Saturday, January 31, 2009 | Posted in
Maka tuan-tuan inilah sebahagian daripada sampul-sampul berwarna merah yang aku terima sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Masih ada lagi sampul-sampul itu tapi tak bolehlah aku nak tunjuk semua kat sini nanti si Tuuut dan si Tuuuuuut tu jealous la pulak.

Sorrylah kawan, ini bukan pasal nak menunjuk-nunjuk tapi aku nak kongsi cerita pasal budaya orang-orang cina setakat yang aku tahu melalui apa yang diorang cakap pabila tiba hari besar mereka.

Mengikut temuramah bersama Ah Wai (bukan nama sebenar), ang pow biasanya diberi kepada mereka yang belum kahwin oleh mereka yang sudah kahwin. Jumlah yang diisi dalam sampul biasanya dalam bentuk 'single note' atau duit kertas bagi mengelak berat jika menggunakan duit syiling dan juga bagi mengelak penerima dapat meneka jumlah sebelum daripada mereka membuka sampul. Amaun pula biasanya mengikut nombor yang kepercayaan mereka bernasib baik. Contohnya 88 atau 168. Bagi jumlah ganjil pula diberi semasa upacara sedih seperti pengebumian atau sebagainya. Mereka juga mengelak dari memberi ang pow dalam bentuk nombor empat atau nombor empat tidak termasuk dalam amaun tersebut. Ini disebabkan bunyi sebutan empat dalam bahasa cina bermaksud kematian. Eeeiii....aku pun tak nak.

Sampul-sampul yang biasa mereka gunakan kebiasaaannya berwarna merah yang menunjukkan simbol kebaikan atau dalam bahasa orang putih 'good luck'. Bagi perayaan tahun baru atau majlis perkahwinan, mereka akan mengelak dari menggunakan sampul berwarna putih kerana sampul ini digunakan semasa upacara sedih seperti hari pengebumian.

Ehhh...aku ni tak kisah la Ah Wai (bukan nama sebenar) sampul putih ko, merah ko, hijau ko jangan bagi sampul kosong dah. Tapi ikhlas cakap la aku ni sebenarnya serba salah nak ambik benda-benda alah camni. Maklumlah aku ni kerja gini, nanti apa pulak kata orang. Takut jugak tu. Tak ambik kang nanti diorang cakap tak baik la, sekali setahun la macam-macam. Dan yang lebih dasyat lagi diorang cakap "kalau lu tak dak angkat ini...kitorang takdak ong tau". Halamak, betul tak betul aku pun tak tahu la. He...he...he...Last-last aku sapu jerlah...abis cerita. Jadi kiranya aku ni menolong diorang jugak la. Kuang...kuang...kuang.
Category: |
��

Comments

0 responses to "Sampul-sampul Itu Berwarna Merah"