Monday, February 02, 2009 |
Posted in
Fakta,
Ubat
- Sekarang musim panas. Bahangnya sampai ke tulang, tekak sentiasa mencari air. Kalau anda rasa sengsara, bersabarlah kerana penghuni bandar Calama di Gurun Atacama, Chile lebih sengsara. Jangan tak percaya, bandar itu tak pernah mengalami hujan. --- agak-agak air hujan diorang kenal dok
- Dalam setiap abad, satu pertiga daripada populasi dunia memeluk Islam. --- Alhamdulillah
- Pada tahun 1968, satu konvensyen pengemis telah diadakan di Dhaka, India. Menariknya, antara lain konvensyen itu telah menyerahkan satu resolusi kepada kerajaan untuk menuntut jumlah minimun sedekah mestilah sekurang-kurangnya 15 paisa (lebih kurang 5 sen). --- jangan lepas ni kat Malaysia pulak
- Di Pergunungan Andes, penduduk di kawasan itu biasanya mengukur masa dengan berapa batang rokok habis dihisap. --- Jadi rokok tu kira penting jugak la yer
- Pada tahun 1990, sekumpulan jurutera telah memecahkan batu terakhir di dalam terowong kereta api dasar laut yang di bina merentasi Selat Inggeris. Dengan siapnya terowong dari England ke Perancis, Britain dan Tanah Besar Eropah yang dahulunya bercantum (pada Zaman Ais) telah dapat 'disatukan semula'.
- Pada zaman tamadun India dan China kuno dahulu, penduduk di beberapa bahagian negara itu menganggap daging tikus sebagai hidangan yang amat lazat. --- uwekkk nak muntah
- Pada tahun 40-an, pen berjenama Bich telah ditukar kepada Bic, untuk mengelakkan warga Amerika daripada menyebutnya 'Bitch' (perempuan jalang).
0 responses to "Tujuh Fakta Menarik"