- Myelomeningocele
- Nasihat
- Nyamannyerrr
- pembinaan
- pengajaran
- Percutian
- Picnic
- Politeknik Jeli
- Qistina
- Radio Amatur
- Ramadhan
- Renungan
- Tazkirah
- Teladan
- Thai
- Toyol
- Ubat
My Friends
My Blog List
-
-
-
1) Salam Keluarga4 years ago
-
Selesema12 years ago
-
MASA BERBLOG LAGI13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog Archive
-
▼
2009
(58)
-
▼
January
(17)
- Sampul-sampul Itu Berwarna Merah
- Cerita Seram Lagi?!
- Lagi Pasal Fraser Hill
- Nyamannyerrr Fraser Hill
- Jalan-Jalan
- Anak-Anakku
- Santai Waktu Petang
- Launching The Bebo Bridge Arch
- Bebo Bridge Arch
- My Birthday Girl
- Reaksi Tiga Orang Tua Hensem
- Ubat Kering Gusi
- Kekejaman Israel Laknatullah
- Indon Di Malaya
- Machinery Operator
- A Po Tiling
- Azmir mengular
-
▼
January
(17)
2 responses to "Cerita Seram Lagi?!"
haha! bab majlis tahlil tu memang kelakar~ haha. padahal org konvoi. huks
man kekadang cite ko ni buat aku nak nangis pun der...hehehehe