Tiga lelaki menaiki helikopter (bukan Nuri). Seorang daripada mereka memberitahu pilot, "saya ada sebiji botol kaca. Apa saya nak buat dengan botol ni?". Jawab pula pilot, "Baling jer keluar!".
Setelah lelaki itu membaling botolnya, lelaki kedua pula bertanya: "Saya pun ada sebiji botol. Apa saya nak buat dengan botol ni?". Jawab pilot, "Buang jerlah ke luar!".Lelaki kedua itu pun membuang botolnya. Tiba-tiba lelaki ketiga pula bertanya : "Saya ada sebiji bom, apa saya nak buat dengan bom nih?". Jawab pilot, "buang jer keluar".
Apabila helikopter (bukan eurocopter) mendarat, mereka pun berjalan-jalan di sekitar bandar. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seorang pemuda yang sedang memegang kepala sambil mengerang kesakitan. Apabila ditanya kenapa, pemuda itu memberitahu, ".....ada sebiji botol tiba-tiba jatuh atas kepala saya. Aduuuuhhhh!!!!....
Kemudian, mereka terserempak pula dengan seorang mak cik, juga sedang kesakitan kerana kepalanya ditimpa sebiji botol yang jatuh dari langit. Jalan beberapa langkah, mereka terserempak dengan seorang tua. Anehnya, lelaki tua itu ketawa berdekah-dekah. Mereka bertanya, kenapa ketawa sorang-sorang?.
Jawab lelaki tua, pagi itu dia ke kedai mamak, makan lima biji telur rebus. Tiba-tiba perutnya memulas. Lalu lelaki tua itu pun pergi ke belakang sebuah bangunan dan .......POOOOMMMM!!!! lepaskan angin yang begitu kuat sekali!!.
"Tapi kamu semua nak tau, lepas saya kentut, bangunan itu terus meletup. Kah....kah....kah!!!!

0 responses to "Ubat Kering Gusi"